klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label H1N1. Show all posts
Showing posts with label H1N1. Show all posts

Monday, September 27, 2010

hoyeyyy...dah boleh balik


muka gumbira cos boleh balik beraya...

080910 - hari yang kami tunggu-tunggu selama berada di hospital. hehehe.. akhirnya kami dapat balik sebelum raya dan ini menandakan kami boleh beraya dengan gumbira. ishh..idaklah gumbira mana pun. sentiasa berhati-hati dan always pk anak-anak dulu bila nak pergi beraya. agak2 kalo nak beraya lelama, xyah ikutla kami anak beranak. duk kat umah jerlah.


boring..lama nau nunggu ubatnya...

walaupun dah boleh balik, aimy still kena makan ubat lagi. dia punya omilflu (vaksin H1N1) ada satu dos lagi yang kena continue amik kat umah. kena contiune makan ubat batuk/selsema/demam tuk beberapa hari lagi. fuhhh... bape jenis ubat aimy kena telan termasuklah antibiotik putih yang memang xsedap itu. time nak makan ubat memang time yang begitu menguji kekuatan fizikal ibunya. hehehehe... dapat ubat semua dalam kul 2 pm. terus balik Putrajaya dulu cos nak packing dan kemas umah. afiff dan arissa ikut nenek balik kampung dulu. huh..time nih...terasa rindu giler kat budak berdua tuh. rindu nak bertekak/bersembang. huhuh...

p/s: akhirnya..habis sudah cite pasal aimy dan H1N1 nya itu. sekian.

Friday, September 24, 2010

alhamdulillah...sudah semakin sihat...



alhamdulillah... tatkala gambar ini diambil aimy sudah semakin sihat dan semakin lasak.sibok nak membaca pulak. ayahnya belikan buku tuk dia, dicampakkan ajer. bagi katalog..hoh..baru sibok membelek. adehlah... masa nih, drip dah dicabut. dek kerana aimy terlampo ganas, maka doc suh cabut saje drip itu. wah...sangat gumbira aimy cos tangan kiri dia leh bebas bergerak sudah.



makan bubur time. ish..budak nih kan... bukan main suka dapat makan bubur hospital nih. laju jer nganga mulutnya. walopun bubur tuh cuma ada ayam saje..selera aje dia. tapi aimy just makan bubur tanpa ayamlah.



hah..pas makan, perut tentu dah kenyang. tapi budak nih.. apalagi yang xkenanya.. oooo...mau didukung pastu mau nenenlah pulak.



time tuk amik nab. iyea..aimy kena amik nab cos masa memula admit dulu, oksigen dia dibawah paras 95. huih...terkejut tau masa tuh. sangat2 riso. semoga Allah melindungi Aimy Ameena Aiman... sekali amik nab terus paras oksigen dia naik over than 95. alhamdulillah.. tapi dia kena continue gak amik nab sampai malam last kat spital. aimy sangat suka dengan nurse nih. ralit benor dia memerhati nurse nih. diam jer. baik jer..



xberkelip mata duk peratikan nurse tuh. ntah apalah yang aimy pkkan masa nih.. hehehe



amik suhu badan pulak. guna termometer yang lama pesen lama punya. lama betul nak tunggu resultnya. nurse cakap gune termometer nihlah yang paling tepat tapi lambatlah. klip yang kat kaki tuh..nak tengok denyutan nadi dan paras oksigen. alhamdulillah..semuanya ok. see..aimy sangat baik kan.. diam jer... hehehe

4 hari sebelum raya



selamat tengahari kawan-kawan ibu. hari ni hari ketiga aimy di wad mawar ni. alhamdulillah.. saya semakin sihat. demam pun dah kebah. selsema dan batuk pun beransur ilang. alhamdulillah.. ini semua berkat doa kawan-kawan ibu juga. terima kasih banyak-banyak yea. Selamat Hari Raya...emmm... duit raya?.... :)



hehehe...bila dah sihat dan bertenaga, saya mulalah aktif. xleh nak duduk diam. kat wad, tempat saya hanyalah di katil yang disendal dengan bantal2. tempat tuk memanjat memang xde. jadinya bila ibu saya baring, saya akan gunakan peluang keemasan untuk memanjat ibu saya.



aduh..letihnya.... rehat jap...

lupa pulak nak cite satu perkara, aimy confirm kena pneumonia H1N1 pada malam minggu. itupun doc call jer. masa doc call tu, ibunya leh cover lagi. masa doc call nih, ayahnya duk tido. masuk jer bilik, terus kejutkan ayahnya bagitau pasal nih, ayahnya terus blur...iyela..baru bangun tido pastu dapat pulak berita yang sedih. ibunya cover lagi.. bila tepon mama jer..barulah airmata ibunya berderai2 kuar. tepon adik pun ibunya duk nangis2 lagi. sedih oooo... dah pk yang bukan-bukan. tapi disebabkan mendapat sokongan moral dari keluarga dan kawan2 maka ibu perlu kuat semangat demi anaknya aimy.

5 hari sebelum raya.

Sabtu, 4.9.2010



hari kedua di wad. syukur alhamdulillah..kerana demam aimy sudah kebah. salah satu petanda positif. sudah larat nak duduk, tapi still kena bersandar. drip pun dah pasang sedari malam tadi. punyalah xsihatnya sampaikan nak tido malam pun kena ibunya riba. memang nak dekat dengan ibu saje. sejak aimy xsihat, dia xmo minum susu botol, hanya mau susu badan saje. alahai..siannya anak ibu ni...perasan tak tiub drip kat gambar di atas tuh berwarna merah? hmmm..itu bukannya nak masukkan darah ke dalam badan dia, tapi darah dari badan dia yang kuar cos tangannya asik terjuntai jer. mana taknya dah asik nak berdukung jer. huhuhu



inilah rupa budak yang xsihat itu. nih duk atas riba ibunya. hidungnya ada darah sikit cos doc swab kat dalam hidungnya tuk test sama ada +ve H1N1 atau tidak.



drip...sempatlah digunakan dalam 1 1/2 botol jer. dah aimy xreti duk diam. asek nak berdukung jer, tangannya terjuntailah jadinya darah yang masuk dalam tiub.



patient sebelah kami.. nyenyak betul tidonya.. hahahahaha



belah pagi, aimy masih lagi xbape nak larat. duk menepek jer. nak kena peluk selalu.



time lunch, pas makan bubur yang hospital sediakan barulah dia aktif. banyak gak makannya. dalam pada sakit2 tuh, dia berselera gak makan. alhamdulillah...

Thursday, September 23, 2010

kisah 6 hari sebelum raya

cite nih cam dah lama, tapi masih lagi teringat-ingatkan detik itu. terasa bagaikan badan melayang bila dapat tahu berita yang memang xpenah kami suami isteri duga sama sekali. selama nih, kami berdoa semoga kehidupan kami sekeluarga sentiasa dibawah lindunganNYA, namun apakan daya DIA Maha Berkuasa. setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. mungkin kami terlupa dan terleka dalam mengingatiNYA.

Jumaat 3/9/10

sebelum hari nih, aimy memang on off demamnya. siap di bawa jumpa pakar paed lagi tapi doc kata demam biasa. 2/3 hari pastu aimy demam lagi, kami bawa pulak g klinik biasa, pun doc cakap demam biasa. oooo... apa lagi ...makan ubat jerlah. oleh kerana demamnya masih ada, kami amik keputusan anto aimy dapat makcik dia di KL.

dalam kul 11 pg, adik tepon bagitau aimy nih asek tido jer. pastu bila dudukkan dia, dia akan baring balik. alahai...lemah betul dah dia. dah jadi cenggitu, nak buat keje pun dah xsenang kan. pastu jumaat terus balik, amik aimy dan terus bawak g Damai Service Hospital, Tmn Melawati. sebelum tu, siap call Azzahrah, Gleangles, Naluri hospital tuk tanyakan pakar paed tutup kul bape. semuanya tutup kul 4. sedangkan waktu tuh jam dah kul 3 lebih..ahhh..confirm xsempat ngan jalan jemnya lagi.

xnak tanggung risiko, terus terjah Damai Service. nih jerlah yg dekat ngan umah. alhamdulillah, pakar paed ada lagi. tunggu giliran dalam 5 minit, jumpa doc.. huhuhu... sedih sangat... badan aimy dah biru dan dia dah lemah sangat. doc kasi bullet. terus amik darah, buat xray, dan terus kena admit. doc suspect pneumonia cos paru-paru dia ada bunyi-bunyi. doc cakap lagi maybe Influenza A. hah...dengar jer perkataan Influenza A.. terasa nak gugur jantung nih. tapi sabar...sabar lagi...


cian tangan anak ibu nih...

dapat bilik yang ada dua katil. alhamdulillah...xde patient lain, so ayahnya leh tido kat katil kosong tuh. huhuhu...xlama pastuh, doc kasi tunjuk aimy punya xray... gulp...sekali lagi terasa nak gugur jantung. infection di sebelah kanan agak teruk... gulp... apalagi.. air mata ibunya laju je berguguran. masuk bilik, dukung aimy... terus tepon mama, adik n some of my friends. huwaaaaaaa.... masa tepon nih, dah sah-sahlah tengah bersedu sedan sambil dukung aimy. time nih, aimy pandang jer ibunya. mungkin dia faham apa yang tengah berlaku masa tuh. bila ibunya tengok aimy pandang jer, dan-dan tuh terus ibunya lap air mata semua dan cuba control tuk xnangis depan dia. cium dia banyak2 kali. alahai.... sayunyaa..... malamnya pulak, doc confirmkan kena denggi pulak. huwaaaaa...lagi sekali....

bersambung.....

Sunday, September 5, 2010

@ Damai Service Hospital, Tmn Melawti

salam...

just nak bagitau yang Aimy Ameena Aiman admitted kat hospital nih since last Friday (3/9) kerana positif Influenza A H1N1 dan Denggi.

dengan ini, saya memohon kepada sesiapa yang membaca blog ini untuk sama-sama mendoakan agarkan Aimy Ameena Aiman cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.

p/s: buat masa nih, saya xde mood nak update details pasal aimy. maaf.

Friday, March 26, 2010

erkk...terkejut dan xpercaya.....

huhu... sesungguhnya aku terkejut dan cam xpercaya jer bila baca status FB adik n adik ipar. pasal hero n heroin diaorang. huhu.. termenung aku sekejap.


sara n taufiq

semalam, both of them disahkan +ve H1N1 dan sedang dirawat di Gleneagles Medical Centre, Ampang (ermm..betul ke ejaannye tuh?) dan diberi vaksin Tamiflu.


abang membaca dengan penuh perasaan. sara duk ralit mendengar...

dua beradik nih demam sejak dari ahad lepas lagi. si sara ada running nose tapi taufiq xde. pastu suhu badan cecah 40. suhu badan naik tinggi di tengah malam (erkk...wawa/napi..betul ke info along nih?)... memula ibuayah diaorg ingatkan demam biasa jer, tapi bila suhu badan dah tinggi nau..terus bawak g spital. dan akhirnya kena admitted.



malam tadi call adik tanya perkembangan anak2. kata adik, sara dah xdemam. kalo besok (arinih) xdemam dah, sara boleh kuar dan continue amik vaksin kat rumah jer. tapi taufiq still demam lagi. ermmm...arinih xtau perkembangan dua beradik nih camne. kejap2 lagi baru nak call adik.

apapapun, Mak long berdoa semoga taufiq dan sara akan cepat sembuh sepenuhnya. mak long xboleh nak lawat taufiq dan sara kat spital. nanti bila taufiq dan sara dah sihat sepenuhnya, mak long, pak long, abg afiff, arissa dan aimy akan g lawat taufiq dan sara yea.

to my sister n husband.. be strong.. kuatkan semangat.. banyakkan berdoa... insyaAllah... taufiq n sara will recovery soon.

Friday, August 14, 2009

Jintan Hitam Cegah H1N1

sekadar untuk dikongsi bersama. rencana ini dipetik dari Utusan Malaysia, 14 Ogos 2009.

SHARJAH, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 13 Ogos - Jintan Hitam atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda dalam bahasa Arab dipercayai dapat mencegah jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1).

Menurut kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi.

Akhbar Al- Khaleej melaporkan, kajian tersebut telah menyebabkan penjualan jintam hitam meningkat sebanyak 50 peratus di beberapa negara Asia dan Arab Saudi serta Mesir.

Minuman tersebut turut diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan umarah di Mekah dan Madinah. - AGENSI

H1N1 ancaman kepada ibu hamil

KALI terakhir dunia diserang wabak pandemik influenza A ialah dalam tahun 1918. Wabak yang melanda selama lebih kurang dua tahun itu dikenali sebagai Spanish Flu telah menyebabkan kematian lebih 50 juta manusia di seluruh dunia.

Kini wabak daripada virus yang sama iaitu H1N1 daripada jenis influenza A kembali menjadi pandemik yang membimbangkan penduduk dunia.
Salah satu golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini ialah ibu mengandung.

Terdapat beberapa faktor mengapa ibu mengandung dikategorikan sebagai berisiko untuk terkena jangkitan virus H1N1.

Pakar perbidanan dan sakit puan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, ketika mengandung lazimnya pernafasan wanita terbabit akan berubah berbanding wanita normal.

"Ketika mengandung, rahim akan mengembang dan meningkatkan tekanan pada bahagian usus sekali gus menyebabkan pengembangan diafram (bahagian antara paru-paru dan perut) terhad dan membuatkan nafas tersekat-sekat (pendek).

"Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika wanita hamil tersebut dijangkiti H1N1 yang lazimnya akan menyerang sistem pernafasan dengan memasuki bahagian kerongkong pesakit," jelasnya ketika ditemui di kliniknya yang terletak di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Selain itu, menurut Dr. Silvam sistem imuniti (kekebalan tubuh) bagi ibu mengandung juga rendah menyebabkan mereka mudah terdedah dan mendapat jangkitan penyakit termasuk H1N1.

Jadi walaupun seorang ibu mengandung itu berada dalam tahap kesihatan yang memuaskan mereka tetap berisiko untuk dijangkiti kuman kerana kuasa daya lawan penyakit kurang ketika mengandung.

Dr. Silvam berkata, apabila ibu mengandung berhadapan dengan masalah kesihatan, doktor yang merawat akan lebih berwaspada untuk memberi ubat-ubatan kerana takut mendatangkan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan.

"Dalam tiga peringkat mengandung, pertama, kedua dan ketiga trimester, peringkat pertama dan ketiga perlu diberi perhatian. Peringkat ketiga mengandung lebih berisiko untuk mendapat jangkitan dan kesannya sehingga boleh menyebabkan kematian.

"Di Amerika Syarikat, setakat ini sudah lebih 300 kematian akibat H1N1 dan antara lima dan enam peratus mangsa adalah daripada kalangan ibu mengandung.

"Perlu diingatkan juga bahawa wabak ini masih belum menemui penawarnya justeru langkah pencegahan sebelum terkena amatlah penting," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, ibu mengandung dinasihatkan jangan pergi ke tempat yang menjadi tumpuan ramai orang kerana dikhuatiri akan mengalami jangkitan daripada orang yang tidak dikenali.

Sekiranya terdapat sedikit simptom seperti demam, selesema, sengal-sengal sendi dan sebagainya, sebaiknya mereka mengasingkan diri (kuarantin) di rumah dan pakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan daripada menjangkiti ahli keluarga lain.

"Kurangkan mencium anak-anak lain dan mesti buang topeng, tisu bekas hingus dan batuk ke tempat yang tertutup," jelasnya.

Rawatan

Dr. Silvam menerangkan apa yang penting ialah setiap ibu mengandung tidak perlu panik apabila muncul simptom sebaliknya segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pengesahan tentang sama ada mereka telah terkena jangkitan.

"Pengesahan boleh dilakukan melalui ujian dengan mengambil sampel air liur untuk dihantar ke makmal.

"Rawatan profilaksis atau cara untuk mengelak daripada terkena jangkitan dengan menggunakan antiviral juga boleh diberi kepada ibu mengandung.

"Virus ini masih tiada ubatnya dan apa yang perlu dibuat ialah menjaga kebersihan diri sebaik mungkin," katanya.

Selain itu, Dr. Silvam menambah, apa yang perlu ditekankan ialah pentingnya pemahaman tentang penyakit ini.

Apabila simptom Influenza A H1N1 ini terjadi kepada wanita hamil, doktor akan memberikan rawatan secara simptomatik iaitu rawat satu persatu masalah mereka.

"Jika demam, maka doktor akan merawat demam hingga baik. Jika demam terlalu tinggi memang akan membahayakan ibu dan bayi tetapi ibu akan dirawat dengan memberikan beberapa dos paracetamol.

"Begitu juga jika selesema dan batuk. Jika simptom terjadi pada trimester pertama kandungan, doktor akan lebih berhati-hati dalam memberi ubat kerana khuatir risiko ubat kepada bayi.

"Tetapi kalau selesema si ibu agak teruk maka mereka perlu dirawat dengan ubat yang diberi nama Tamiflu dan Revenza," jelasnya lagi.

Sewaktu kelahiran dan penyusuan bayi

Dr. Silvam berkata, jika simptom H1N1 terjadi kepada ibu yang hendak bersalin perkara paling tidak digalakkan oleh doktor ialah memberi ubat mempercepat kelahiran (induce). Ini kerana induce akan menyebabkan bayi mudah dijangkiti virus.

"Sebaiknya ibu perlu melahirkan bayi secara normal apabila tiba masanya. Ketika meneran untuk bersalin sudah tentu ibu yang mempunyai simptom tidak boleh memakai topeng (penutup hidung dan mulut), jadi orang di sekeliling mestilah mengambil langkah keselamatan dengan memakai topeng dan basuh tangan dengan bersih.

"Dalam tempoh 72 jam selepas ibu melahirkan dan menerima rawatan, ibu tersebut dianggap tidak menyebarkan virus tetapi langkah pencegahan kebersihan masih perlu diikuti dengan teliti. Sebagai contoh menutup mulut ketika batuk dan cuci tangan dengan kerap," jelasnya.

Dr. Silvam berkata, sebaiknya ibu yang baru melahirkan memberikan susu badan kepada bayi mereka dan jangan berhenti kerana susu ibu banyak antibodi yang membantu menguatkan ketahanan bayi daripada dijangkiti penyakit.

"Virus H1N1 tidak akan berjangkit menerusi susu ibu. Yang penting amal langkah berjaga-jaga, jangan terlalu dekat dengan orang lain dan jika ada sentuhan pastikan tangan dicuci dengan bersih," ujarnya. - Utusan Malaysia, 13 Ogos 2009

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails