klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Friday, June 6, 2014

daftar Pra Sekolah

Ya Allah... kelam kabut rasanya tadi. tapi Alhamdulillah... dah selesai yang online punya. next kena pergi sekolah pulak untuk tujuan proses perakuan permohonan. 

Pra Sekolah ni untuk ameena. sebenarnya xde plan pun nak hantar dia ke pra sekolah. maklumlah tahun depan (2015) dia baru masuk 5 tahun. jadinya ibuayah nak hantar kakak ameena pergi tadika biasa macam abang afiff dan kakak arissa. dah siap list dah nama tadika dan yurannya. tapi walaupun ibu dah daftar kakak ameena ke pra sekolah, tadika lain tetap ibu akan apply jugak. manalah tahu kot xde rezeki ke pra sekolah, bolehlah kakak ameena ke tadika lain. 

macamana ibu boleh terlintas nak daftar kakak ameena ke pra sekolah? camni ceritanya. opismate ibu (panggil mama shimalah yek) nih ada anak namanya ariq yang lahir pada 010109. mama shima nak register online ariq tuk pra sekolah 2015, tapi xlepas. kuar error kata kena daftar untuk tahun 1 2015. maknanya ariq akan naik darjah 1 pada usia 6 tahun yea. dan ini jugak tandanya kakak ameena akan naik darjah satu pada 2016 di usia 6 tahun juga.sebabnya kakak ameena lahir pada 01.01.10. kakak ameena akan sekolah setahun lebih awal dari rakan sebaya yang lain.

masalahnya sekarang nih, pada usia 4 tahun, kakak ameena belum pergi tadika lagi. ibu ayah memang merancang nak hantar kakak ameena pergi tadika pada usia 5 tahun iaitu pada 2015. huhuhuhu.... macamana nih... kakak ameena masih belum kenal abc.... secara sempurna lagi. cuma dah pandai membilang dan dah kenal angka jer. nampak gayanya kakak ameena kena berusaha lebih tahun depan. dan ini juga bermakna ibu ayah kena berusaha jugaklah untuk mengajar kakak ameena. tapi ibu tahu.. kakak ameena adalah seorang yang cepat faham dan pandaikan.. ibu yakin kakak ameena boleh menyesuaikan diri tahun depan... huhuhu... budak umur 5 tahun kena belajar silibus budak umur 6 tahun. 

'Ya Allah.. permudahkanlah urusan anakku Aimy Ameena Aiman di dalam menuntut ilmu-ilmuMu'.

di bawah ni ibu sertakan kenyataan dan makluman dari SPPM

Kenyataan dan Makluman
 
Permohonan Prasekolah & Pendaftaran Tahun 1 Kemasukan 2015

Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran secara online akan dibuka bermula pada;

1 Mac 2014 hingga 30 April 2014 (Tahun 1)
1 Mac 2014 hingga 31 Julai 2014 (Prasekolah)

bagi Prasekolah dan Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2015.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.
 
Syarat-syarat Kemasukan Murid Ke Kelas Prasekolah KPM di Putrajaya

1. Warganegara Malaysia sahaja.
2. Lahir pada 2.1.2009 – 1.1.2010 (6 tahun) dan 2.1.2010 – 1.1.2011 (5 tahun).

3. Keutamaan diberikan kepada murid berumur 6 tahun.
4. Pemilihan adalah berdasarkan keutamaan kepada merit pendapatan ibubapa/penjaga mengikut ‘ranking’ pendapatan perkapita keluarga dari rendah ke tinggi.
Pendaftaran Pra & Tahun 1 bagi anak yang sama

Pendaftaran bagi anak Prasekolah dan Tahun 1 bagi anak yang sama perlu dibuat permohonan yang berasingan.

Sistem tidak akan menjana permohonan secara automatik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails