klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

petik strawberry dulu sebelum berangkat pulang..

wallaa...ini entry akhir pasal CH. jenuh nak upload gambo. kena terai banyak kali. kiranya kena jadi seorang yang penyabar tuk mengupload gambo2. huh...


cam baru pas exercise jer..

kay, pas check out dari hotel, kami terus terjah strawberry farm tuk menjalankan sesi memetik strawberry buat kali pertamanya. aku xpetik pun cos sebelum balik tuh jumpa member lama yang menetap di CH, dan dia beri strawberry n jem strawberry sebagai ole2. ahaks...timo kaseh rota...



yang sedang bersuka ria memetik strawberry adalah mama, wawa n miyul. hahaha.. bersungguh aku nengok dema mengutip. yang berbaju ijo itu adalah pemerhati bebas. lalala.... ish..jenuh gak nak memilih strawberry yang bebetul merah.


model buat strawberry.. ahaks...


nih pokok apa yea anak-anak? strawberry... oo...pandai..pandai..clap..clap...




aimy pun nak petik strawberry gak. tapi buatnya jauh ngat, petik daun pun jadilah...hehe

p/s: sekianlah sudah cerita mengenai percutian kami ke Cameron Highlands. nantikan pulak cerita kami mengenai next Cuti-cuti Malaysia. kali ini cuti-cuti bersama family po'cik jaing pulak.

dan lagi...

uwekkk..rasa nak termuntah menghapdet gambo + cite pasal CH nih. kalo xupdate/tepek kat sini, cam rugilah pulak. puas posing sana sini, tapi xtepek kat sini. rugilah kan. . lagi satu, sebagai kenangan. nanti bila boring, leh klik2 kat sini. pastu bila anak2 dah besar nanti, bolehlah diaorang pulak baca blog ibunya nanti. hah..dan dah tahula mana ayah n ibu dema dah bawak dema g berjalan2.



kami bekpes di sini yea. lama gak lepak dalam nih cos memasing sedap menikmati sarapan yang agak chedap jugak.



ohoo..aimy kena paksa bergambo ngan ayahnya.. hahaha



rileks jer aimy bila bergambo ngan ibu..lalalala



uits...apa yang korang peratikan tuh...?



grrrr...giler sejuk..tapi malamnyalah sejuk. bila matahari dah kuar, panaslah dah. afiff pun dah campak kotnya. kalo tidak, dialah orang pertama yang sarung baju sejuk.



erkkk... arissa tuh bukan merajuk ato kena marah yea. tapi memang dia sengaja posing cenggitu. kononnya canteklah tuh... adus...



hok aloh....



nenek dengan lima orang cucunya... baru lima, nenek dah fenin..fenin.. hahaha



pas bekpes, terus jenjalan kat sekitar hotel sambil posing2. nih odw nak balik bilik, kemas2 beg nak check out.



aimy sangat suka bila mok de dukung dia.. lalalala...ada maksud tersirat di situ..

p/s: satu lagi entry pasal CH.. erk...

Tuesday, July 13, 2010

lagi gambar + cerita jalan2 ke Cameron Highlands



kami stay di Strawberry Park. huh... nih pun kes Matta Fair bulan bape dulu tah. adiklah punye keje nih. kami follow jer. kalo xkerana Matta Fair, idaklah rasanya kami nak merasa duk sini..



majoriti hotel kat sini kaler itam putih. pastu design building hampir nak sama. hmmm...



erm..lupalah nak bilik nih.. studio/standard/family ato apa ntah. bilik nih letak paling hujung sekali dan mengadap hutan belantara. tengok tingkap..hutan..uihs..terus tutup langsir. cam seram jer... huhuhu.. cuba bayangkan, memalam hari leh dengar sound efect dari luar tuh. kami tido xtutup tv pun. huhu...agak2 takut sikit di situ.huhu... bukan apa.. ada babykan. baby nih kan leh nampak apa yang kita xnampak. tuh yang cam takut jer. tapi alhamdulillah.. baby tido dengan nyenyaknya, tapi... jengjengjeng...



view dalam bilik. huih..bersepah sungguh. itu belum tido apa lagi. bar jer main letak2 beg. malamnya, afiff n arissa tido kat sini. depan tv. langsir sliding tuh haruslah ditutup kan. kang xpasal2 pulak...huhuhu.. meh nak stori sikit pasal afiff nih. dia nih kalo siang hari galaknya xhengat dunia, maka di malam hari dia akan bangun menangis. huhuhu.. kalo kat umah, xpelah..buat xtau jer. tapi kat tempat nih.. harus dipujuk kay cos ibunya dah membayangkan macam2 dah. kul 12.30 tghmalam, boleh dia bangun nangis, tapi slow jerlah. pujuk2 tido balik. sejam kendian dia bangun lagi, dan tangisan kali nih agak kuat. sekali tengok dia dah berdiri sambil nangis sambil lap hingus. bila ditanya nape... jengjengjeng... nape bang? huhuhu... ada atu bu? hoh.. bior betul bang? dah..dah.. xyah nangis.. (padahal ibunya dah cuak jugak.. ayahnya dahlah tido mati.. pastu risokan aimy pulak) ibu buat milo, abang tido yea.. dapat jer milo, dia baring terus kelubungkan diri sendir. erk.. dan2 itu jugak ibu pun baring sebelah aimy.



on de way nak g bekpes. jalan kaki jer. cos sambil tuh leh posing2.

kay, sambung cite pasal afiff lagi. pagi esoknya stori kat ayah dia. ayah terus tanya dia. malam tadi ada apa..dia cakap ada atu. bila tanya kat mana.. dia cakap sambil tunjuk kat atas. ehmmmm.. harus percaya ato tidak? kami buat2 xtau jerlah. pastu cite kat mok de dia pulak. mok de dia tanya.. atu tu buat apa? dia diam jer.. cantik ke tidak? cantik... (mujur cantik).



kita posing dulu sebelum makan. wah..sangat gumbira ini kanak2.



best ooo.. banyak choice makanan tuk dimakan. yang berat, yang ringan, yang diet, yang xdiet. semua adalah. cuma perlu pilih jer. erkk..masih terbayang-bayang lagi pilihan makanan yang disediakan.



wachaaaa... we are de karate kids....

p/s: ada lagi gambar2 yang nak ditepekkan kat sini. tunggu next entry pulak yea.

Cuti-cuti Malaysia 2010 - Cameron Highlands

tanggal 10hb hingga 11 hb Julai yang lalu (eceh..cam nak buat karangan tuk pekse pulak), family aku + family adik + mama + dua orang lagi adik ato dalam erti kata lain.. keluarga aku.. :p.. telah menjejakkan kaki ke Cameron Highlands (CH). kiranya family holidaylah nih. best oo.. apa yang bestnya? hah..best sebab aku ada bibik dua orang... hahahaha. sampai Brinchang dalam kul 1. terus g hotel dulu. baru satu bilik siap. check in jerlah. dah setel check in, angkat barang, tawaf satu bilik, terus kami kuar cari makan. lapor weh.. kat kul 2, xlunch lagi.


adik beradik aku : wawa, ayul n miyul (sorang lagi xikut)

punyalah lapornya memasing. gamaknya perut tuh dah abeh main lagu lah tuh. dapat makanan, memasing dah xpandang kiri kanan. apatah nama restoren nih. kat deretan kedai cina, mujur ada satu restoren melayu. ramai gaklah pelancong yang singgah sini. orang lain makan nasi. aku ode mihoon sup. sedap weh... slurp..slurp...tambah pulak ngan milo panas.. lagilah meletops..kebabommm..



arissa pantang nampak nasi. itulah yang dia nak. tuh duk makan dengan nenek. walopon pedas, ku harungi jua demi kerana nasi.hehehe... bebudak nih duk tunggu nasi goreng cina. tuh yang kaco orang lain makan. me... pun makan lambat gak. ode lambat sampai ma. kalo sampai awal pun, makannya lambat jugak. dah tuh kena pegang budak kecit tuh. wohoo..sekarang kalo nak makan sambil pegang dia, amatlah bahaya yea kerana dia sudah pandai mencapai apa juga yang dekat dengannya. hmmm....



ok..pas makan, kami terjah ini tempat pulak. Cameron Valleys, Bharat Plantation. on de way ke sini, hujan turun dengan lebat sekali. sampai sini pun hujan still turun lagi. jadinya, xdapatlah kami nak turun ke ladang teh tuk posing2 ala memetik daun teh gitu. hmm... jadinya, kami beli teh yang dah siap dipacking jerlah. wehlah..punyalah lamanya xsampai sini, teh pun dah ada pelbagai perisa. dulu perisa strawberry jer, skang ada perisa oren, lemon, blackcurrent. oleh kerana jarang datang sini, maka boronglah setiap perisa satu pack.



ooo... mama a.k.a nenek sangat gumbira bila masuk kedai nih. rambang mata dia nak pilih teh yang mana satu. pilih ma...pilih jer.. nanti bayar kat kaunter yea..hehehe



inilah ladang teh yea.


aimy yang baru bangun tido.


erk..kita kat mana nih?


ooo...anak2.. posing pesen apa tuh?


me with my mama



tadi baru pas lunch kan, tapi dek kerana hujan, perut jadi lapo balik. terus ode teh perisa oren + donut + brownies. sedap arr teh perisa oren nih. tuh yang pakai sweater kotak2 tuh.. pas makan, makan lagi, pas makan, makan lagi. xrenti2 makan. ish...rugi ar bawak dia. asek nak makan jer. hahahaha... gurau yea raja.. lalalalala...

pas tu, kami gerak ke pasar malam Brinchang pulak. huhuhu.. masa nih hujan lebat. huhu...xdapat nak terjah itu pasar malam. just mama n miyul jer yang pegi. itupun basah lencun.pastu, kami balik hotel balik. huk hotel mana? tungguuuuu.... next entry pulak. xleh buat sekali harung, cos panjang ngat citenye.. lalalala...

tungguuuuu...yea...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails