![]() |
| Tan Sri Aseh Che Mat |
PUTRAJAYA : Bekas Ketua
Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Aseh Che Mat dilantik sebagai
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ) yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos ini, kata
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja
Zainal Abidin.
Beliau
menggantikan Tan Sri Samsudin Osman yang menyandang jawatan sebagai Presiden
PPJ kedua selama 8 tahun sejak 1 Ogos 2004. Kontrak Samsudin akan tamat pada 31
Julai ini.
"Perlantikan
Tan Sri Aseh untuk menerajui Putrajaya diharap dapat meneruskan kecemerlangan
yang telah dibawa oleh Tan Sri Samsudin sehingga menjadikan Putrajaya, bukan
sahaja sebagai sebuah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ketika ini, malah
dikenali di mata dunia menerusi pelbagai penganjuran acara berprestij dan
bertaraf dunia," katanya dalam satu kenyataan Isnin.
Raja
Nong Chik berkata beliau yakin pengalaman luas Aseh, 61, dalam hal-ehwal
keselamatan sepanjang berkhidmat dalam kerajaan, terutama di KDN, mambolehkan
beliau melaksanakan tugas baharu itu dengan lebih berkesan.
Beliau turut merakam
penghargaan dan terima kasih kepada Samsudin yang membawa Putrajaya ke landasan
yang tepat dan mewujudkan pelbagai ikon tersendiri untuk bandar pintar hijau
serta dikenali dunia. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment