klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label sunat. Show all posts
Showing posts with label sunat. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

senarai Puasa Sunat 2013-2014/ 1435H

copypaste dari FB Ustaz Zahazan Mohamed

1. Puasa 1-9Muharam = 5 -13 November 2013

2. Puasa Hari Asyura iaitu pada 10 Muharam berserta sehari sebelumnya ialah pada
    13-14 November 2013

3. Puasa Hari Isnin dan Khamis : mana-mana hari Isnin dan Khamis kecuali Hari Tasyrik 11 Zulhijjah
    = 6 Oktober 2014

4. Puasa Hari Putih pada 13, 14 dan 15 haribulan setiap bulan Hijrah seperti berikut:
 
    Muharam    = 17-19 November 2013
    Safar          = 16-18 Disember 2013
    Rabiulawal  = 15 - 17 Januari 2014
    Rabiulakhir  = 13-15 Februari 2014
    Jamadilawal = 15-17 Mac 2014
    Jamadilakhir = 13-15 April 2014
    Rejab           = 13-15 Mei 2014
    Syaaban       = 11-13 Jun 2014
    Zulkaedah    =  8-10 September 2014
    Zulhijjah       =  8-10 Oktober 2014

5. Puasa Sunat Rejab = 1 - 29 Mei 2014

6. Puasa Sunat Syaaban (kecuali hari Syak 30 Syaaban) = 30 Mei - 27 Jun 2014

7. Puasa Enam (puasa mana-mana enam hari Syawal kecuali 1 Syawal ialah antara 29 Julai - 26 Ogos 2014

8. Puasa 1 - 8 Zulhijjah = 26 September-3 Oktober 2014

9. Puasa Hari Wuquf (bagi mereka yang tidak menunaikan Haji ) = 4 Oktober 2013


* Semoga Allah mempermudahkan urusan ibadat kita kepadaNYA dan menerima amalan puasa kita.

Allah telah memberitahu kepada Nabi saw di dalam sebuah hadith yang maksudnya, "Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk aku (allah) dan akulah yang langsung membalasnya." (riwayat al-Imam al Bukhari dan Imam Muslim).

Thursday, October 25, 2012

kelebihan berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah

hmmm... ninironna very frustrated kerana xdapat nak join kengkawan berpuasa sunat hari Arafah hari ni. walaupun ianya hanyalah puasa sunat tapi kelebihannya jika berpuasa pada hari ini adalah sangat berharga. apapapun, selamat berpuasa sunat Hari Arafah kepada kengkawan yang berpuasa.

Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?

Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).

Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

http://ustaznaim.blogspot.com/2011/10/puasa-sunat-hari-arafah.htm

Wednesday, October 24, 2012

9 Zulhijjah


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails