Pages

Tuesday, August 17, 2010

Saiz Sajian Yang Sihat Untuk Kanak-kanak Yang Sihat

duk belek-belek majalah Mami & Baby Ogos 2010 buat sekelian kalinya, barulah terperasan akan info ini.hehehe...meh kita share bersama.

Panduan Kasar Yang mudah

Walaupun keperluan setiap kanak-kanak itu berbeza, secara umumnya sajian makanan sepatutnya dibahagikan kepada tiga saiz yang sama banyaknya, iaitu sepertiga protein tanpa lemak, sepertiga karbohidrat dan sepertiga sayur-sayuran.

Cara yang mudah untuk menganggar jumlah makanan yang betul adalah dengan menggunakan tangan anak anda sebagai ukuran. Saiz bahagian proteinnya (daging, ayam, ikan, telur, tauhu dan sebagainya) haruslah sama dengan saiz dan ketebalan tapak tangannya. Saiz bahagian karbohidratnya pula harus sama dengan saiz genggamannya. Akhir sekali, semua sajian utama haruslah mengandungi dua cekup sayur-sayuran dan buah-buahan.

No comments:

Post a Comment