klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Thursday, October 29, 2009

krukkk...krukk...ayam..ayam..

camne lirik lagu AYAM nyanyian Jalil Hamid tu? tetiba ilang ingatan pulop...hehehehe... nih bukan nak cite pasal makan ayam ato bagi ayam makan. tetiba teringat zaman kanak2 dulu, selagu gak bagi ayam makan... terkedek-kedek ayam2 datang nak makan, dapat catuk 2/3 kali, aku dah halo... hahahaha...

nih hah, si afiff nih, first time lukis gambo ayam. ala.. kalo korang xdapat nak bayangkan ayam yang afiff lukiskan tuh, korang tengok tang kaki tuh jerla.. adalah gak ciri2 ayam kan.. kuikuikiu... sangat bangga dia bila kena puji... kembang2 lubang idong tuh. ibu pun bangga gak... hehehe..

Wednesday, October 28, 2009

Berat Badan Ketika Hamil...

kebanyakan ibu mengandung musti akan mengeluh pasal pertambahan berat badan yang amat ketara sekali (termasuk akulah tuh..huhuhu). xpe..don't wori bebeh... insyaAllah, pertambahan berat badan itu akan berkurangan pas bersalin nanti. xturun banyak, turun sikit pun jadilah
kan.. janji ada gak penurunan.. huhuhu..

sekadar gambar hiasan...kuikuikui

acu meh kita baca tang mana kat body mak yong yang ada berkembang dengan jayanya:

Dagu


tahukah anda kita mendapat berat di kawasan leher dan dagu semudah kita mendapat berat berlebihan pada paha dan pinggang. Selain itu, leher anda juga sangat sensitif terhadap graviti, jadi tidak hairanlah apabila semasa hamil makanan yang anda indamkan itu membuatkan anda berleher dua. Berita baik? sebenarnya pada bahagian leher inilah bahagian pertama yang akan kehilangan berat kelak.

Lengan

berat akan bertambah pada bahagian bawah lengan - seperti mabuk hamil dan sembelit, ianya menjadi kebiasaan terhadap wanita yang sedang hamil. Hormon plasenta menggalakkan anda menyimpan lemak supaya bayi anda mendapat nutrien yang diperlukan dan and juga mendapat kalori yang mencukupi dalam penghasilan susu badan (yang terdiri daripada 50% lemak).

Perut

Purata berat bayi adalah tujuh setengah paun pada kelahiran, manakala purat berat plasenta adalah satu setengah paun, di mana bendalir amniotik yang boleh menajdi dua paun beratnya. Dinding rahim boleh menjadi dua paun beratnya. Dinding rahim menebal semasa beberapa bulan pertama tempoh kehamilan akibat penghasilan oestrogen dan progesteron yang berpusu-pusu. Kemudian itu, apabila bayi dan plasenta membesar, diding akan menjadi semakin nipis dan meregang sehingga 100 x saiz normalnya. Ini biasanya adalah lebih kurang dua paun tambahan berat.

Paha

Kita memang biasanya akan bertambat berat pada bahagian paha dan pinggul tetapi anda harus tahu bahawa ianya bukan hanya lemak yang berada di sini. Anda juga akan menghasilkan lebihan tiga hingga empat paun darah semasa kehamilan, di mana ianya akan hilang sejurus selepas kelahiran.(hok nih...lemak memang payah nak ilang..degil betul..)

Punggung

Badan anda memerlukan tambahan tujuh atau lebih paun lemak dan protein utnuk memastikan bayi sihat dan membesar dengan baik. Malangnya, untuk kebanyakan wanita, ianya akan tersimpan di bahagian punggung.(ehh...cam akulah nih..)

Payudara

Ini merupakan satu kawasan pada tubuh anda di mana anda dan pasangan anda kemungkinan tidak kisah jika ianya membesar! anda boleh menjangka untuk menambah dua paun berat lebihan pada tisu payudara, di mana ianya bukan setakat akan memberatkannya namun payudara anda akan kelihatan anjal.
Buku Lali

Buku lali yang sedang bengkak adalah satu kebiasaan semasa anda berada di trimester yang ketiga kerana tekanan uterus yang sedang membesar yang diberikan di urat-urat pelvis. Ini biasanya akan mengakibatkan sebanyak empat paun bendalir lebihan yang akan hilang selepas anda melahirkan bayi. Malahan, anda juga akan sentiasa mahu membuang air kecil atau berpeluh dengan banyak semasa beberapa hari sebelum menjadi seorang ibu.

sumber Majalah Mami&Baby, Oktober 2009

Tuesday, October 27, 2009

8 months check up....

wah..wah..wah.. ari nih ada date lagi dengan dr pilihan. seperti biasa pepagi ari dah sampai ke destinasi. masa memula sampai tuh, memang xde orang lain langsung.. tengok jam dah kul 8.30 pagi pun still xde orang lain. cam pelik jer bila kami berdua yang duk lepak kat sana. gamaknya aku je kut yang wat appointment ari nih. hehehehe... tapi xlama pastu, berduyun mak yong datang. hahaha..hambek..makin ramai orang.

kekonon ari nih leh jumpa dr awal dan balik awal, tapi hampeh... tetiba dr ada emergency case pulop. kat setengah jam kami tunggu baru dr masuk bilik dia. fuhhh... baby Aiman dah duk berkarate/bersilat/menari bagai kat dalam perut nih. huhuhuhu... sampaikan ayahnya leh nampaklah dia punye bunga karate/silat. hahahaha... veri aktif ini baby.. xpe..ibu suka...

okay...meh tengok apa result untuk arinih:

~berat ibu : 74.8 kg... erkk... naik 2 kg lagi... memang every month akan naik 2 kg.. huhuhu
~berat baby Aiman : 1.6 kg.. last month baru 1.0 kg... uihhh..cepatnya naik berat baby.. kuat
makan yea.
~tekanan darah ibu : 114/70... ok...
~yang lain-lain semua.. alhamdulillah...ok..

cuma... ada sikit low back pain...n dah setat sakit2 pinggang yang kekadang membuatkan mak yong nih kena baring. hmmm... biasalah tuh... tapi kalo sakit pinggang yang amat, jangan buat main2 oooo... memang kena rest. dr. kata jangan tensen2... hehehehe... xde mende pun yang nak ditensenkan dr... hehehehehe.... ubat yang dr bekalkan adalah seperti biasa iaitu iberet acid folic, kalsium ( selalu bekal 30 biji tapi kali nih tambah lagi 30 biji..so kena makan 2x sehari), minyak ikan, ubat otot dan krim panas tuk sapu kat tempat yang terasa kejang.huhuhu...
p/s: ooo...gambo mak yong 8 months belum amek lagi.

Monday, October 26, 2009

@Grand Season Hotel, KL

walla...minggu nih baru nak cite pasal 'lepak' kat Grand Season Hotel. huhuhu... ekceli, bukan pegi lepak kosong jer cik non oi... tapi pegi attend kursus. hah..dah nak ujung tahun, baru first time dapat pegi kursus luar dari opis. huhuhu....sedeynye.... tapi mujur ada.... itu pun jenuh baca jampi serapah sembur2 kat borang permohonan kursus tuh. hahahahah...

my group 'SEMPOI'

PA dari pelbagai kementerian/agensi

apa nama kursus tu? SETIAUSAHA CEMERLANG gitu.. hebatkan tajuknya. sangat teruja mau attend tau. adakah teruja kerana kursus ato dapat kuar dari opis? lu pikirlah sendiri. hahahaha...kursus anjuran POSITIVE EVENT SOLUTIONS ( www.positiveevent.com.my). sonok gak kursus nih. cos xde nak kena pk2 ngat. semuanya sempoi. game pun ada. adiah pun turut disediakan. memula ada cabutan bertuah.. lelama, fasi pun dah malas nak cabut no., dia suh pilih jer balance adiah2 yang ada.. hahahaha.. apa lagi memasing berebutlah. aisey...lupa pulak nak snap gambo adiah yang aku rembat itu. hmmm.. xyahlah cite panjang lebor pasal isi kandungan kursus tuh, takut kang ada yang stress pulak...

attend kursus kalo xde makanan, memang xsyioklah kan. apa yang penting makanan yang disediakan harus SEDAP dan MENYELERAKAN anak tekak memasing. masa kursus nih, bekpes xdisediakan, yang ada just minum pagi dalam kul 10.30 pagi. wah... cuba bayangkan betapa kriok2nya perut mak yong nih.. so, bila time minum pagi, mak yong nihlah orang first yang g amek makanan dan juga orang pertamalah yang tambah makanan lagi... hahahaha... (attend kursus di luar opis adalah salah satu tempat tuk menambah berat badan..hahaha)

seperti biasa, gambo makanan adalah subjek utama di post ini. hahahaha... gambo di atas adalah time lunch di hari kedua. first day, no snap2 cos kebulur bagai nak rak. nampak cam banyak jer kan.. padahal sikit jer tu.. (ayat cover yea..)

amek nasi sikit jer cos nak makan yang lain pulak. salad is one of my favorite. sedapppp...

fruit tart itu sangat menepati anak tekak mak yong. sedap...sedap...

yang nih bukan mak yong punye. ai just tolong snapkan ajer...

yang ni pun bukan mak yong punye. saje snap nak kasi banyak gambo tuk ditempek kat sini.

hah...yang nih memang mak yong punye. dua hari berturut-turut pulun eskrim ni. sedap...

kan dah cakap sedap.. nih buktinya... Ya Allah...tembamnye mak yong nih.. bini sapelah nih?

dah. abih dah.

Pregnancy Info - 31 weeks

You’re probably feeling quite breathless at the moment and this sensation will probably stay with you during your pregnancy until your baby drops down into your pelvis. This usually happens at around 36 weeks for first-time mums and not until delivery if you’ve given birth before.

Your uterus is so large that it’s pressing up against your diaphragm (which is the muscle that usually controls your breathing) so there’s not much room for lots of air. You can help yourself by relaxing which means rest, rest and more rest!Shortness of breath can also be a sign of anaemia so it’s best to get this checked out to make sure you’re fine.

Did You Know?

Until now your baby has been covered in tiny hairs called lanugo, which help to keep them warm before they’ve put on enough fat. It’s around this week that it begins to disappear.

Friday, October 23, 2009

presents from teachers

terima kasih bebanyak diucapkan pada teacher2 afiff n arissa cos sudi bagi adiah kat birthday boy. suke beno dia bila dah adiah. sampai rumah xdan ibu nak bukak tudung, dah sibok suh bukak present2 dia...

present 1 : spender....

wakakakaka ... gelok besor afiff bila dapat adiah spender.. walopun bukan spender idaman (Ben10) tapi dia tetap suka.... tengoklah kelebaran senyuman dia tu... hehehe

present 2 : baju Garfield

dapat baju pun dia suka gak.. walopon bukan baju Ben10/Spiderman/Otomen.. tapi dia tetap suka.. ater dah namanya adiah...sape yang xsuka pulop...ehh..senyumannye cam dipaksa2 jer... hahahaha

present 3 : toy..(tah apa nama sentipiknye..)

hah..yang nih lagilah dia suke... teramat2lah suke... walopun tetap bukan toys idaman.. dia suka jugak.. janji dapat toy... xkesah dah apa bendanya...senyumannya lagi lebor cuma kat gambo nih xnampak pulak senyumannya itu...

mek tecik nih pun dapat presents gak. cos masa birthday dia dulu, xbuat apapun. niat di hati memang nak celebarate kat school gak tapi time tu, ibunya tengah mabok kepayang..xlarat nak buat apapun. jadi kiranya celebrate birthday abang n adik sekali harunglah nih... hehehehe...

mek tecik ni dapat dua pasang baju. suka..suka.. lebor gak senyumannya... dia xpaham lagi birthday...birthday nih... yang dia tahu nyanyi lagi birthday jer... adiah2 tuh pun dia xpaham lagi. jadinya dia xdelah jeles bila abangnya dapat toy.....

celebrate besday kat school pulop..

hampir seminggu besday afiff berlalu, tapi cite pasal besday dia xabih lagi. ari nih baru ibu terasa rajin nak bercerita. hehehe.... biar lambat asalkan ada.. (boleh gitu...)

kek yang dipau dari nenek tuk dibawa ke school

jajan tuk diberi kepada kawan-kawan kat school

hari ahad belah malam selepas mek tecit tido, ibu n ayah memulakan projek membungkus jajan sebagai goddies bag sempena birthday afiff tuk diberikan kepada kawan2 dia kat school pada ari esoknya.beli tiga jenis jer jajannya, tapi dalam satu plastik tuh kami buh bebanyaklah. memula buat berdua jer, tetiba afiff kuar dari bilik.. lorr..ingatkan dah tido...rupenye belum lagi. jadinya, ajak dia tolong sekali.. maklumlah tuk dia jugak.. seronok dia....first time celebrate birthday kat school.heheheh...sebelum nih dia xpandai lagi nak mintak2 kek nak bawak ke school. tapi tahun nih dia dah makin beso dan makin bijak... jadinya dialah yang mintak nak bawak kek ke school.

inilah rupe budak yang happy....

goddies bag dah siap...

ditambah dengan puding buah yang dibuat sendiri oleh ibunya yea...

p/s: gambo masa celebrate kat school xde yea...

Wednesday, October 21, 2009

I'm back....

walllaaaaaa.... i'm back . banyak cite yang nak dicoretkan kat sini. tapi pelan-pelanla yea. orang baru balik dari kursus, mustilah tengah bersemangat nak buat keje..maklumlah, otak baru pas dipolish. hehehehehe.... apa yang pasti bekerja seperti biasalah.... hahahaha

Cystitis

What is cystitis?

Cystitis is an infection of the bladder which causes a burning sensation when peeing. Urine is normally naturally sterile, but during pregnancy your urinary tract becomes relaxed and dilated, so the chances of bacteria getting up there increases, meaning you’re more likely to get cystitis.

Symptoms of Cystitis

• Pain, burning or stinging whilst urinating
• A frequent and urgent need to urinate but only passing small amounts

Preventing cystitis

Try following these simple steps to help you prevent a bladder infection:

• Urinate as soon as you can after sex.
• After going to the toilet, wipe from front to back.
• Don’t wait to go to the toilet if you can help it, and try and empty your bladder as much as possible when you do go.
• Keep clean! But avoid long or frequent baths and avoid using perfumed or antiseptic products.
• Wear cotton undies and avoid tights or close-fitting jeans and trousers.
• Drink plenty of water.

Treating cystitis

Once diagnosed, cystitis can usually be treated safely during pregnancy with a short course of antibiotics. While you’re suffering, drink plenty of water. Drinking cranberry juice is also said to help relieve symptoms.

info taken from www.dumex.com.my

Pregnancy Info - Week 30

Your uterus is probably pressing on your bladder now and you might get a touch of cystitis ,which can give you a burning sensation when you urinate. A good way to help flush out toxins naturally is by drinking a glass of cranberry juice a day and plenty of water. It’s a good idea to chat to your doctor too as there are some safe types of antibiotics that they can give you if necessary.

At 30 weeks your baby is still turning regularly and can be in either head down or breech position. By 32 weeks, only three out of four babies have turned into the right position but by full-term, only 3-4% of babies will be breech.

Monday, October 19, 2009

'lepaking' di Grand Season Hotel, KL

19-20 Oktober 2009, i tiada di opis. i g 'lepak' di Grand Season Hotel, Kl. sesaja je lepak kat sana...hahahahaha... jadinya maybe tiada new posts tuk dua hari nih. sekian...

Sunday, October 18, 2009

lepak di taman jap..

sempena birthday afiff, ayah bawak g bekpes kat tempat biasa...kedai mamak pr. 15 lah.. p pekena roti canai + teh tarik... perghh...sedapnyee... (xdelah snap gambo masa kat kedai mamak tuh cos duk sibok menikmati sarapan pagi..). nenek, pak chu n taufiq pun join sekali. pas sarapan, lepat kat taman jap. kasi tiga beradik nih enjoy sambil melayan si birthday boy.



tapi mood si birthday boy nih kejap ok kejap ko. adakah ianya berkaitan dengan peranjakan umur?hmmm.....



hah..nih tengak merajuk lah.. hangin xtentu pasal.. semua orang xpaham... hahahaha... malas nak layan jadinya semua biorkan ajer dia melayan perasaan...



adakah birthday boy ini tahu yang dia semakin 'tua'? hahahahaha



merenung masa hadapan... ooo...sesungguhnya aku sudah semakin tua..dan aku makin dilupakan...




p/s : pas lepak di taman, kami g terjah Carre4 pulak cos birthday boy mau 'pau' neneknya kek lagi... hehehehehe... pas balik dari Carre4 barulah kami celebrate birthday afiff... sekian....


HAPPY 4th BIRTHDAY...AHMAD AFIFF AIMAN..



meh kita nyanyi reramai ...

SELAMAT HARI JADI...
SELAMAT HARI JADI...
SELAMAT HARI JADI...AFIFF
SELAMAT HARI JADI...

(tepuktangantepuktangan....)



hari ini 18 Oktober 2009, adalah hari lahir afiff yang ke 4 tahun. oooo...anak bujang ibu sudah besorlah.. tahun nih punye birthday, ibu xde buat open house raya merangkap birthday party abang...sori bang... tapi at least ada gaklah celebrate secara kecil-kecilan di rumah.



jangan ditanya mengapa birthday cake afiff sedemikian ghupe.. huhuhu... bukan salah anak2 tapi salah si ibu.. xingat tangan duk pegang kek...huhuhuu lagi... (ish..tangan sapelah yang gebu itu?ahaks..)



tuan punye kek rileks jer.. tapi mek tecit tuh dah geram benor nengok kek siap ada lilin.. seperti biasala, harus ada nyanyi lagu selamat hari jadi + tiup lilin.. bape kali tah tiup lilinnye cos ayahnya duk rakam video + nak snap gambo jugak...semuanya tuk dijadikan kenangan...



sesi potong kek bermula... tapi birthday boy xmakan pun kek tuh. dia sibok duk main ngan taufiq ... ehh..sibok duk tengok cite otomen..



yang sebenornya ibu ngan mek tecit tuh jer yang geram nak makan kek tuh. hahahaha... orang lain xpelik pun.. ayahnya lagilah... memang xgemor kek.. alhamdulillah... dah kurang sorang teman berebut kek.. hehehe..



see..kan dah cakap.. ibu yang over..



jemput makan semua... eh..dah kurang orangnya.. xpe.. boleh ibu ngan mek tecit pulun kek itew..

doa ibu dan ayah buat AHMAD AFIFF AIMAN BIN AHMAD AZRAII..

~ semoga dikurniakan kesihatan yang baik
~ semoga menjadi seorang anak yang solehah
~ semoga membesar bagaikan johan...
~ semoga kuranglah perangai nangis2 di pagi hari...

p/s: besok celebrate kat school pulak.. jap lagi nak siapkan goodie bags pulop.

Friday, October 16, 2009

tengah marah nih....

jeng..jeng..jeng.. sape yang tengah marah nih? huhuhuhu...sabo..sabo...jangan marah-marah..nanti xensem... hehehehe

nih si abang.. tengah bengang... dia boleh cakap mawi tengah marah nih... (mawi adalah nama glemer di school dan terbawa2 hingga ke umah)

si abang tengah bengang dengan sorang mek nih. tuh mek tecit tuh.. yang pakai baju biru shoes pink.. bajet comel sangatlah tuh..hahahaha... duk berebut troli carre4. sorang nak tolak, sorang lagi xbagi tolak. si mek tecit menten garang, si abang dah nangis... bila dah nangis, haruslah ibunye kasi sound setepek dua..

inilah dia rupanye orang yang tengah marah. ibu ayah control gelak jer. hahaha... abang..abang..

p/s: xlama lagi birthday afiff yang ke 4 tahun. hmmm... beli kek n celebrate kat school ngan kawan2 jerlah. lagi meriah.. dan memang itu yang afiff nak.... demand nak kek Ben10... huhuhu....

Thursday, October 15, 2009

menunaikan permintaan si anak...

one sweet morning, si anak bujang celik mata jer.. mintak nak makan kfc.. wah...hebat..hebat.. kfc di pagi hari. bebetul anak ibu..hahahaha... yang benornya bukan nak makan ngat pun, tapi lebih kepada mainan. la nihkan kfc ada buat promotion Xtra Meals (aku lupalah nama sentipiknye).. ala...yang iklannya... pakai spek itam..pastu senyum sampai nampok gigi tambah lagi banyak kamera tala ke customer... (arghh...korang tengok sendirila kat tv yea...).. dia bagi kete volkwagen (betul ke ejaannya tuh?) sebiji.

demi anak bujang terchenta, si bapak pun tunaikanlah hajat si anak. kul 9 pagi, kami dah terjah alamanda. tapi kfc bukak kul 10. jadinya kami p memborong kat carrefour dulu.. si anak dah potpetpotpet bising menuntut kfc. fuhh...berpeluh ketiak nak nunggu kfc bukak. p lepak kat RASA dulu. si bapaknya nak bekpes. si ibunya..hahahaha... menunggu kfc jugak..wakakakaka...

antara customer terawal..pilih nak...jangan xpilih... tapi pilih dalam ati jerlah..hahahaha... ibu n ayah kamu kan cap duit.. hehari kamu mintak nak beli itu nak beli ini.. tapi perangai buruk xilang2 gak.. iaitu menangis di pagi hari... yang nangisnya bukan si adik tapi si abang.. manja benor... piat kang...

si anak menanti dengan penuh kesabaran.. siap demand nak kete kaler itam. huhuhu... mujurlah si adik rileks jer.. xmintak apa pun..janji dapat makan... bila dah dapat apa yang dihajatkan... baru senyap mulut tuh. tapi mujurlah reti ucap TERIMA KASIH.. 2x pulak tu.. hehehehe

p/s: bukan selalu penuhi hajat anak2. sekali sekala jer... apa yang termampu. hehehehe... bebudak nih selagi xpenuhi hajat dema, selagi tuhlah mulut duk potpetpotpet.. ibu nih..bila nak beli...? ibu lupa ke?.. kalo dah hehari dengo ayat yang sama, idak bernanah ke telinga korang?huwaaaaa.... anak..anak...

Wednesday, October 14, 2009

sesi menyelongkar baju lama...

last weekend, bagi mengisi masa lapang dan mood rajin dah sampai, duk dendiam dalam bilik dan setat selongkar plastik baju baby terpakai milik dua beradik nih. baju2 dema banyak yang elok2 lagi, so bolehlah bagi adik dema pulak pakai.hehehehe... bukan kedeks yea... tapi selagi elok dan boleh dipakai, baik guna pakai balik..disamping dapat mengelakkan pembaziran. ahaks..lagipun, masa baby nih, baju kaler apa pun boleh pakai. kalo baby boy, boleh je pakai baju kale pink.. bukan satu kesalahan kecik mahupun beso.

tuh dia, amek..satu plastik beso.kalo ikutkan banyak lagi tapi ada yang dah bagi kat sepupu dua beradik. masa mula setat projek nih, mek tecik nih xtau. dia duk ralit main ngan abang dia. tapi tetiba...

dia pulak yang jadi QCnye. over tau. bila tanya nih baju sape... semua baju dia. hahaha...ingat pulak tuh.

my QC nih veri dedicated to her workslah. sebab tuh tiap kali nak snap pic, dia xpandang kamera. bila suh pandang kamera, jelingan maut dia bagi...huhuhu...

seee...i told u already.. tengok muka dia, bakpolah masamnye... mengalahkan asam boi lagi.. kononnya tengah sibok sangatlah tuh. kalo tengok dari segi gayanya, macam keje tuh 100% bagi kat dia... muahahaha...


hah...hambek...satu bakul baju/napkin yang boleh digunapakai semula dan masih lagi elok. yang xboleh gunapakai lagi hanyalah sarung tangan dan sarung kaki. barut xperlu beli. guna yang sedia ada jer. itupun ada pada sepupu diaorang. mok der...nanti jangan lupa anto barut yea... baju pun belilah cikit. tapi yang pasti, kali ni, xbanyak barang yang perlu dibeli.hehehe...lagi sekali nak bagitau...bukan kedeks yea...

my QC telah menjalankan tugasnya dengan penuh bersemangat. siap ditarik bakul kain tuh sampai ke mesin basuh. hahahaha... bagus...bagus... terima kasih kakak. kakak memang rajin. sayang kakak.

Tuesday, October 13, 2009

korek..jangan xkorek... :p

hoh... apa yang korek jangan xkorek nih? hahahahaha... korek tabung ka? korek kocet suar ka? korek purse/dompet ka?hahahaha... xaih...yang nih korek benda lain...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

uihh... mek tecik nih... memang sunggah kurang sopan. ikut dan dia jer bila mau korek...nih memang betul-betul folo bapaknya.. hahahaha... ampun bang... dia duk tengah syiokk mengorek, ibu terus snap pics dia.. wah..ingatkan malu ke apa... rupanya dia wat selamber jer... lagi suko adalah... adehlah...

nah...amek.. nak sangat snap gambo kakak tengah mengorek kan... hahahaha... kasi masuk betul2 satu jari telunjuk yea... kalo mau kasi beso itu lubang idong, kasi korek guna ibu jari yea... manyak syiokkk ooooo...... muahahahahahaha... (gelak jahat..)

p/s: dah beso nanti mau malu mek nih tengok gambo2 nih... hahahaha...fadan muka....

Monday, October 12, 2009

makan2 @ Putrajaya Holdings (PjH)

jemputan makan2 kat PjH nih pada ari khamis lepas. lambat update cos masalah nak transfer gambo2 nih.huhu.. lambat pun lambatlah, janji aku buh gak kat sini .ngeh..ngeh..ngeh..

lokasinya kat Promenade, Presint 2. tepi tasik berlatar belakangkan Masjid Putra. sangat cantek viewnya. nanti nak ajak po'cik jaing datang sinilah... snap2 gambo...hehehe..

gambo mak yong harus ada yea... oleh kerana baru pas lunch, mak yong makan kuih, kambing panggang, char kuew tiaw n minum abc jer... hehehehe...

aku sudah jatuh chenta sama ini kambing.. pergh...memang sedap tahap marvelous.. dagingnye lembut jer.. kuahnya pun sedap.. erkk... alhamdulillah... kalo ikutkan ati, memang nak melantak kambing nih jer, tapi mengenangkan.. tahap kepanasan yang bakal dihadapi maka terpaksalah makan sikit jer...kata orang tua...jamah jer... hahaha...

abc...abc...abc... boleh tahanlah rasanya...

datang lewat sejam, banyak makanan dah abeh licin... ish..ish..ish..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails