cite nih cam dah lama, tapi masih lagi teringat-ingatkan detik itu. terasa bagaikan badan melayang bila dapat tahu berita yang memang xpenah kami suami isteri duga sama sekali. selama nih, kami berdoa semoga kehidupan kami sekeluarga sentiasa dibawah lindunganNYA, namun apakan daya DIA Maha Berkuasa. setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. mungkin kami terlupa dan terleka dalam mengingatiNYA.
Jumaat 3/9/10
sebelum hari nih, aimy memang on off demamnya. siap di bawa jumpa pakar paed lagi tapi doc kata demam biasa. 2/3 hari pastu aimy demam lagi, kami bawa pulak g klinik biasa, pun doc cakap demam biasa. oooo... apa lagi ...makan ubat jerlah. oleh kerana demamnya masih ada, kami amik keputusan anto aimy dapat makcik dia di KL.
dalam kul 11 pg, adik tepon bagitau aimy nih asek tido jer. pastu bila dudukkan dia, dia akan baring balik. alahai...lemah betul dah dia. dah jadi cenggitu, nak buat keje pun dah xsenang kan. pastu jumaat terus balik, amik aimy dan terus bawak g Damai Service Hospital, Tmn Melawati. sebelum tu, siap call Azzahrah, Gleangles, Naluri hospital tuk tanyakan pakar paed tutup kul bape. semuanya tutup kul 4. sedangkan waktu tuh jam dah kul 3 lebih..ahhh..confirm xsempat ngan jalan jemnya lagi.
xnak tanggung risiko, terus terjah Damai Service. nih jerlah yg dekat ngan umah. alhamdulillah, pakar paed ada lagi. tunggu giliran dalam 5 minit, jumpa doc.. huhuhu... sedih sangat... badan aimy dah biru dan dia dah lemah sangat. doc kasi bullet. terus amik darah, buat xray, dan terus kena admit. doc suspect pneumonia cos paru-paru dia ada bunyi-bunyi. doc cakap lagi maybe Influenza A. hah...dengar jer perkataan Influenza A.. terasa nak gugur jantung nih. tapi sabar...sabar lagi...

cian tangan anak ibu nih...
dapat bilik yang ada dua katil. alhamdulillah...xde patient lain, so ayahnya leh tido kat katil kosong tuh. huhuhu...xlama pastuh, doc kasi tunjuk aimy punya xray... gulp...sekali lagi terasa nak gugur jantung. infection di sebelah kanan agak teruk... gulp... apalagi.. air mata ibunya laju je berguguran. masuk bilik, dukung aimy... terus tepon mama, adik n some of my friends. huwaaaaaaa.... masa tepon nih, dah sah-sahlah tengah bersedu sedan sambil dukung aimy. time nih, aimy pandang jer ibunya. mungkin dia faham apa yang tengah berlaku masa tuh. bila ibunya tengok aimy pandang jer, dan-dan tuh terus ibunya lap air mata semua dan cuba control tuk xnangis depan dia. cium dia banyak2 kali. alahai.... sayunyaa..... malamnya pulak, doc confirmkan kena denggi pulak. huwaaaaa...lagi sekali....
bersambung.....