Pertandingan
Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj)
bersama rakan penganjur Duago Corporation Sdn Bhd akan diadakan di Pusat
Maritim, Presint 5 Putrajaya pada 30 & 31 Ogos, 13, 14 & 15 September
dan 2 Oktober 2013 dengan persembahan bertaraf antarabangsa untuk tatapan
pengunjung ke Putrajaya.
Pelancaran
pertandingan ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 30
Ogos 2013 sempena Majlis Sambutan Ambang Merdeka. Sebanyak 6 negara akan
bertanding iaitu China, United Arab Emirates (UAE), Amerika Syarikat, Korea,
Perancis dan Malaysia dengan setiap persembahan bunga api adalah selama 25
minit tanpa henti.
Pengunjung
akan disajikan dengan pelbagai corak persembahan yang melambangkan budaya dan
keunikan setiap Negara yang bertanding. Setiap persembahan digubah oleh
pakar-pakar choreographer bunga api. Kesemua persembahan ini menggunakan
microwave wireless dan fully synchronized music.
Orang ramai
dapat melihat persembahan bunga api dengan lebih jelas di sepanjang sisiran
tasik Putrajaya. Selain itu juga boleh menempah pakej Cruise Tasik untuk
menyaksikan persembahan bunga api dari bot-bot yang akan berlabuh di tasik
semasa pertunjukan atau berada di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Selain dari
itu, beberapa acara sampingan turut diadakan seperti mini konsert, bazaar,
Karnival dan street food. Bagi kemudahan pengunjung, tempat letak kereta
yang berhampiran pertandingan dan khidmat shuttle bus bagi mengangkut
pengunjung ke tapak pertandingan ada disediakan. Sila layari laman ini untuk
maklumat lanjut:
No comments:
Post a Comment