klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label alif ceria. Show all posts
Showing posts with label alif ceria. Show all posts

Monday, November 11, 2013

Tadika Alif Ceria -Ihtifal and Year End Concert

Alhamdulillah.. setelah dua tahun menuntut ilmu di Tadika Alif Ceria, akhirnya arissa  berjaya menamatkan alam pra sekolah dengan jayanya. clapclapclapclap. Majlis graduasi telah berjalan dengan jayanya. terima kasih xterhingga diucapkan kepada cikgucikgu yang telah bertungkuslumus dalam menjayakan majlis ihtifal dan konsert akhir tahun 2013. dan terima kasih juga kepada cikgucikgu yang bersusahpayah mengajar arissa dan kawankawan mengenal abc123alifbata dan sebagainya. bukan senang nak ajar anakanak kecil mengenal semua tu. ianya memerlukan kesabaran yang cukup tinggi. terima kasih sekali lagi. 


Teacher Sara (class teacher) and Arissa
Arissa dan Nur Kasih Ramadhan (BFF)
Arissa muka penat + mengantuk) dan Ibu
Arissa dan keluarga. (afiff xmau pandang kamera, ayra pulak dan tido)

Saturday, March 2, 2013

go purple go...purple go go...

cuaca hari ni sangatlah panas + terik kan...kebetulan cuaca panas, ada pulak sukan tadika alif ceria. perghhh.. memang tadah muka jerlah tadi.



purple house tuk tadika alif ceria presint 18 so dapatlah sport attire kaler purple. wah.. cantek jer. sukalah arissa.



arissa join satu acara jer iaitu lari ikat kaki. bukannya dia berlari tapi jalan maklimahlengganglengok. dapatlah 2nd place.



afiff xmo ketinggalan. dia join acara makan buah epal dan timun. hmmm... kata perut lapar, tapi xabes pun makannya. hahahaha...



purple house menang lagu sorak dan juara keseluruhan dan dapatlah bawa pulang piala pusingan tahun ni. congrats to all little caliph.. good job

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 4, 2012

040112 - first day kakak g tadika

m ready to conquer the school...
ibu...amek gambar kakak dulu yea....
ibu..jomlah masuk sekali.. ala..kakak masuklah dulu.. nampak mainan jer..terus lupa ibu..
m happyla ibu...
adik tumpang main jap yea...
lepas anto abang g sekolah tadi, terus anto  si kakak ke tadika alif ceria, pr 18B. dekat jer ngan sekolah abang. kakak kena masuk sekolah sebelum 8.30 pagi, so xdapatlah tunggu abang sampai abeh assembly dan rehat. kakak sememangnya menanti dengan penuh semangat nak pergi sekolah baru. bila tengok abang pakai baju sekolah, dia pun tanya mana baju sekolah dia. baju sekolah dia dapat arini. so, besok bolehlah pakai uniform. memula sampai sekolah, kena snap gambar dulu. pastu ajak ibu masuk. sekali nampak mainan yang banyak, terus tinggalkan ibu. si adik pulak pepandai jer masuk ikut kakak. xtakut langsung. semuanya gara2 mainan. ibu teman dalam 5 minit jer. pastu bagitau kakak, ibu nak balik.. dia boleh kata ok... jangan lupa ambik kakak kang yea... hihihi... semoga kakak pandai membawa diri, ringan tulang, hormat teacher dan rakan2.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, November 2, 2011

Alif Ceria

banner di atas adalah banner tadika tempat afiff menuntut imu dan juga bakal  tadika  arissa  pada  2012. berdasarkan kepada pengalaman ninironna menghantar anak ke tadika ini... Alhamdulillah... memuaskan dari semua segi. afiff masuk tadika nih masa umur 5 tahun (tahun 2010) tanpa pandai membaca dan takat reti mengira 1-10 saje. tapi bila setat belajar kat sekolah ni, alhamdulillah... nampak peningkatan afiff dari segi pengiraan, pembacaan, sosial dan segalanya. masuk saje tahun 2011 (awal tahun), afiff terus boleh membaca. walopun xselancar mana, tapi dia memang dah boleh membaca. ibuayah sangat terkejut dengan perkembangan dia. dan juga sangat bersyukur kerana telah memilih tadika yang sesuai untuk afiff. TERIMA KASIH kepada teachers yang telah memerah keringat dan menahan sabar di dalam mendidik anak2 seusia afiff. jadinya sekarang, kepada ibubapa yang masih lagi mencari tadika untuk anak2, apakata try call pihak pengurusan tadika Alif Ceria seperti yang tertera di atas. xrugi kalo rajin bertanya demi kecemerlangan anak2. :-)



 nota: pssst... ninironna bukan nak puji melambung anak sendiri. tapi nak hanya nak berkongsi pengalaman dengan anda jer. kalo ada yang menyampah, maaflah yea. PEACE...


Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 27, 2011

Tadika Alif Ceria - Ihtifal & Year End Concert 2011

wah... anak teruna ninironna dah pegang scroll. huhuhu.... bertuahnya budak zaman sekarang yea. kecik2 lagi dah dapat pakai robe n pegang scroll.
hoyeyyyy.... setelah 2 tahun akhirnya afiff  dengan jayanya telah menamatkan pengajian di Tadika Alif Ceria (under Little Caliph). alhamdulillah...afiff dah pandai mengira/campur/tolak (tapi ingat2 lupa, harus sentiasa buat latihan), dah pandai membaca dalam BM dan BI. 2 tahun di tadika ni, memang nampaklah perubahan dari segi pembelajaran dia. TERIMA KASIH  KEPADA SEMUA CIKGU YANG MENGAJAR DI TADIKA ALIF CERIA PRESINT 14. JASA ANDA AMAT DIHARGAI.
gambar classmate afiff iaitu kelas Na'im. la... ingatkan afiff nih dah tinggi, rupanya ada lagi kawan2 yang lebih tinggi dari dia. kemetot jer dia dalam gambar nih. 
mengumumkan perarakan masuk graduan tadika Alif Ceria sesi 2011.  afiff orang pertama naik ke pentas untuk menerima scroll.....
posing dulu sebelum nama dipanggil..
ececeh... bangga afiff, bangga lagi ibuayah dia. walaupun hanya tamat tadika. tapi ianya merupakan  persediaan untuk melangkah ke alam persekolahan yang sebenarnya. semoga afiff akan terus berjaya....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, April 25, 2011

Hari Sukan Tadika Alif Ceria

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu, 23 April 2011 bertempat di padang Presint 9 telah diadakan acara Sukan Tahunan 2011 Tadika Alif Ceria (Little Caliph). ehh...xretilah nak buat karangan. layan gambar jerlah yek.




tahun nih afiff masuk rumah kuning. bersemangat sungguh dia. tapi bangun pagi tetap kena kejut jugak.huhu.. 2/3 hari sebelum sukan, ibu dah kasi warning, xmo nangis2 xmo ngaju. kalo buat jugak, ibuayah balik xmau tengok abang main.


rumah hijau dan kuning


rumah merah dan biru


sebelum sukan setat, ada sesi senaman dulu.suka budak2 nih dapat berjoget.ada yang lupa step.sebab tuh ada teacher duk kat tengah2 tuh. tapi kalo teacher pun lupa step, camne tuh?hahaha...


acara sukan dimulakan dengan game tuk 4 tahun dulu.pastu 5 tahun dan akhir sekali barulah 6 tahun punye turn. jenuh afiff nunggu. penat berlari + main je lebih. sukannya xdelah banyak mana pun. masa nih, budak 6 tahun tengah tunggu turn. ibu afiff kena duk dekat dia, kalo tak, dia sebok berlari ke sana ke mari. letih mata ibunya tengok.

dah sampai turn dia. sila berdiri di tengah panas sebentar sementara teacher cek nama dan cek ahli cukup ke tidak.


first game afiff ialah lari kaki tiga. ala..yang ikat kaki sebelah tuh. tengok tangan dia tuh. punyelah eratnya dia genggam tangan kawan dia. takut jatuh gamaknya. hhahaha...untuk acara nih, afiff dapat no. 2. dia main 3 game jer. game no. 2, lari dalam guni. dapat last...hahahah.. game no. 3 main skipping pun dapat last gak. tapi tetap diberi tepukan.hahaha. lawaklah afiff nih. tengah berlari pun dia boleh termenung tau.. adoilahai...



dah penat berlari semua, rehat jap dalam 5 minit, pastu tibalah saat yang afiff nanti2kan. iaitu sesi penyampaian hadiah. hmmm...rumah kuning dapat no last yea. tapi yang bestnya... semua dapat medal dan hadiah. berani teacher xbagi semua medal dan hadiah tuh.. kang ada yang melalak di tengah padang. salah sorangnye dah tentulah afiff.hahahaha..


muka bangga sebab dapat medal dan hadiah.

Tuesday, January 4, 2011

hari nih baru sekolah

orang lain dah setat masuk sekolah semalam. xkiralah tadika ke, sekolah rendah ke ato sekolah menengah. janji sekolah. huuhu.. abang pulak baru masuk sekolah hari nih. patutnya semalam dah leh g sekolah tapi teacher kata xdatang pun xpe. kalo nak datang xperlu pakai uniform dan xde sesi pembelajaran pun semalam. oleh itu, ibu amek keputusan xyah g sekolah lah. besok (arini) baru g sekolah. jadinya Tadika Little Caliph Alif Ceria secara rasminya bermula hari nih 4 Januari 2011.



so hari nih bangun pagilah dia. huih..xdelah pagi mana pun, 6.30 jer. lagipun ibu belum setat keje, bolehlah dia bangun lambat. nanti bila ibu dah setat keje, dia kena bangun lagi awal cos budak nih bersiap lambat. bangun tido kena temenung dulu, sebelum mandi kena temenung dulu, lap badan kena temenung dulu dalam erti kata lain setiap perbuatan dia memang kena termenung dululah. arinih kena pakai baju sukan. setiap ari selasa, rabu dan khamis kena pakai baju sukan. uniform hanya dipakai pada hari isnin dan jumaat. huhuh... jadinya kena beli lagi sepasanglah baju sukan dia tuh.

oleh kerana abang sambung tadika 6 tahun di tempat yang sama, jadinya xjadi masalahlah bagi dia tuk menyesuaikan diri. lagi eksaited adalah cos dia dapat wat colouring...

Monday, July 19, 2010

Hari Sukan Tadika Little Caliph Alif Ceria

hari sukan sekolah afiff nih dah lama berlalu iaitu pada 3 Julai yang lepas. tapi baru la nih berkesempatan nak bercerita. xkesahlah walopun dah lama berlalu, janji ada dicoretkan di sini.



kejadian berlaku di padang Pr. 9. semangat memasing2 bangun pagi terutama sekali afiff lah. teruja betul dia. tambah lagi dapat kasut baru. lagi semangat. rumah sukan afiff rumah merah. patutla hehari duk sebut red house...red house.. sampaikan nak beli kasut/baju semuanya nak kaler red.



sebelum sampai padang, mood afiff adalah superb. tapi bila jejak jer kaki di padang dan nampak kawan2 serta teacher2 dia.. wah.. terus dia menangis. tahapapatah.. xpaham betul perangai budak nih. orang patutnya sukalah kan cos jumpa kengkawan.. ini dia terbalik. bantainya melalak dulu. uish...buat malu ibu ngan ayah jer. suh beratur pun xmo. suh makan pun xmo. dah semuanya xmo.. biorkan ajerla.. pandai2 la kamu bawak diri yea.



amik gambo aimy dululah. punya semangatnya aimy nak bagi sokongan padu kat abangnya dengan memakai suar kaler red. lalalala...



khemah tempat budak2 berkumpul. uish..afiff..afiff.. ada ke patut ajak ayahnya join sekali. beratur ngan dia. huhuhu... haru..haru..



ibu posing ngan aimylah...



nih masa buat exercise.. lagu apa tah.. put ur hand in, put ur hand out..n shake ur hand. pastu ada lagu chicken dance. tang lagu chicken dance nih, ibunya pulak yang gedik2 nak join joget sekali.lalalala... sebelum tuh, ada persembahan dari setiap umah sukan. ala..kena nyanyikan lagu theme umah sukan memasing. seronok tengok gelagat budak2 nih.

afiff main apa? huh..budak bertuah tuh.. dia masuk satu game jer.. lari guna tempurung kelapa tuh. itupun kalah. matanya melilau duk tengok kiri kanan. bila dah kalah, terus xmo main game lain dah. baik dia main ngan arissa jer. tapi bila tang adiah, xsabo2 nak. boleh melalak nak adiah pulak. bukan time terima adiah pulak tuh.

sekian.

p/s: ada lagi gambar2 nih. tapi lupa nak save dlm thumbdrive. xbest kalo bercerita tanpa gambo. nanti2lah yea.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails