klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Tuesday, August 11, 2015

last minit punya jemputan

8 Ogos

antara rumah yang harus pergi bila dijemput (kalo xdijemput pun kami p jugak, tapi selalunya clashlah... tuan rumah dah ada plan sendiri). jadinya bila tuan rumah jemput..kenalah pergi kan..kan.. dapatlah makan laksam, satay, rojak buah dan biskut raya hamper punya. hahahahaha.... at last dapat jugak jumpa rara. muka blur jer budak kecikt tuh. kepala terhantuk pun bunyi adoi sikit jer. kebal betul budak kecik nih. gambar lain xde. yang ada hanyalah 2 keping nih jer. jadilah...janji boleh up kat sini. 



Ameena dan kawan-kawan sambut raya di sekolah

31 Julai

seronok ameena dan kawan-kawan dapat pakai baju raya ke sekolah sempena sambutan hari raya dan hari jadi di sekolah. sebenarnya sambutan ini lebih kepada sambutan hari jadi tapi diselitkan sekali dengan sambutan hari raya.

macam-macam hallah sekarang yek. pertama kali dengar arahan tiada sebarang majlis sambutan hari raya diadakan semasa PDP. pffffftttt... dari ibu kecik sampai abeh sekolah... boleh jer sambut raya kat sekolah. tetiba tahun nih sekolah terima arahan no sambutan raya masa sekolah. apalah..... xde feel raya betullah.

tiada gambar makanan yea.... sebab gambar-gambar ni adalah ihsan dari teacher ain. tengok ajerla gambar-gambar nih. ibu up kat sini pun sebagai kenangan ameena nanti....






lapar biskut raya

7 Ogos

biskut raya memang xoder banyak. just oder 2 jenis. setiap jenis 3 balang. rumah sendiri, rumah mama dan rumah mertua. stok untuk rumah sendiri memang dah habis dalam bulan puasa lagi. ater dah bersahur dengan biskut raya jer. hahahaha.... jadinya bila balik dari cuti raya, abe jaing duk sebut lapar biskut raya...lapar biskut raya... alololo...cian dia. jadinya bila pergi beraya, memang pulun makan biskut raya. hahahahaha..... 

di FB... ada member nih duk jual biskut raya. aiyakk.... hari hari tengok biskut raya dia. xpenah beli pun. nak beli macamana kalo xterliur. hahahahaha... tapi tetiba last week terliur pulak tengok biskut dahlia dia. gulpgulpgulp telan airliur. akhirnya oder jugak biskut dahlia dengan dia. oder 2 bekas terus. sebabnya biskut dahlia nih kesukaan afiff. 

#akilawanbakehouse

sekali hadap habes sebekas. sebekas lagi disimpan. petang semalam ameena nak makan, ok... bukalah.. kita makan bersama. huwaaaa... sekali nenek datang.. nenek tolong perabihkan. hahahahaha... sedap pula biskut nih katanya.

ayra pun suka juga biskut dahlia nih. xpe...nanti ibu oder lagi..

Monday, August 10, 2015

jabatan punya sambutan raya


 29 Julai
hari rabu... jamuan raya jabatan kejuruteraan dan penyelenggaraan punya. makanmakansampaikenyang. diadakan di dewan seri melati. first time buat jamuan luar dari blok C. hahahahaha... 
orang kuat bahagian pengurusan projek kecuali urs truly. 


menu di bahagian pengurusan projek

hahahaha.....

cantek tak...cantek kan...kan..kan..

mat nih sibok jer kacau akak nak posing. 




sesi posing syok sendiri wajib ada....

bahagian pengurusan fasiliti yang punyeee..

menu utama nasi tomato

pejabat Naib Presiden yang punye

 bahagian jalan punye

satay yang disponsor oleh Naib Presiden

ada cabutan bertuah. terima kasih kepada yang sponsor


4 Syawal

20 Julai

family photoshoot. kali nih photoshoot siang pulak. 


big familia of tok ayah n tok wan

my familia... aiyak... nape ayra koreng hidung pulak.... 

xcukup sorang lagi gegel nih.... beratur ikut umur dan ketinggian .

aiyooo... budak bertuah yang mengada. kejap nak pakai tudung, kejap xnak.. akhirnya kena marah dengan ibu. hahahah....

Friday, August 7, 2015

Hari memenuhi jemputan....

7 ogos

Alhamdulillah... kenyang perut suka hati hari ni. Berjaya memenuhi beberapa jemputan berhari raya di opis. Walaupun keadaan ku sedikit kelibut... ku gagahkan jua. Semoga dimi dimurahkan rezeki tuan rumah.

Dan alhamdulillah rezeki mama menerima tempahan catering di opia. Antara menu yang dioder adalah nasi tomato, soto... terima kasih pada yang menggunakan khidmat katering mama. Mohon ampun andai ada kekurangan.

 Antara menunya nasi impit, meehoon soto, opor daging, ayam masak merah, nasi tomato

 Kuah lontong pun ada

 Rendang ayam dan daging dilupa jangan

Setel urusan hidang tempahan, mohla g beraya.

 Tempat pertama ke J(U). Pekena laksa. Sebelum makan, jangan lupa pakai bib. Kuikuikui....

 Tumpang makan kat tempat kak kemal. Nampak pulak kuih susu nih. Ohoiii... peberet sangat kuih nih. Masa raya xjumpa. Mujurla tadi jumpa. Pulun jugak makannya. Mujur xabeskan. Sori yea kak....

Next.. pas lunch hour beraya ke bahagian tasik pulak. Kat sini just makan marshmellow je. Perut kenyang lagi. Xsempat bergambar dengan tuan rumah... thanks kak suhai atas jemputan.

 Just teman pjah makan. Dia makan carbonara, nasi kerabu, laksa... perghhhh.... banyaknya makan.... hahahahah

Last sekali ke BKUB. Kat sini makan kek jer. Xlalu dah nak makan. Huhuhu

 Ehh.. kak ameena pun adalah. Sibok ajak bergambar kat situ. Okla... kasi gambar sepukul.

Hilangla diet pjah. Hahahaha.... ish.. tuan rumah bz dengan hp.

Sekian.

3 syawal

19 julai

setiap tahun di raya ke 3 memang ada jamuan raya untuk saudaramara tokwan tokayah. terselit jugakla kawan-kawan ayah datang beraya. raya tahun ni, kami sekeluarga xsempat nak beraya ke rumah saudaramara dan kawan2 ayah. maklumlah sekolah punya cuti raya pendek. fuhhhh.... xbest langsung. jadinya jumpa saudaramara dan kawan2 ayah masa jamuan raya nih jerla. 

urs truly la kan....  

 owh...afiff aiman nih... orang lain sibuk bersalamsalaman, dia sibuk main game. geram betul. 

 kena suruh barulah nak pergi bersalam. pfffffttt.... nih antara tetamu yang datang awal. hari masih awal...

 silake..silake... 


2 Syawal

18 Julai

kami beraya dalam kete atas jalan jerla. sebabnya odw  balik KB pulak. kali nih kami gerak awal. tahun2 lepas kami bertolak pas zohor dan sampai KB malam. tahun nih kami gerak kul 9. menu raya kedua adalah nasi beriani opor ayam... perghhh... gigih nenek masak nasi beriani di awal pagi. terima kasih nenek. pas makan.. terus gerak. kami selamat sampai di KB dalam pukul 5. sampai KB terus pergi beraya. hahahahahaha.......

Wednesday, August 5, 2015

Bunga api jer yang dibenarkan

17 Julai

malam raya pertama barulah nak main bunga api. sian korang... supplier bunga api n mercun dah besar. dah xbuat keje-keje tu lagi. hahahaha... jadinya korang main bunga api jerla yek. sian korang.. xde pengalaman main mercun macam ibu kecik-kecik dulu. hahahaha... 




hanya mampu tengok dari dalam pagar jerlah kamu nak oi. ayah ajak main bunga api kamu xnak... tatut katanya. hahahaha..... xpe...kita tengok tahun depan macamana pulak.

si berani tapi takut. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails