klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

Monday, March 16, 2015

Pasar malam Kuah

Petang sabtu kami p shopping dinner di pasar malam Kuah. First time datang sini. Holiday sebelum2 nih xpenah tau pun akan kewujudan pasar malam ni. So..lets go....


tudung oren tu mama, tudung hitam tu kakak halina (sepupu).kakak dah tanya mama xpe ke jalan jauh sikit ni. wah... dengan eksenya mama kata ok..ok... hahaha... rupanya mama xsangka ke ukur panjang pasar malam tu. malam sebelum tidur mama duk ngadu kata sakit kaki... adoila mama..mama..


ini kuih pelik... hahahah.. first time tengok.


rama-rama kot nama kuih nih. kulit dia rasa macam apam balik. yang putih n merah n kuning tu xtau apa. main beli jer....


ok... yang nih sedap.. memang sedap. intinya ada dua jenis. satu kaya dan satu lagi kelapa.


pukul 6 petang.. panas litlit... ohoiiii


kerabu kaki. bolehla...


punya jauhnya p beli nasi kerabu... sampai ke langkawi... hahahah... solok lada tu sedap.. banyak isinya..tenggelam lada. oklah rasanya.... 

posted from Bloggeroid

Saturday, March 14, 2015

HIG.... done

Boleh jadi giler kalo pergi tempat nih. Fuhhh.... itu baru kat bahagian cokelat jer. Belum lagi p kat bahagian pinggan mangkuk... dua tempat HIG p tadi sebab cari nutella. Tapi xjumpa jugak. Rupanya nutella dah xdak stok.... huhuhuhu....frustnyeee. kat bawah gambar disertakan senarai harga bagi coklat2 yang ninironna beli yek. xyahlah dikira totalnya yek. dendiam sudah. nih just untuk share jer. tiada niat untuk mendabik dada apatah lagi menunjuk-nunjuk. maybe harga yang tertera adalah harga untuk 2015 dikala musim cuti sekolah. apapapun, coklatcoklat yang ninironna borong nih still within the bajet. alhamdulillah.. kawal ajerla nafsu.. hihihi

Sesi 1

PEPERO WHITECOOKIES 6X256G = RM20.90 (kat airport lagi mahal, beza 2/3 ringgit jugaklah)
LOTTE ALM PEPERO B/PACK 6X256G = RM20.90
LOACKER FOGLIETTE DARK 18X100G = RM8.90
LOACKER FOGLIETTE MILK 18x100G =  RM8.90
KITKAT TRIO PACK 135G = RM9.90
WHITTAKERS ALMOND GOLD MULTI 24X135G = RM9.90
WHITTAKERS RAISIN PEANUT MULTI 24X150G = RM9.90


Sesi 2


SNACKLE WAFER CUBER CHOCO 200G X 3 PACKS = RM10.00
NN-TWIX MINI FUNSIZE 403G =rM14.90
TOBLERONE BR/WH/BITT 100G = RM3.90
TOBLERONE FRUIT & NUR 20X100G = RM3.90
TOBLERONE CRUNCHY ALMOND 100G = RM3.90
CADBURY BAR FRUIT 7 NUT 175G -RM3.90
FERRERO ROCHER 35GM X 6 = RM18.90 (RM3.00 EACH)



posted from Bloggeroid

Friday, March 13, 2015

Oh Langkawi....

Hihihi... sekarang ibu dan nenek berada di Pulau Langkawi. Yippii... 4 aiman duk memolek dengan ayah di rumah yea. Erk.... sila buli ayah untuk 3 hari ni.

Flight pukul 9 pagi. Kuar umah kul 5.30 pagi cos nak naik erl kul 5.51 pagi. Yup..naik erl jer ke klia2. Saja bawa nenek naik tren.lagipun ayah nak uruskan 4 aiman yang nak g sekolah pagi ni.

Sedang elok azan subuh kami pun sampai ke klia2. P check in di kaunter dulu. Pastu terus p solat subuh. Pas solat p isi perut pulak. Kami p makab kat bumbu desa. Belum kul 7 dah bekpes... huhuhu



Menu sarapan kami. Teh tu adalah 3 in 1 punya teh. Jadinya kureng enaklah.

Pas bekpes, terus g ke departure hall. Perghhh jauh giler nak menapak nih. Ini xleh jadi...nenek xlarat nak jalan so meh kita naik buggy...yeyeye


Happy nenek dapat naik buggy. Jimat tenaga. Hikhikhik


Woooooo.... just the two of us excluding driver


Nenek posing dulu.. nak bagi cucu-cucu tengok gambar nenek


Ya Allah...jauh giler nak sampai ke gate K20 ni.


Khas untuk cucu-cucu nenek

posted from Bloggeroid

Monday, January 19, 2015

Terbang..



alahai... dah lama xterbang tinggi di udara. cuak secuak cuaknya. dahlah terbang seorang diri. memang sepanjang penerbangan cuak ajer. tapi dalam hati duk berzikir jerla. hihihi.... keputusan untuk terbang diambil dalam masa satu hari. setel semua urusan di rumah... ayuhla hantar ibu ke Subang Airport. ayah just drop ibu jer. afiff dan ayra tido. kalaupun mereka xtido, xde maknanya ayah nak angkuat 4 beradik tu seorang diri. kang ada yang keciciran. lalalala.....


Subhanallah...Maha Suci Allah... cantik sungguh ciptaan Mu ini. bila tengok awan tu... terdetik dalam hati... kalaulah awan itu boleh disentuh.. boleh tak baring atas awan itu... hihihi... dah jadi macam budakbudak pulak. maklumlah... travel sorang diri. maka layan jerlah dirisendiri.


bila tengok laut dari atas... terdetik di hati perasaan cemasedihtakutdanlainlainlagi. bagaimanalah perasaan mereka yang berada di dalam MH370, MH17 dan QZ.... semasa kejadian berlaku. Allahuakhbar...


Alhamdulillah... selamat sampai ke destinasi. ini bukan satu percutian untuk berseronok apatahlagi untuk shopping cokelat. huhuhu....


tujuan utama  adalah untuk ke sini, melawat pakcik yang keuzuran.Semoga Allah permudahkan urusan uncle. semoga Allah kurniakan kesabaran dan ketabahan kepada keluarga uncle.memang xkemana pun. hanya berada di hospital. malam baru ikut sepupu balik rumah untuk berehat. hmmmm... masa memula sampai sini, tengok uncle... Allah... air mata terus bertakung. terasa sebak. sebab selama nih bila jumpa dia musti dalam keadaan sihat walafiat dan segak bergaya. bila salam auntie... huwaaaa... terus hujan... sesama hujan dengan auntie. sambil berpelukan... hanya mampu berkata bersabarlah.. Allah... ninironna paling lemah bab ni. xtau nak cakap apa. ok. stop...before hujan datang lagi.

posted from Bloggeroid

Monday, October 11, 2010

open house paling jauh yang kami pergi...



hehehe... caya jangan xcaya. open house paling jauh yang kami sampai adalah di Taman Unity, Kuah, Pulau Langkawi. perghh...hebat xhebatnya.. (hebat : perkataan yang paling digemari oleh afiff buat masa ini). open house rumah aunty aku. kakak kepada arwah ayah aku. memandangkan kami adalah pelancong, kami xbawaklah baju kurung jadinya pakai shirt pun ok ape. hehehe... segan tuh segan gaklah. orang lain datang berbaju kurung/kebaya dan yang sewaktu dengannya tapi kami... hahahaha... arghh..fedulikkan mereka. janji kami sampai umah aunty dan happy. sedap2 makanan yang disediakan. owh..masa bersalaman nak balik, afiff buat perangai yang memalukan ibuayah dia... boleh dia cakap.. kalo xde duit raya xmo salam. adush...budak bertuah nih.sapelah yang ajor nih. huh...

last stori pasal percutian kami..

last day at Awana Porto Malai. pasa bekpes, kami menghirup udara laut..hahaha..bukan udara pantai lagi dah cos hotel nih memang xde pantai. laut terus. perjalanan yang agak mencabar.hahaha...iyeala.. bebudak nih bukan boleh lepa..kang dia g kat tepi kang terus terjun laut. ngeri ooo... dahlah imaginasi ibunya nih bukan main hebat lagi. lalalala...







sejuk mata memandang, sejuk lagi badan yang terkena tiupan angin laut. time nih matahari segan silu lagi nak memancarkan cahayanya.





owh..minat tecit nih.. feeling model ko. jalan dah xpandang kirikanan xtengok ibuayah dia dah. menonong jer jalannya... kejap ke kiri kejap ke kanan maklumlah angin kuat. dianya pun ringan jer. ish..riso pulak mak long nengok..riso kena terbang dek angin jer. hahahaha







nih sorang lagi minah tecit yang duk feeling sensorang. dek kerana angin kuat, mata dia pun dah ala-ala nak xnak bukak jer. zzzz pun best nih..

p/s: alhamdulillah..tamat sudah percutian kami kali nih. next year kita pegi tempat lain pulak yea. percutian kali nih, xde shopping2 pun. takat beli cokelat tuk makan sendiri.hahaha..sorilah kawan2...xde ole2 kali nih. lagipun saje nak bawak aimy g jalan.maklumlah orang baru baik dari sakit. seronok tengok dia sihat dan happy. sekian. tamat.

Sunday, October 10, 2010

masa untuk main air....

masa untuk main air dah tiba. gedik2 bersama anak2.hahaha..sape yang over? korang tengoklah gambar2 kat bawah nih sendiri.hahahaha...malas dah nak cite panjang. apa yang penting kami semua sangat happy lelebih lagi kanak-kanak ribena.








Saturday, October 9, 2010

lawatan secara laju..zassss

hari kedua, hujan lebat tapi kami redah jugaklah.kuar dalam kul 10 , zass terus ke cable car. ksampai sana hujan masih turun, dan dan tuh kena beli payung..melayang rm20.kononnya nak naik cable car, tapi disebabkan cuaca xbape nak elok jadinya no cable car service buat sementara waktu. jadinya, kam lepak minim dulu.



pas minum, bawak kanak2 ribena tengok rusa dulu. weilah..kebulur betul rusa2 nih. arissa sampai melalak ketakutan dek kerana rusa2 tuh nak cium dia.hahahaha





kejap je kat cable car, zassss pulak ke tempat lain. tapi harus singgah kat tempat nih dulu nak kuar duit.xingat pulak nama tempat nih.dah setel, zassss ke sana pulak.



dari cable car, kami ke Makan Mahsuri pulak. masa last cuti2 ke Langkawi dua tahun lepas, kami dah jejakkan kaki ke sini. kali nih, bawak family adik pulak.sempat pekena laksa kedah + nyiur muda. gulpp... kejap je kat sini. cos ada satu lagi tempat yang perlu diterjah.



dari Makam Mahsuri kami ke Wildllife Park. jalan2 sampai penat. singgah kat tempat rabbit bagi rabbit makan. wah..sangat seronok kanak2 ribena nih kecuali arissa. takut xabih lagi. dia mengata orang bukan main lagi... xpe...xpe.. jangan takut. dia xgigit. tapi bila suh dia masuk..geleng2 kepala bagai nak tercabut.hahahaha. pas abih pusing kat sini, kami terus balik hotel. cos kanak2 ribena sekali ngan makpaknya dah gedik2 nak terjun kolam. hahahaha.. next entry yea..

Thursday, October 7, 2010

Awana Porto Malai, Langkawi

plan cuti nih dah lama.dari awal tahun lagi. gara2 Matta Fairlah nih maka kami sekali lagi sampai ke Langkawi. kali nih pegi dengan family adik aku. kami sepatutnya naik Firefly. tapi last minit kami dipaksa naik MAS pulak. hahaha...paksa katanya... dengan rela hati kami naik tau. suka ar.. bayar tiket tuk Firefly tapi dapat naik MAS. lalalala... di langkawi kami stay di Awana Porto Malai. lagi sekali nak bagitau nih semua dah termasuk dalam pakej ye yang mana pakejnya kami dah bayar masa Matta Fair dulu. so, masa nih kami just standby duit sewa kereta dan duit poket aje. ala...bila dah ada plan awal2 jadi bolehlah simpan duit sikit2 kan..



wah...sangat suka kanak-kanak ribena nih. ini belum nampak swimming pool lagi. lobby hotel nih oklah. xde pape yang menarik tertarik pun. biasa jer... cuma aku suka bilik dia jer. tapi xsuka toilet/bilik mandi. kecik sangat. xde bathtub. huhuhu.. dapat connecting room. besh..besh...sorilah xde gambo bilik cos malas nak snap. huhuhu



sampai langkawi terus check in hotel. rehat jap. setelkan kanak-kanak ribena punya hal dulu. pastu baru kuar g lunch yang dah xbape nak lunch dah dan terus g underwater.



kami mengharapkan bilik sea view tapi xdapeklah. dapat garden view aje. sekali masuk bilik..wah..wah.. swimming pool view ko. si afiff apa lagi.. terus menyanyi nak swimming. adehlah letih lah dengan dia nih. bukannya leh nampak swimming pool. kalo dah nampak, harus kena terjun dulu.



first day sampai tuh, memang xsempat nak terjun swimming pool. cos kami nak setelkan jenjalan dulu. lagipun kena terjah satu open house. wah...jauh siot kami pegi raya punye open house. hahaha...siap kena merentas lautan lagi. cite pasal afiff dan swimming pool. gara-gara swimming pool, kul 1.30 pagi afiff bangun menangis nak swimming. adehlah..budak bertuah nih.


Wednesday, October 6, 2010

Underwater World Langkawi, Langkawi Island

wah...wah... tetiba kami lepas ke langkawi kan..kan... megik..megiknyee.... ahaks. well...ini semua gara-gara Matta Fair. ahaks..salahkan Matta Fairlah pulak. fedulik.. inipun my sis punye keje. ajak g jenjalan. sekali dia terjah itu Matta Fair, jumpa pulak dia pakej ke langkawi. tanya akaknya nih..haruslah akaknya kata WOKEY...LANGKAWI...HOYEYE...LANGKAWI...WAIT FOR US.. ish...nak ke mana pulak langkawi island tuh kan.. kendianlah cite pasal hotel semua. cos masa dah check in hotel, bebudak termasuk mak bapak budak dah tergedik2 nak g tengok binatang. jadinya, memandangkan hotel dekat ngan underwater world, so kami terjah sana dulu... zassssssss.... ehh...sebelum tuh, g makan dulu. perut dah berkompangriang. nyumnyumnyum...



xsempat2 nak bergambar kat main entrance nih. panas punye pasal. terus masuk dalam, beli tiket dan memulakan explorasi kat underwater world. erk...hangin jer ngan model2 xberbayar nih. macam2 jenis memek muka/aksi yang dema buat. kalo suh berdiri tegak, terus xmo bergambar. huhuhu...



besar2 ikan kat dalam nih yek. ahaks...dah cam jakun la pulak. bukannya apa, bawak kanak2 ribena nih memang best, diaorang memang teruja abeh, makbapak pun sama. hahaha... agaknya kalo bawak budak-budak beso, musti diaorg boring.



giler bagak ikan2nya. ada yang lebih besar dari aimy ada yang sama besar ngan afiff. mujur xleh amik ukuran tepat. hahahahaha... bawak afiff... memanglah memacam dia tanya. ni ikan apa bu...ni tulis apa bu.. baca nih bu... baca sampai abis bu.. adehlah.. asek ibu jer yang kena, napelah xtanya ayah nak oi...



kebetulan masa kami sampai nih, staffnya tengah bagi sealion makan. jadinya adalah aksi2 yang sealion tuh lakukan. wah...lagi sekali makbapak budak yang teruja lebih.hahahaha.... kolam sealion nih kecik jer. riso jer masa tengok sealion nih melompat ke atas ato terjun masuk air balik. kang terangtuk kang... hahahahaha....



pastu masuk kawasan antartik pulak. grrrrrr....xbape nak sejuk pun. hahaha.. tengok penguin pulak. nampak tuh yg pakai tudung putih tuh. hahaha...teruja gile dapat tengok penguin.hahahaha... dah sama over ngan anak2. lalalalala...



bapak pari....grrr...



bapak ikan.. gile besar.. takut aku tengok. dahla putih jer.. cam hantu ikan.. hahaha.. imaginasi seorang ibu.. hahaha...



erm...nih kat mane underwater jugak ke? erk..ilang ingatan jap. ehh..tengok baju ngan tudung sama seperti gambar2 di atas. maknanya tempat yang samalah tuh kot. hahahaha... aimy buat apa masa nih yea? ha..masa mula2 masuk tuh, dia jaga lagi. duk tengok samalah ikan2 yang ada sambil buat muka confius. jenuh ibu duk terangkan.. dia tetap confius. alih2....dia dah lena... hahaha...musti dia boring kan...



erm..apa nama nih? jellyfish kan..kan..

kesimpulannya.. oklah gak kat underwater nih tuk first time masuk. kalo ko datang kali kedua, mau boring giler.hahahahaha... kalo xnak boring, bawaklah kanak2 ribena yang penuh dengan soklan2 yang bisa menggegar kepala otak korang tuk memberi seribu satu jawapan.hahahaha. pas g sini, kami terus pegi pekan Kuah pulak. itu next entry.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails