klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Wednesday, January 30, 2008

Loloq sudah pergi buat selama-lamanya....

Oleh: Roslen Fadzil
Label: Penilaian Editor: !-->Oleh Roslen Fadzil & Ellyna Ali
dipetik drpd www.murai.com.my


KUALA LUMPUR, 30 JAN 2008: Selepas 4 hari berada dalam koma, penulis lirik dan pujangga tanah air terkemuka, Loloq atau Rosli Khamis, 50, menghembuskan nafas terakhirnya, kira-kira jam 1.40 petang tadi.

Loloq yang dimasukkan ke Wad ICU, Hospital Pakar Damansara, di sini, sejak Sabtu lalu, meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak. Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan kecemasan untuk membuang darah beku di dalam kepalanya.

Berita menyedihkan ini disahkan kepada murai.com.my oleh beberapa rakan artis yang rapat dengan arwah iaitu Ramli MS, Aidit Alfian dan Hattan, sebentar tadi. Ramli MS pula berkata , ketika ini jenazah Allahyarham sedang dibawa ke Masjid Sungai Buloh, Selangor untuk disempurna dan disemadikan.

Ramai rakan artis terus berkejar ke hospital berkenaan sebaik saja mendengar berita mengejutkan itu dan kini sedang bersama-sama mengiringi jenazah Allahyarham ke Sungai Buloh.

Kematian Allahyarham Loloq, ayah kepada tiga anak - Krsty Nur, 11; Jaevn Nur, 8, dan Yasha Nur, 6, - boleh dianggap satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air kerana ilham beliau mencetuskan banyak keindahan terhadap lagu-lagu nyanyian artis tempatan terkenal.

Ketika hayatnya, beliau sudah mencipta begitu banyak lirik yang popular terutama pada era 1980-an dan 1990-an sehingga terkini. Antara karyanya yang hebat adalah Mantera Semerah Padi dan Andalusia nyanyian M Nasir, Awan Yang Terpilu (Ning Baizura), Aduh! Saliha (Mawi), Persis Mutiara (Mila) dan Sembunyi (Misha Omar & Andy Flop Poppy).Antara hasil nukilan terbaru penulis lirik yang berasal dari Singapura ini adalah bersama komposer Azmeer untuk album solo terkini Misha Omar. Antara kejayaan terbaik beliau (yang turut menggunakan nama pena sebagai Nurbisa) adalah menerusi Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Industri Muzik, Anugerah MACP dan Anugerah Planet Muzik (APM).Selain itu, Loloq juga seorang pelakon dan pernah membintangi filem Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang arahan Mamat Khalid.

Selain itu, beliau menulis skrip Aduh! Saliha arahan M Nasir lakonan Mawi tetapi nyata tidak sempat melihat karya itu siap sepenuhnya.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, Amin...

p/s: aku amat kagum ngan karya2 yg dihasilkan oleh arwah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails