klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

Iftar @ PICC

Alhamdulillah.. rezeki lagi... terima kasih pada yang sudi belanja. kejadian berlaku pada hari isnin. wah... menu dekat PICC nih lagi best dari Pullman. memang kenyanglah makan. erk.. seperti biasa no gambar makanan. sampai sana kul 7, orang dah beratur nak amik makanan dah. paling panjang beraturnya kat kambing bakar n satay. fuhhh.... jenuhla berulang alik amik makanan. bila dah penat nak kulukilir lagi, maka mehla guna kuasa seorang ibu... hahahaha... member arahan kepada afiff dan arissa untuk mengambil makanan. lalalalala....

oleole dari PICC. di dalamnya ada 2 jenis sekuk raya.
ada persembahan artis.. rosma af
perut dah kenyang, mohla kita balik.

Monday, July 14, 2014

Laukpauk berbuka

Bila teringin nak makan baru nak main masakmasak.
nih menu berbuka ari apa tah.
dari pagi hari duk pk nak makan apa berbuka nanti.
sekali member kata nak pegi pasar n mau kirim apa?
so, ku kirim sotong 2 ekor dan tenggiri 2 keping. cukupla.
itupun, jenuh nak perabih sotong tapi xabeh jugak.
dan jenuh jugak nak perabih ikan tenggiri, mujurla abih.
4 aiman makan nasi berlaukkan kicap ajer.
itupun jenuh suh abang afiff makan nasi berlaukkan ikan.
pelanpelan dia kunyah... hahahahahaha....
4 aiman nih, kalo dimasakkan spagetti memang laju jer makannya,
bertambahtambah... siap suh simpan nak makan sahur dan berbuka lagi...
adoilahai... xkan tetiap hari nak makan spagetti kan...

cite pasal puasa...
abang afiff ponteng 1 hari sebab batuk kongkong.. dan haus sangat bila balik dari sekolah.
bila time berbuka, dia memang xmakan sekali lah.
duk dendiam dalam bilik.
baguslah... hahahahaha
kakak arissa pulak.. sudah ponteng 5 hari.
minah nih selamber jer dia.
kalau rasa nak minum air, dia minum jer.
fedulik hape...janji kenyang...
harharharuuuu....
bila cakap sape xpuasa xboleh makan sekali dengan ibu ayah...
ada dia fedulik.. xde maknanya.
dialah orang pertama yang duk kat meja makan
sambil membebel bila nak azan...bila nak azan...
memang harharharuuuu... minah nih.

sotong goreng kunyit (termasin sikit) dan ikan tenggiri masak kicap.

Wednesday, July 9, 2014

Sian dia..

Huhuhuhu.... sian kakak arissa. ibu sampai rumah dalam kul 5.30 petang semalam, dia terus cakap 'saya xlaratlah bu... perut saya dah bunyibunyi nih'. dan seperti biasa jawapan ibu ' tahan jerlah. lagi sejam lebih jer nak berbuka nih'. naik atas solat asar. selesai solat dia mengadu lagi 'saya nih nak solat pun xlaratlah bu...' . pastu dia dah setat buat drama air mata. ada ibu kesah... xde..xde.. hahahahaha... dek kerana ibu malas nak marahmarah, ibu terus cakap 'kakak ingat kakak sorang je ke yang puasa ni. ibu pun puasa gak.kakak ingat kakak sorang je yang xlarat dan perut bunyibunyi,  ibu pun xlarat jugak dan perut ibu bunyibunyi jugak tapi kena sabarlah. nak dapat banyak pahala kita kenalah sabar.' terus dia diam. hikhikhikhik... xlama pastu... 'ibu... saya nak main kat luar'. dah pulak.. dalam pada xlarat tu ada hati jugak nak main kat luar. hahahahaha... 

ala... blur pulak gambar kakak arissa nih...

Tuesday, July 8, 2014

Laukpauk berbuka

nih menu ari sabtu lepas. teringin nak makan punya pasal. nak beli... takut xsedap. padahal masak sendiri belum tentu sedapkan.. hahahahaha... tapi kalau dimasak dengan penuh kasih sayang, haruslah sedap... hikhikhik... siap pesan kat abe ing... kalau kurangmasing atau terlebih masin atau rasa xsedap, dendiam jer tau. telan jer... hahahaha.... menu ari ahad xsnap. menunya kambing n ayam bakar dan nasi goreng. menu isnin (semalam) adalah spageti goreng yang sedap sangat di tekak 4 aiman. hahahahaha.....

setelah berjaya memancing ikan merah di pasar, maka berjaya jugak masak sup ikan merah. teringin pulak nak makannya. layan jerlah.... beli 2 ketul jer. cukuplah... 
sotong masak merah yang xberapa nak merah. alhamdulillah... sedap jer ditekak ku... 
yang nih paling sedap. kakak arissa request. dia makan nasi dengan lauk nih jer. itupun  makan telur putih jer. 

Pasar Ramadhan dan Festival Ramadhan

Dekat sangat.. tapi mandi peluhlah gak lah kalau g pasar ramadhan tu. lokasinya di Presint 3 antara Perbadanan Putrajaya dan Masjid Besi.

pasar ramadhan... jual laukpaukkuihmuih jer...
bazaar ramadhan.... jual persiapan raya seperti kainbaju. so.. sesapa yang belum shopping, bolehla datang shopping kat sini..

Wednesday, July 24, 2013

Festival Ramadhan Putrajaya 2013

Hebahan...Hebahan..Hebahan... (main copypaste jer nih...)

Bersempena Festival Ramadan Putrajaya dan juga Nuzul Al-Quran akan diadakan Forum Perdana JAKIM, persembahan artis Opick dan zikir serta berselawat bersama Pak Habib Sheikh Assegaf pada 26 Julai 2013 di Dataran Putrajaya, Presint 3. Maka dengan itu,  semua dijemput hadir. mehlah..mehlah..mehlah... jangan lupa bawak tikar/suratkhabar sebagai alas tuk duduk. pastu kalau ada sampahsarap sila buang di dalam tong sampah yea.. terima kasih.



Manakala Jualan Jom Beli Barang@Putrajaya anjuran KPDNKK akan diadakan mulai 26 Julai hingga 4 Ogos di Kompleks Perbadanan Putrajaya. Pelbagai pilihan barangan keperluan perayaan dijual pada harga yang amat berpatutan sepanjang berlangsung. yang nih, silalah bawa duit sendiri yea. kalau ada rezeki  dapat bonus..maka lagilah banyak boleh dibawa duitnya. pesanan untuk ini, kalau bawak anakanak, sila pastikan anakanak berada dengan ibuayahnya. jangan ditinggalkan pulak anakanak dalam kereta. uih... bahaya..bahaya...


Saturday, August 18, 2012

menu berbuka sehari sebelum raya




walllaa... last day berbuka tentula di kampimg terchenta bersama bonda dan adik2 terchenta jugak (walaupun xcukup korum). tukang masak lauk dah tentula masterchef kami adikberadik iaitu mama. tukang buat air my bro raja. ninironna hanya jadi tukang masak nasi jer... :-P
posted from Bloggeroid

Friday, August 3, 2012

Thursday, August 2, 2012

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails