klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Friday, January 30, 2009

Selamat Bercuti... :)

hari Isnin (2 Februari 2009) adalah cuti umum bagi Wilayah Persekutuan.wah...seronoknya.ini kerana pada 1 Februari setiap tahun adalah Hari Wilayah Persekutuan bagi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.Hoooreeeyyyy... oleh kerana 1 Februari tahun ni jatuh pada hari Ahad, maka secara otomatiknya hari Isnin pun cutilah kan..kan..alah..xkan nak kena terang secara detail pulak..ish...apa susah...LU PIKIRLAH SENDIRI...hahahahaha....
oleh itu, maka dengan itu, aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN BUAT WARGA KERJA DAN WARGA PENDUDUK KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA... berhati-hati di mana saja anda berada dan apa jua yang anda lakukan...

Things I Can't Stand

uhuk..uhuk..uhuk.. kali nih kena buat tag yang telah 'diperintahkan' oleh si cantik manis ini. tajuk tag kali nih..mak aih...ligat jugaklah otak nih kena berfikir..orait..sekarang aku senaraikan bendapa yang buat aku xtahan nak tengok/bau dan seangkatan dengannya.

1 ~ nescafe

baunya..mak aih..bisa membuatkan aku pening kepala.serius aku cakap.aku memang xtahan bau nescafe nih.kalo dah bau xtahan, nak minum apatah lagi kan. so, aku memang xminum nescafe ataupun adik beradiknya iaitu kopi.tapi kalo kopi, bolehlah aku bau dan minum.itupun sikit jer.kalo nak tahu, kat rumah aku xde stok nescafe/kopi.so, kepada peminat2 nescafe/kopi,kalo nak datang umah aku, sila bawa stok sendiri yea..muahahahaha

2 ~ rambut

nih satu lagi nih.aku terasa amatlah gelinya bila tengok rambut2 bersepah kat atas lantai.nak2 pulak kalo yang basah....eeeee lagilah geli. memang dari kecik aku cenggini. xkiralah rambut sendiri atau orang lain punya.

3 ~ semut

yang nih memang masalah besar yang aku hadapi sekarang.dah pelbagai cara aku cuba untuk membasmi binatang ini.kalo yang hitam tuh xpe.tapi yang kecik merah tu, kalo kena gigit mau bintat jugaklah.eee..geram ooo...CAMNE YEK NAK HALAU SEMUT YANG DEGIL ITU???

4 ~ menunggu

hoh...yang nih.sape suka 'menunggu' nih memang seorang yang penyabar. kalo takat 5/10 minit okey lagi.tapi kalo dah over...perghh...tahap kesabaran memang betul2 diujilahkan.kalo dah tahu diri sendiri memang lambat bersiap...lu pikirlah sendiri....hahahahaha...

5 ~ kelam kabut

waaaaa...yang nih pun satu masalah jugak nih.terutama kalo bab kerja.tapi my boss is the bestlah.so aku bukan cakap pasal bos aku tapi pasal mereka yang perasan aku nih PA mereka.hahahaha.nak buat meting, tapi xmaklumkan pada aku.bila tiba hari kejadian, xde makanminum, mulalah mengelabah...pastu sape yang susah...AKU JUGAK.time nak set meting, xreti2 nak tanya aku.bila ada masalah, tahu pulak nak cari aku..hangin wei...aku rasa musti geng PA setuju ngan point aku nih. CJ7, Nat, Kak Kemal...baik setuju ngan point aku nih...kalo tidak..aku geget2 tangan korang nanti...

ish..sedar tak sedar..dah lima point aku bagi.banyak dah tuh.so aku dah malas nak fikir.itu saje yea.

sekian.

Thursday, January 29, 2009

asik slow jer

apa nak jadi ni?
sejak dua menjak nih,
line internet slow semacam jer
dahlah internet slow
nak print pulak xboleh..
memang selalu cenggini,
asal internet problem jer
mulalah xboleh nak print
kembar siam ke apa tah...
siput/kura-kura lagi laju geraknya tau.
sekian. terima kasih.

Wednesday, January 28, 2009

CJ7....apsal ko bagi aku kerja ha?kalo xbuat boleh tak?huh...ko dah siap call aku kan, suh buat kerja nih.maka dengan semangat 50-50, aku pun buatlah gak...kehkehkeh..

1. Do u think U are HOT?
hoh....of courselah...always HOT..
in the eyes of my beloved one n my two little angel..wakaka
2. Upload a fav pic of u...
3. Why do u like this picture?
sebabnya..bukan senang nak posing berempat nih..sendiri fikirlah yek..

4. When was the last time u ate pizza?
hmmm....rasa2nya 2/3 minggu lepas...DOMINO's PIZZA..yummy..yummy..

5. The last song u listen too?
CINTA ADAM DAN HAWA

6. What are u doing right now beside this?
duk merekod surat/memo

7. What name u prefer besides yours?
xde..aku amat suka dengan nama ku ini..

8. People to tag?

9. Who is no.1?
classmate zaman upsr dulu

10. No.3 is having relationship with?
dengan suami dia...

11. Say something about no.5
hoh..yg nih...mmg suka control ayu..hahaha

12. How about no. 4?
member opis..saje tag dia..supaya dia rajin update blognya

13. Who is no.2?
member zaman belajar di itm jengka

Saturday, January 24, 2009

ooo...alik ampung...

oooo....alik ampung....oooo...alik ampung... (dinyanyikan oleh afiff)...kalo arissa nyanyi, hanya dengar perkataan 0000... jerlah.hahahaha.

so, hari nih, kami balik Lanchang, Temerloh.my kampung.bertolak seawal 8.20 pagi.pastu singgah Taman Melati tuk ambil adik aku. pangpungpangpung....jam 10 pagi kami bertolak dari Taman Melati menuju ke destinasi. bajet dalam kul 11.15 sampailah kami ke destinasi yang dituju.

memula perjalanan kami amat lancar sekali.tapi setibanya di kaki bukit menuju ke terowong, mak aih...panjang giler barisan kereta..huhuhu...maknanya JEM lah tuh.memang panjang.. adalah dalam satu dua kilometer.seperti biasa, kalo jem musti ada driver2 yang suka buat lorong sendirikan.budus ke apa..memang mementingkan diri sendiri.dahlah kiri kanan tuh gaung.adoilah... ada sebiji kereta nih, menghalang laluan motorsikal, pasti siap penunggang motor tuh tendang bontot kereta dia.pastu kena sound lagi dengan penunggang motor yang lain.iyealah...dia telah menghalang laluan motorsikal.motor2 tengah laju pulak tuh, tetiba kena emergency break..tah apapatah...

rerupanya, ada accident di dalam terowong.daripada tiga lorong menjadi dua lorong dah seterusnya menjadi satu lorong.sebab tuhlah jem.adehlah...

akhirnya, kami sampai ke destinasi kat kul 12 tengahari.hahahaha..sekian cerita perjalanan balik kampung kami. bagi mereka yang akan balik ke rumah masing2 pada 27/1/09, siap sedialah menghadapi jem yea.kalo nak elak dari jem, sila rancang waktu perjalanan anda.dan BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU.

Friday, January 23, 2009

kurang ajarkah aku?

sob...sob...sob...


aku nak cite satu cerita yang membuatkan aku terpaksa meninggikan suara ataupun sound direct.selama hampir tiga tahun aku kerja kat sini, xpenah2 aku jadi cenggitu tau.orait, begini ceritanya:


perbualan menerusi telefon.


aku : ya... A (bukan nama sebenar)(disebabkan A nih aku kenal, maka aku terus sebut nama
dia.


A : akak...meting petang nih sape attend ye?


aku : erkk..meting apa yea?nanti akak check dulu.nanti akak call balik.

aku pun duk check tang rekod surat/memo masuk.sekali cari, xjumpa.dua kali cari pun xjumpa.

aku : A...akak hanya terima memo yang mesyuarat sekian..sekian.. jer.


A : (ada org menyampuk...)..ada..ada..dah hantar yang terkini punya.


aku : ooo...ok..biar saya check lagi sekali.mungkin saya terlepas pandang.nanti saya call balik.


dengan semangatnya, aku pun checklah balik.maybe aku yang cuai dan xingat.ya, memang aku xingat.cos sepatutnya hari nih, my boss cuti.so, aku terus forward jerlah mesyuarat2 hari nih kat pegawai lain.tapi last minit, boss cancel cuti dan aku terus lupa pasal satu mesyuarat nih.check punya check, akhirnya aku jumpa juga.

aku : hello...saya dah jumpa. boss dia minitkan pada Puan C untuk hadir.


A : (si mangkuk hayun pulak yg jawab)... kenapa saya call tempat dia, dia xjawab.dah banyak
kali call nih (nada suara agak tinggi).


aku : maybe dia xde kat tempat dialah tuh.lagipun manalah saya tahu dia pergi mana.saya


bukan jaga dia.kalo nak tahu boss saya pegi mana, bolehlah saya bagi tahu.


A : (si mangkuk hayun tuh lagi)... bagi saya no hp dia...


aku : maaf..saya xboleh bagi.


A : (lagi2 si mangkuk hayun)...APSAL XBOLEH BAGI?


aku : ehh...awak nih xboleh cakap elok2 ker?kenapa perlu tinggikan suara?saya bukan PA dia.
dan saya xjaga jadual dia. (aku dah setat hot temper dah nih)


A : (mangkuk hayun tu)...eh..saya bukan cakap kasar. ermm...dia ada no hp office tak?bukan no
hp personal. (nada suara dah slow)


aku : ha...cakap elok2 cenggini kan elok.xda...dia xde no. hp office.


A : (mangkuk hayun lagi)...ooo...ok..tapi betul yea boss suh dia yang attend?


aku : iyea..betul...boss dah minit suh dia yang attend.(cis...ko nih pekak ke ape?bape kali aku
cakap da)


A : (mangkun hayun tahap cipan)... ok..terima kasih.


aku : sama-sama.


adakah aku kurang ajar?yang sebenarnya, aku xtau aku bercakap dengan siapa.adakah dia seorang pegawai atau sebaliknya.aku main sound direct jer.cos dia dah menguji tahap kesabaran aku.bila aku call A balik..dia pun bagitaulah siapa mangkuk hayun tuh.rupa2nya dia pegawai.

moralnya, sebagai seorang pegawai, awak patut lebih bersikap profesional.xkan xde manners kot?xtau cara nak minta dengan baik.dahlah bukan satu bahagian.main sesuka hati jer nak marah2 orang.itu belum jadi Timbalan Pengarah lagi.dah berlagak xhengat.

p bengkel

perghh...tajuk...bukan main lagi. nih bukan bengkel kete atau bengkel motor yea tuan-tuan dan puan-puan.ahaks.nih adalah bengkel yang diadakan di dalam sebuah dewan yang amat sejuk.'Bengkel Pemantauan Keberkesanan Kursus Team Building Perbadanan Putrajaya 2008' yang aku attend awal tahun lepas.so, sebelum setat, kita posing dulu yea.ahaks...

yang nih nama penuh dia Hafidzoh binti Hassan.nama glamer dia cik jah tapi la nih ada lagi satu nama glamer dia...CJ.. tapi aku p tambah 7..jadinya CJ7.so skang aku panggil dia CJ7...hahahaha.. ada lagi gambar yg CJ7 nih snap.so p lah terjah umah dia.

aiseh..xbape nak clear pulak gambar kat bawah nih. tetiga nih PA...aku, CJ7 n kak robee.

alamak...nape aku senyum cenggitu..hahaha..tapi cam comel je aku..

bengkel nih diadakan belah pagi.setat kul 8.30 pagi hinggalah ke tengahari.ingatkan just kena duk dengar ceramah ka taklimat ka..tapi mak aih..ada game lah pulak.huhuhu..dahlah memasing ayu je hari nih dengan berbaju kurung.tapi nak buat camna, kami redah jerlah.hahahaha..tujuan bengkel nih adalah tuk mendapatkan input samada team building yang telah diadakan telah mencapai tahap piawaian yang ditetapkan ataupun tidak.samada telah mencapai tahap piawaian atau pun tidak, hanya mereka yang pergi team building jer yang tahu.ahaks.

Thursday, January 22, 2009

PENJELASAN ORG YG KERJA KFC - JANGAN BOIKOT KFC

aku dapat nih thru emel.so, aku copy n paste kat sini.

salam semua...

tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)


tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.


sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443

very de sleepy

are you sleepy
are you sleepy
ninironna...
ninironna...
ho lah....
ninironna ngantuk nih..
lagi mau tanya...
huahuahuahua..
zzzzzz...best nih..
:)

Wednesday, January 21, 2009

morning blues...

assalamualaikum w.b.t
good morning/afternoon/evening

gambar nih disnap pagi semalam, sebelum keluar rumah.anak dara nih ada peel tersendiri.kalo tetiba bangun pagi tuh ada sikit blues, maka menangislah dia mintak didukung.so bangun pagi semalam, menangis dan terus duk bersila depan pintu bilik.nampak ibu kuarkan kamera, terus berenti nangis.boleh posing lagi tuh, cuma xsenyum jer, maklumlah tengah blues.

beri susu, dia depakan tangan, mintak didukung.terus letakkan atas katil, cos aku nak mandikan afiff.hmm...dari mula dia bangun sampailah hantar ke school, memang dia xsenyum.muka seposen jer.buat lawak pun dia boleh buat donno jer.bila tanya nak mandi ke...lagilah dia buat donno..adehlah..sabar jer...

Tuesday, January 20, 2009

Family Day Office po'cik jaing

hari Sabtu lepas kami pergi bersuka ria yang xbape nak suka ria di Sunway Lagoon..hahaha..park kereta di hotel apa tah..yg cajnya cuma RM1 sejam..(murah kan..kan..kan).pastu terus masuk kut pintu sebelah hotel tuh.xmasuk kut main entrance pun.huhu..kalo masuk kut main entrance, dah tentu ai snap2 gambar okey..

memula plan nak bawak adik merangkap babysitter, tapi last minit kata ada sekolah ganti pulak.huhuhu...letih woo nak layan kerenah dua beradik nih kalo pegi tempat cenggini tanpa babysitter.memandangkan dah masuk sini free, maka kami gagahkan jugaklah..huhuhu

nih anak dara nih...eee...geram okey...mengamuk xtentu pasal.ntahapapantah..aku pun xpaham.time bawak g mandi lagilah...menguji kesabaran sungguh.suh main air pun xmo.ibu siap dukung bawa dia berendam pun dia xmo.tanya nak susu pun xmo...serbaserbi lah dia xmo.akhirnya, bawa dia naik, tukar baju, bagi susu..hah...terus tido...huhuhu.

hah..nih pulak kisah anak teruna ai.ish..ish..siap kena sedas dualah cubitan dia peha tuh.dah penat main air, tetiba mengamuk xhengat.suh buat susu, dah buat..tetiba nak dalam botol lain pulak.adeh...masalahnya..setiap botol tuh dah siap diisi susu.nak tak nak kena buat jugaklah.letih woo...tapi sangat seronok bila tengok dia main air.dia dah boleh berdikari dah.naik gelongsor sensorang diri.dibuatnya cam tempat sendiri.hahaha...pastu bila nak terjun siap ada gaya lagi.padahal kolam tuh..adalah takat betis dia jer...hahahaha..sampai kecut2 lah semuanya..baru reti nak berenti. (sori..gambar masa main air xde yea.)

bila dah letih mengamuk, tido lah pulak.time dia tido, aku bagi can kat po'cik jaing tuk pergi bersuka ria ngan member.huhuhuhu...sebab tuh aku kata sukaria yang xbape nak sukaria..sebabnya aku xdpt nak bersukaria beria2.hahaha...

Gunting rambut yea..

kejadian nih berlaku hari jumaat lepas.dek kerana rimas tengok rambut afiff panjang, maka kami bawa dia p gunting rambut kat kedai rambut yang baru dibuka di Pr. 15 (Diplomatic Enclave).

kami sangat terkejut bila afiff dengan selamber serta ceria je nak gunting rambut.kalo sebelum nih, meraung dia xnak gunting, sampaikan kena janji nak beli otomen lah sebagai adiah cos gunting rambut.tapi sekarang tidak lagi.dia dengan rela hatinya, mau rambutnya digunting.syabas nak..syabas...dah besor anak ibu nih..hehehe

semasa sesi gunting menggunting berlaku, member rileks jer.walaupun dia ada menunjukkan tanda2 dah bosan, tapi setelah dipuji setinggi langit, maka duk diamlah dia.hahaha..time gunting tuh, aku siap cakap kat tukang gunting tuh ' jangan usik dia punye sideburn' (betul ke eja tuh)...

inilah style rambut 2009 afiff.hahahaha...dengan semangatnya tukang gunting tuh buh gel rambut pastu siap buat cacak2 lagi.kami gelakkan ajer.bukan selalu pun...hahahaha

pandangan sisi. cam otomenlah bang... tapi yang paling best, dia cakap 'utanlah...mawi afiff lah...' hahahahaha... iyealah bang oi....layankan ajer....

dah setel tang anak.ayahnya pulak nak gunting jugak siap habis cukur misai janggut.hahaha...dah setel gunting/cukur, ada sesi urutan...perghhh...bakpolah bestnya aku nengok.


harga gunting rambut bagi kanak2 bawah 12 tahun ada RM6. untuk dewasa pulak...huhuhu...aku xingat. lokasi kedai gunting nih kat depan Mydin di Presint 15 yea.so, apalagi..p lah terjah...


Monday, January 19, 2009

apsal aku xupdate nih?

apsal aku xupdate nih?
apsal...apsal..apsal..
pasalnya...gambar2 enggak ada pada pc opis nih..
gambar2 ada pada lappy po'cik jaing
dah suh po'cik jaing emelkan gambar2 tuh
tapi sampai la nih, gambar2 tuh sampai lagi..
adakah gambar2 itu stuck kat traffic jam
atau sebaliknya...xtaulah aku...

Friday, January 16, 2009

dah ok.....kot...huhuhu

hmmm...dari petang kelmarin, internet kat opis nih bermasalah..
sesungguhnya...amat bosan + boring tahap otomen bila internet bermasalah..
sampaikan bos pun duk bising2...dan akhirnya keluar lunch awal...hahahaha...
termasuklah dengan aku yg keluar terlebih dahulu dari bos...wakakaka..
xpe...bos bagi permission tau..
oleh kerana sekarang internet dah ok...kot...
maka aku akan menjengah ke blog2 member yang lain yea.
tapi bukan sekarang lorr...
sekarang aku ada urusan penting yang harus disetelkan... ewahhh...
boboi...

Wednesday, January 14, 2009

Renung-renungkanlah...

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
(sumber : Utusan Malaysia, Rabu 14 Januari 2009)

Wahai Wanita....

sekadar gambar hiasan
LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Khadijah
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga....

Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah

-isteri solehah
(petikan dari Hadiah Buat Muslimah)

Tuesday, January 13, 2009

Domino's Pizza dah mai dah... :)






Domino's Pizza,
Putrajaya
T00-U06, Block C
Jalan P8D, Presint 8
62260 Putrajaya
ATTENTION!!!Domino's Pizza, cawangan yang ke 38 sudah dibuka di Putrajaya.hah...apa lagi...p lah terjah.tapi cawangan kat Putrajaya nih, xdak dine-in yea.bagi aku, xdak dine-in pun xpalah...janji ada delivery.. ai likeee.....hahahaha.aku xpi terjah lagi.aku dapat tau pun, pas nampak mat rempit domino nih kat putrajaya ni.pastu laju ja suh po'cik jaing surf internet.dan akhirnya...tuhla...dia.. info tuk penduduk di putrajaya.hahaha..mana yang dah tau tu..oklah..tapi yg mana xtau lagi akan kewujudannya, nih aku dah bagitau.so jangan tunggu lagi..

apa nih???

ish...aku tengah semangat nak update blog nih
tapi....cannot upload gambar pulak
why?why?why?
kenapa?kenapa?kenapa?

Monday, January 12, 2009

afiff..ooo...afiff

di suatu pagi, semasa sedang sibok bersiap tuk ke ofis.

ibu : abang...abang...bangun...bangun... (punyalah lembutnya suara ibu mengejutkan anak)

afiff xreti nak bangun lagi, celik mata pun tidak..huhuhu

ibu : afiff...afiff...bangun...g school.ibu nak g work nih.

afiff : (terus nangisa)...huwaaaaa....apish xnak g school lah ibu...

ibu : la..abih tu afiff nak g mana?xkan nak duk sensorang kat umah nih.takutlah..ada antu..

afiff : huwaaaa....apish nak g work...huwaaaa

ibu : laaa....afiff kecik lagi, mane leh g work.afiff kena g school.

afiff : huwaaaa....apish nak g work...huwaaaa....(nak mengamuk sakan dah time nih)

ibu : ok..ok...afiff g work.ibu g school yea..afiff siapkan work ibu yea.ibu nak belajar nyanyi, abc tau..

afiff : ok...bu...(dah setat senyum lebor dah)

(yang sebenarnya dia nak perkataan 'school' digantikan dengan 'work'. so, sekarang, afiff akan pegi work, ibu akan pergi school...hahahaha)...layan kan ajerlah....afiff..ooo...afiff...

Friday, January 9, 2009

Serai Wangi

Serai Wangi....penah dengar iklan Serai Wangi dak?selalu keluar kat radio Era.katanya digunakan untuk menghalau/membunuh semut/lipas dan yang seangkatan dengannya.cara penggunaannya:dicampur dengan air, pastu main spray2 jerlah.

dengan semangat wajanya, aku mintak po'cik jaing belikan.maka dengan semangatnya po'cik jaing g carrefour tuk membeli Serai Wangi nih.bila dah dapat, dengan semangatnya lagi, aku membancuh Serai Wangi nih.pastu siap spray2 lagi di semua laluan semut2 yang mengganggu pandangan mata aku nih.dalam dua tiga hari, memang xnampaklah bentuk badan semut2 durjana itu.wah...aku dah mula kembang dah.kerana ini bermakna Serai Wangi nih memang betul2 mujarab.aku pun nak promotelah kat sini kan.

tapi kan...takat dua tiga hari jer semut2 durjana itu hilang.pastu dia datang balik.aku ingatkan paling lama seminggu lah tuk semut2 durjana itu menghilangkan diri.tapi idak pun.takkan setiap dua hari sekali aku nak kena spray.kalo cenggitu baik aku guna ridsect dan yang seangkatan dengannya jer.buat letih aku membancuh jer.dan sekarang nih, semut2 durjana itu telah mula bermaharajalela balik.semut nih bukan semut itam yang suka angkut gula tuh.tapi semut merah hok kecik tuh.kalo kena cium, mau bintatlah jugak.bangun pagi tadi, muka afiff dah kena cium ngan semut itu.aku jumpa mayat semut tuh kat baju afiff...wakakakaka...

nota hati: ada petua tuk menghalau semut tak??kalo ada mehlah kita kongsi bersama...

Thursday, January 8, 2009

hoyeyy....makan donut

alhamdulillah....kenyang...dapat gak makan donut Big Apple malam tadi.

sampai kat big Apple semalam, afiff terus sibok nak pilih sendiri.hahaha...sekarang dia semakin pandai demand ok.mujur dia pilih satu je.yang lain aku pilih.afiff pilih yang chocoreo tuh.

afiff dan arissa makan kena share makan chocoreo dan chocoring.tapi xabih pun budak2 nih makan.so, sape yang kena perabihkan?aku jugak...hahahahaha....

anak sape lah nih.comotnya...arissa makan siap sapu cokelat kat pipi lagi.pastu baru tahu geli.hahahahaha..model sambilan aku...si afiff...hahahaha..kononnya tengah menikmati kesedapan donut itu.hahahaha...padahal makan xabih pun...

Wednesday, January 7, 2009

donut...ooo...donut

AKU NAK MAKAN DONUT
BIG APPLE DONUT
NAK MAKAN..NAK MAKAN..
ANAK TEKAK DAH TERKETAR2 MENAHAN LAPAR
LAPARKAN BIG APPLE DONUT
WALHALKAN BARU KELMARIN MAKAN BIG APPLE DONUT
TAPI HARI NI NAK MAKAN LAGI
korang...kalo selalu makan donut, boleh menggemukkan ke?
hahahahahahaha....

p/s: po'cik jaing....jom ar, bawak isterimu ini g beli BIG APPLE DONUT... :)

sshhhhh...duk dendiam..

hikhikhikhik...kuikuikuikui..kalo nak gelak kena pelan2.xleh kekuat.nanti bos dengor. bos duk tengah wat powerpoint tuh.pagi tadi baru dpt arahan dari big boss suh wat powerpoint tuk meting ngan the big big boss.pintu bilik terbuka pulak tuh.lagilah aku kena duk dendiam.sesape nak amik barang yang dioder pun, aku xbagi ambil la nih.tunggu bos xde baru boleh ambil ok.tadi bos keluar jap, laju jer aku suh datang ambil dengan secepat mungkin.hahahaha....

Tuesday, January 6, 2009

Sleek...

aku xtau nak cite apa ari nih.oleh kerana post nih dah lama terperam kat edit post, maka hari nih aku cite pasal benda nihlah.aku nak kongsi info pasal nih dengan korang.so layan jelah yek.janji aku update...kan..kan..kan..

korang penah dengar/baca/tengok Sleek dah? APA....???xpenah...huhuhu.. bagi yang bujang tuh, mungkin xtaulah...tapi rasanya bagi yang dah kawin tuh musti tau kan..kan.. tapi xpe..bagi mereka yang xtau..meh sini aku nak story ckit..

Sleek ni sejenis bahan pewangi.ala...cam softlan tuh.tapi keistimewaan Sleek nih pada mata pandangan aku ialah...selain mewangikan pakaian, ianya jugak melembutkan pakaian.maksudnyakan....kalo korang gosok baju yg memang payah nak digosok, korang dah xyah nak sembur2 ngan air lagi.bukankah ianya memudahkan keje tukang gosok kain baju seperti aku ni.hahaha.

dia ada empat colour.tapi aku selalu guna colour pink, hijau dan biru.kalo nak bebetul wangi, gunalah yang colour pink itu.memang wangi betul.aku selalu beli kat Carrefour Alamanda.setiap kali aku g beli Sleek nih, musti ada colour pink, hijau dan biru jer.yg colour purple tuh asik xde je.gambar kat bawah nih kat JJ Tmn Ekuin nun.harganya...kat Carrefour dlm RM3.69 jer. tapi kat JJ nih (cuba korang besokan gambar tuh), harganya cam RM4 lebih je kan..kan..

so, apa tunggu lagi.cepat p beli.dan try test.tapi kalo xjadi seperti apa yang aku cakapkan.korang jangan salahkan aku pulak.hahahaha.... apa yang pasti, bila aku gunakan Sleek ni, kerja aku menggosok kain baju menjadi semakin mudah. ;)

Monday, January 5, 2009

Back To Work....

hari nih first day aku bekerja bagi tahun 2009.hehehe.ingat budak sekolah je ke yang kena back to school, orang yang bekerja pun kena back to work juga.huhuhu.

setelah lama bercuti, duit pun dah banyak diperabihkan, maka sekarang kena start kumpul duit balik lorr, jugak boleh start kumpul cuti juga.yang penting jangan lupa tengok kalendar 2009.tengok bila tarikh boleh cuti panjang.tengok bila tarikh hari raya.supaya kita boleh rancang cuti kita.... kan.. kan.. kan.. hujung bulan Januari nih ada cuti umum lagi...wah...ai likeeee...hahaha..wakakaka...

oklah.nak buat kerja nih.banyaklah pulak surat/memo nak kena rekod nih.huhuhuhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails