klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label jaundis. Show all posts
Showing posts with label jaundis. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Jaundis...jangan ambil ringan..last part

Apa yang perlu diawasi

Jika bayi mengalami mana-mana gejala berikut, bawa si manja berjumpa doktor dengan segera:

~ warna najis. najis bayi berwarna putri, kelabu atau kuning pucat manakala iar kencing gelap. ini menandakan halangan terhadap pengaliran bilirubin berkonjugat dan selalunya memerlukan
perhatian perubatan.

~ kulit kuning. kuilit menjadi kuning, bermula dari muka dan mata, turun ke dada, perut dan akhirnya kaki.

~ bayi lesu, pucat dan tidak bermaya.

~ tempoh jaundis berlarutan lebih daripada tiga minggu.

~ tidak berselera minum susu atau kehilangan berat badan, atau berat badan tidak bertambah.

~ sawan. bayi rengsa dan diserang sawan.

Cara turunkan jaundis

# fototerapi - menggunakan lampu khas yang boleh memecahkan bilirubin dalam kulit, supaya ia
boleh dikeluarkan ke dalam hempedu atau air kencing dengan mudah.

# penukaran transfusi - dalam proses ini, darah bayi dikelaurkan dalam jumlah kecil dan digantikan dengan darah penderma.

# jaundis sebagai tanda penyakit gangguan hati.

Kesan jaundis

= hepatitis berpunca dariapda virus - keradangan hati disebabkan oleh satu daripada virus hepatitis.

= atresia saluran hempedu luar hepar- ketiadaan sebahagian atau sepenuhnya saluran hempedu
antara hati dan usus.

= penyakit hati metabolisme - ini mengakibatkan kerosakan kepada hati, yang menyebabkan
pengumpulan berlebihan bilirubin dalam darah.

Jaundis..jangan ambil ringan

Jaundis merujuk kepada kekuningan pada bahagian putih mata (sklerae), kulit dan membran mukus. Apabila ini berlaku pada bulan pertama hayat bayi, ia dinamakan jaundis neonatal. Ia terjadi dengan sendiri dan bukan sejenis penyakit, tetapi petanda kepada tahap peningkatan bilirubin dalam darah.

Bilirubin adalah pigmen merah kekuningan yang terbentuk apabila sel darah merah dipecahkan. Kira 50 hingga 60 peratus bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kelahiran mereka.

Jaundis biasa di kalangan bayi

Apabila sel darah merah dipecahkan, bilirubin akan dibentuk dan dilepaskan ke dalam saluran darah. Bilirubin disalurkan ke dalam hati untuk diproses dan kemudian dikeluarkan daripada badan menerusi najis.

Justeru jika pemecahan sel darah meningkat atau hati tidak berupaya untuk memproses bilirubin, jaundis akan berlaku.

Sebelum kelahiran bayi, bilirubin disalurkan melalui plasenta supaya diproses dan dikeluarkan oleh ibu.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, hatinya mengambil alih tugas ini, tetapi si manja perlukan masa untuk menyesuaikan diri kepada keadaan.

Oleh yang demikian, tahap bilirubin selalunya lebih tinggi di kalangan bayi baru lahir. Tahap bilirubin yang tinggi menyebabkan kulit kekuningan, yang biasanya muncul dan memuncak di antara hari ke-2 dan hari ke-4, dan hilang dalam masa dua minggu.

Ini dinamakan jaundis fisiologi. Ia adalah punca jaundis neonatal yang paling biasa dan selalunya tidak membahayakan bayi.

Jaundis patologi

Sesetengah kes jaundis bleh membawa maut atau dikenali sebagai jaundis patologi. Ia adalah penularan jaundis yang cepat dalam masa 24 jam hayat bayi disebabkan pemecahan sel darah merah yang berlebihan.

Ini seterusnya menyebabkan peningkatan mendadak tahap bilirubin, kerana hati bayi tidak berupaya untuk memproses bilirubin dengan cukup pantas.

Pemecahan sel darah merah secara berlebihan dan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jagnkitan di kalangan bayi baru lahir, ketidakserasian kumpulah darah Resus ibu dan bayi atau kekurangan enzim metabolisme (glukosa-6-fosfate dehidrogenase) untuk metabolisme sel darah merah.

Dalam kes lebih serius, sawan atau perubahan dalam ketegangan otot boleh berlaku jika tidak dirawat dengan segera. Malah, kerosakan otak dan kematian juga boleh berlaku. Oleh itu, mendapatkan nasihat perubatan lebih awal adalah amat penting jika bayi anda mengalami jaundis.

sumber: Utusan Malaysia, Khamis 19 Ogos 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails