klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label sara. Show all posts
Showing posts with label sara. Show all posts

Monday, August 10, 2015

masa untuk meluncur

2 Ogos

hari ahad tiada sebarang jemputan ke rumah terbuka. makanya ayuh anak-anak kita pergi meluncur. kita pergi ke IOI Putrajaya mall jer. kali pertama 3 aiman main ais skating. arissa dah terer bab meluncur. afiff masih lagi jatuhjatuh. ameena pulak pegang tangan pokde jerla. hahahaha...






bersungguh posing depan kameraman. xde maknanya ibu nak beli gambar tu. mahei... hahahaha

Friday, October 10, 2014

Semoga berterusan

budak budak ni kalau balik kampung ada pulak sepupu balik sama, memang riuhlah rumah nenek. berlari dalam rumah, keluar pintu depan masuk kut pintu dapur. selagi xde yang xcident selagi tuh bermainberlari tanpa henti. sukatikoranglah anakanak oi...janji xbergaduh. tapi yang bestnya diaorang ni suka solat berjemaah. kejap afiff jadi imam, kang taufik pulak jadi imam. kekadang berebut nak jadi imam kekadang onetwojus dulu. mujurlah yang gegirl xberebut nak jadi imam gak. hihihi...

Thursday, March 27, 2014

sedikit kisah cuti sekolah

Cuti sekolah kali ni, empat aiman telah dieksport ke kampung. Bagi can ibuayah honeymoon. Hahahaha....
nak bagi riuh umah nenek dan moyang tuh. nak bagi nenek bertekak dengan cucu-cucu dia. kalo x, asik bertekak dengan angsa dan ayam-ayam dia jer. kebetulan sepupu empat aiman pun ada balik. jadinya bertambah riuhlah rumah nenek.

alhamdulillah... mok denye wassup gambar diaorang duk solat berjemaah. katanya setiap kali waktu solat, musti berjemaah. alhamdulillah.. hihihihi.....

semalam mok denye wassup : (diaorang g makan kat luar kot) 'Arfa : saya xboleh minum milo ais... hanya milo suam sahaja.' sambil letak gelas milo ais yang dah habis diminum olehnya. hahahahahahaha....

malam ni empat aiman akan balik. nenek hantar. tq nenek.


afiff dan taufik akan bergilir-gilir menjadi imam

Friday, September 28, 2012

anak 6

afiff (7thn), taufik(6thn), arissa(5thn), sara(3thn), ameena(2thn) dan ayra(tiada dalam gambar)
fuhhh... ninironna dah ada pengalaman menguruskan enam orang anak yea. tetiba anak ada 6 kan.. hebatnya.. hahahaha.... cuba bayangkan suasana bila bawa 6 orang kanak-kanak ribena g jenjalan ke shopping mall.. bayangkan..bayangkan......... ( ok. stop..) dalam bayangan korang tu mesti cam 'ngeri' jerkan. hihihi.. memang ngeri pun.. terutama anak dara tiga orang tu (xtermasuk ayra). fuhhh.. bikin lemak-lemak degil ninironna pecah tau. yang boys tuh dah leh berdikari, just pantau jerlah. tapi yang anak dara tiga orang tu.. selagi yang diminta xdipenuhi, selagi itulah.. duk merengek.. waduh..waduh... bikin tahap kesabaran ninironna menyusut dengan mendadak.

taufik dan sara tu sepupu aimans. dia panggil ninironna dengan nama panggilan mak long. masa bawak diaorang jenjalan kat mines shopping mall weekend lalu, memasing nak makan icecream mcd. oklah... ibu/maklong bawakkan. sekali diaorg nampak pulak toys ben10 dan hello kitty mcd tu.. pulak dah.. memang kena pau kaw-kaw punye.bila cakap no..no..no.. mulalah si sara buat muka kesian, siap pegang baju maklong.. dan cakap.. maklong..bolehlah maklong.. nak hello kitty tu.. bolehlah.. (sambilmatakelipkelipbajetcomelsangatlah tu.. erm.. memang comel pun). oleh kerana sedih sangat bunyinya, maklong pun belikanlah.. mujur boleh beli toys jer.. bukan nak mkn sangat pun icecream tu..akhirnya maklong jugak yang kena abiskan.

Friday, January 27, 2012

make up time...

kami nak pegi kenduri kawin nih. jadinya, haruslah kena make up bagaikan pengantin.. hikhikhik
jurumekap yang ditempah khas.. oter...
hasilnya xbape clear dalam gambo nih. tapi apa yang pasti, memasing xboleh nak tutup mulut tuh... hahaha



Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, September 8, 2011

pagi raya part 1

bye..nak g masjid doh...
model cilik berposing di pagi raya
senyuman sape yang paling comel... hihi
Pepagi hari yang siap dulu mestilah anak2 kan. Jadinye kasik anak2 posing dulu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, May 30, 2011

bergambo dengan artis cilik

Assalamualaikum w.b.t

bersama artis cilik Sara. jumpa masa  nak p kenduri kawin... hahahaha

Sunday, May 15, 2011

Happy Birthday...

Assalamualaikum w.b.t

hari ini 15 Mei, adalah hari lahir Nur Qaisara Damia yang ke 2. kami panggil sara. sara nih sepupu kepada 3 aiman. kami dah celebrate semalam lagi. cos hari nih ramai yang ada hal sendiri. oklah tuh...janji celebrate..mak long doakan semoga sara menjadi anak yang solehah dan dikurniakan kesihatan yang baik.... again Happy Birthday, Sara... luv u...

Friday, March 26, 2010

erkk...terkejut dan xpercaya.....

huhu... sesungguhnya aku terkejut dan cam xpercaya jer bila baca status FB adik n adik ipar. pasal hero n heroin diaorang. huhu.. termenung aku sekejap.


sara n taufiq

semalam, both of them disahkan +ve H1N1 dan sedang dirawat di Gleneagles Medical Centre, Ampang (ermm..betul ke ejaannye tuh?) dan diberi vaksin Tamiflu.


abang membaca dengan penuh perasaan. sara duk ralit mendengar...

dua beradik nih demam sejak dari ahad lepas lagi. si sara ada running nose tapi taufiq xde. pastu suhu badan cecah 40. suhu badan naik tinggi di tengah malam (erkk...wawa/napi..betul ke info along nih?)... memula ibuayah diaorg ingatkan demam biasa jer, tapi bila suhu badan dah tinggi nau..terus bawak g spital. dan akhirnya kena admitted.



malam tadi call adik tanya perkembangan anak2. kata adik, sara dah xdemam. kalo besok (arinih) xdemam dah, sara boleh kuar dan continue amik vaksin kat rumah jer. tapi taufiq still demam lagi. ermmm...arinih xtau perkembangan dua beradik nih camne. kejap2 lagi baru nak call adik.

apapapun, Mak long berdoa semoga taufiq dan sara akan cepat sembuh sepenuhnya. mak long xboleh nak lawat taufiq dan sara kat spital. nanti bila taufiq dan sara dah sihat sepenuhnya, mak long, pak long, abg afiff, arissa dan aimy akan g lawat taufiq dan sara yea.

to my sister n husband.. be strong.. kuatkan semangat.. banyakkan berdoa... insyaAllah... taufiq n sara will recovery soon.

Monday, September 14, 2009

arissa jadi babysitter...

hai.. nama saya sara. comel tak saya nih?
nama penuh..xingatlah pulak. kang silap taip pulop.hehehe...hari nih saya genap 4 bulan.hoyeeyy...lagi dua bulan, saya dah boleh makan... semalam, ibu saya tinggalkan saya dengan mak long cos ibu n ayah nak g shopping baju raya saya dan abang saya. mujur semalam saya baik, xbanyak songeh. kalo tak, musti mak long saya cubit2/gomol2 saya... huhuhuhu. tapi semalam saya ada satu masalah iaitu xboleh tido.ini disebabkan abang2 dan kakak arissa sangat bising oooo... xboleh ke main senyap2, xyah gadoh2, xyah jerit2..huhuhu.. tensen saya.. ehh...lupa pulak nak bagitau yang saya nih sepupu kepada abang afiff dan kakak arissa.

sepanjang masa saya duk ngan mak long, kakak arissalah yang banyak layan saya. nih yang membuatkan saya sayang kakak arissa nih. tapikan, kakak arissa nih xleh dibiarkan bersendirian dengan saya kerana dia geram dengan kechubbyan saya dan juga geram tengok rambut saya yang cacak2 itu. dek kerana geram tengok rambut saya, kakak arissa sikat rambut saya..huhuhu..sakit oooo...kakak bukan gune sikat baby, tapi sikat kakak sendiri.saya dah nak nangis dah tapi kakak buat xtau jer. mujur ada mak long dan kakak kena sound.hahaha... padan muka...

see... kakak sangat sayang sama saya. setiap masa ada dengan saya. sampaikan saya xboleh tido. suko benor kakak arissa dengan saya. hah..mak long.. ini menunjukkan yang kakak arissa dah xsabo nak tunggu baby mak long kuar tuh. hehehe... tapi saya rasa saya tahu yang kakak arissa adalah jeles dengan saya. sebabnya, mak long asik duk layan saya jer. mak long xtinggalkan saya pung. asik berkepit dengan saya jer dan ini telah menimbulkan rasa jeles yang amat pada kakak arissa. hahahaha... padan muka kakak arissa.

ehh...ibu saya kata ini adalah pertama kalinya saya berjaya meniarap. see..veri de berusahanya saya ini. ibu..seee...ibu pegi shopping, saya terus dapat meniarap.hahahaha.. ini kerana ibu pegi shopping lama sangat, sampaikan saya dah xtau nak buat apa. hehehehe....

p/s: ehh..tajuk tuh macam xkena jer ngan isi cerita nih. hahaha...lantaklah..malas nak pk dah.
p/s: adehlah...arissa sangat menjaga baby sara ini. sayang nau dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails