Pada 27 Februari 2008, bertempat di Ballroom 1, Hotel Legend Kuala Lumpur, seramai 125 peserta dari pelbagai latar belakang telah berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam bengkel Sopan dan Anggun: Etiket Wanita di Pejabat yang dianjurkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) dengan kerjasama Positive Grooming Sdn. Bhd. dan Hotel Legend.
Bengkel yang bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang itu mengupas pelbagai isu berkaitan dengan keperluan seorang wanita berkerjaya seperti peningkatan personaliti dan imej diri, kepentingan ilmu etiket sosial, interaksi dan diplomasi, pemilihan pakaian dan penampilan diri, pelbagai gaya ikatan tudung dan pemilihan aksesori yang sesuai. Bengkel sehari ini juga mendapat sokongan daripada Rafflesia dan Nutrimetics sebagai penaja bersama dan majalah Harmoni
sebagai majalah rasmi bengkel.
Bengkel yang dikendalikan oleh Yasmin Siddik, pemilik Positive Grooming ini dituju khas untuk para wanita yang bekerjaya kerana imej wanita sebagai pekerja memainkan peranan penting dalam peningkatan kualiti organisasi dari segi imej dan keyakinan masyarakat. Oleh yang demikian, para wanita khususnya yang bekerjaya, mereka perlu mempunyai daya kreativiti berkaitan imej diri selain inovatif dalam pengetahuan untuk memajukan diri dan organisasi. Selain dapat berkongsi ilmu, seramai lapan peserta telah berjaya mendapat pelbagai hadiah daripada penganjur.
Semoga bengkel ini dapat memberi seribu satu maklumat kepada semua peserta dalam memajukan diri, keluarga dan organisasi
2 comments:
bagui, baguih, bengkel macam nih la yang saya galakkan untuk wanita muslim yang berkerjaya, tapi yang free hair tu kena paksa ke masuk bengkel nih? or dia tak tahu program bengkel? sori tanya jer hehe..
Cabai Burung
wakakakaka....yg free hair tuh xtaula kena paksa atau tidak...idakla saya menanya plak...wakakakaka....
sememangnye bengkel camnih yg patut diperbanyakkan lagi n majikan sepatutnye memainkan peranan....ahaks...
Post a Comment