klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tinggal.....- 311208

hari nih, 311208 kami akan meninggalkan pulau ini dengan seribu satu kenangan.pas nih xtau bila lagi nak menjejakkan kaki ke sini.seronok tau.tapi lain kali kalo nak p sini, xmo p time cuti umum/cuti sekolah lagi dah.abih semua harga naik.dari harga sewa kereta hingglah ke makanan.huhuhuhu...

nihlah hotel tempat kami menginap selama 4 hari 3 malam. Hotel Eagle Bay yang terletak di tengah pekan Kuah.sangat dekat dengan jeti.kalo last minit planning, bolehlah korang nak menginap di sini.tapi kalo planning awal2, baiklah korang cari tempat lain yea.huhuhu..



nih dah sampai kat jeti.duk tunggu ayah p beli tiket.ingatkan sempat naik feri kul 10 pagi.tapi xdan.kami naik feri kul 10.20 pagi.sampai jeti Kuala Kedah dalam kul 1215 tghari.pastu plan nak singgah kat Pekan Rabu.tapi xjadi.cos tiga kali kami duk pusing bangunan Pekan Rabu tuk cari parking, tapi mak aih..punyalah payahnya parking...at last, kami terus berangkat pulang dan singgah makan di RnR saje.



kami keluar dari rumah dengan hanya membawa satu beg besar dan 2 beg galas. tapi bila kami meninggalkan pulau, kami tambah lagi 2 beg..hahahaha...seperti biasalah kan...kalo dah sampai pulau nih...haruslah borong cokelat.pingganmangkukperiukbelanga, aku xborong cos xtau nak bawa balik camne...huhuhuhu

Tuesday, December 30, 2008

Jenjalan Time..... :P - 301208

hari nih, kitaorang orang plan mau ke wildlife park atau dulu dikenali sebagai taman burung.pas breakfast, kami memulakan perjalanan menuju ke destinasi.bila dah sampai, haruslah posing dulukan..tapi sayangnya...kamera udah kehabisan bateri.huwaaaa...camne nih..dahlah kat dalam taman nih, tempatnya sungguh menarik tertarik...akhirnya gunelah kamera hp saje.tapi sayangnya, sampai la nih belum transfer ke lappy lagi.huhuhu..korang kan kalo datang langkawi, jangan lupa singgah tempat nih tau.nak pulak bagi mereka yang bawa kanak2.memang best giler.kita boleh dekat dengan burung, burung merak, rabbit...dll... (nanti aku upload gambar yg kat hp)





lepas puas lepak kat taman burung, kami meneruskan perjalanan ke Galeria Perdana pulak.kat sini terletaknya hadiah2 yang diterima oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.penat gak berjalan dalam ni.tapi disebabkan aircond, kami gagahkan jugaklah.afiff arissa seperti biasa..aktif tahap gaban.





lepas habis keliling galeria nih, kami balik hotel dulu, tuk recharge bateri kamera dan bateri kami anak beranak..hahahaha.... dalam kul 5 petang, kami meneruskan perjalanan lagi.kali nih, kami p ke Kota Mahsuri.snap sana posing sini, dan afiff berjaya pau ayah tuk belikan topi otomen.hahaha









seterusnya kami p ke tempat nih.xtau nama dia, tapi hala nak ke padang mat sirat tuh lah.pemandangan memang cantik.lebih2 lagi dah kat nak senja kan...tapi kami xlama kat sini, sebabnya ada satu lagi tempat yang harus kami tuju.



seterusnya, kami p lepak sat kat Pantai Cenang/Pantai Tengah.lebih kuranglah tu.seperti biasa, snap posing dulu, baru bla...hahahaha.kami xp mandi pantai pun.kalo dapat tempat penginapan di tepi pantai, memang confem kami anak beranak p terjun tapi oleh kerana last minit planning, maka kami dapatlah hotel di tengah bandar Kuah itu.huhuhu





Monday, December 29, 2008

Jenjalan Time... :) - 291208

Masa untuk jenjalan...sokanya....pas breakfast, kami p lepak/posing sakan di Dataran Helang sambil menunggu Linda opismate aku sampai.kat dataran tu kan luas, adehlah..letih mengejor dua beradik nih.si afiff duk lari sana lari sini, ibuayah dah seriau...riso terjun ke laut je budak bertuah tuh.hehehe.akhirnya setelah ibuayah penat melihat anak2 aktif tahap gaban, kami bawak depa p ke jeti.kat situkan ada mall, so kami lepak kat dalam tuh pulak.bila linda sampai je, setel urusan dia jap, kami terus menuju ke destinasi seterusnya.







Next, kami p ke Cable Car.harga tiketnya dalam RM28 kot.tapi bila kita tunjuk i/c dapatlah RM15.tugas membeli tiket diserahkan pada linda.hehehe.mujur ada linda.terima kasih yea cik linda.kami duk layan dua orang budak bertuah tuh.sekejap ke sana sekejap ke sini.bukan takat cable car jer yang ada kat situ.banyak lagi tempat menarik yang ada kat situ.ada gajah, rusa, ular sawa yang amat besar (geli wei...), helang dll.





masa memula sampai kat atas, xnampak pemandangan langsung.bila xnampak pemandangan yang indah, maka xsyioklah kan.tapi dek kerana po'cik jaing suh tunggu kejap.akhirnya dapatlah kami melihat pemandangan yang sungguh indah.







sesungguhnya sangatlah letih bila berjalan dengan budak dua orang nih.ish...napelah assistant ai xdpat nak ikut.huhuhu...afiff jangan cakaplah tahap keaktifannya itu.memang dah xmakan dengan perkataan 'jangan'.si arissa pulak nak ikut abangnya.so dia pun, bukan main lagilah aktifnya.ibuayah gak yang naik seriau.huhuhu...dia sempatlah mengamuk masa kat atas tuh..sabar ajerlah...





bila dah turun, kami p round2 kat bawah pulak.kasi can kat dua beradik nih.niat utama bercuti pun memang nak bagi dua beradik nih bergumbira sakan.tengok afiff ngan helang tuh, cam bertentangan mata pulak...kuikuikui.



dari cable car, kami p mencari minyak gamat pulak.aku pilih kat nusantara nih. yang ada replika botol minyak gamat beso kat depan kedai dia.idaklah borong banyak mana pun.takat cukup tuk dijadikan ole2 tuk family jadilah.

Sunday, December 28, 2008

Jeti Kuala Kedah

Lokasi : Jeti Kuala Kedah
Tarikh : 281208

Seawal jam 4 pagi kami bertolak dari rumah.2/3 kali berenti akhirnya jam 11.30 pagi sampai juga kami ke jeti ni.cecepat po'cik jaing beratur tuk beli tiket.huhuhu...ingatkan sempat naik feri kul 12 tghari, tapi dek kerana punya ramailah umat manusia, maka kami kena naik feri jam 2.30 petang.huhuhu...2 jam lebih kena duk melangut kat jeti tuh...boring ooo...nak p mane pun xtau..dengan beg yang besar gedabok itu.dengan dua orang budak kecik yang aktif bukan main.akhirnya kami lepak ajelah kat situ





kami punye tiket kul 2.30 petang kan.tapi time tuh feri yang kul 2 petang pun xmuncul lagi.aiks...ini sudah lebey...huhuhu...tapi...xpe...kami kena bersabar jugaklah kan..kat kul 2.45 petang...baru dua biji feri sampai.pastu...kena beratur punyalah panjangnya...aduh....sabar..sabar..bila dah berjaya landing dalam feri...mak aih..sejuknya...baju sejuk simpan dalam beg besar.xsangkalah pulak sejuk bebenor dalam feri tuh.tapi kena sabarlah jugak...perjalanan dari jeti Kuala Kedah ke Langkawi mengambil masa hampir dua jam...waaaaa....lamanya...





nota mulut:aku main update je nih

Saturday, December 27, 2008

berendam time...

pas bekpes tadi, bawa dua beradik nih pegi berendam kat swimming pool kanak2 di Pr. 16.lengang je kat situ.wah..seronok..seronok.afiff seperti biasa...takut...arissa xyah cakaplah...suka sangat.dah lama, baru afiff yakin tuk main sendiri.hehehe..apalah abang nih...apapapun..seronok tengok anak2 bergumbira...tapi yang payahnya time nak ajak balik..huhuhu...haru...haru...tapi hasil usaha tipu daya ibu dan ayah..maka berjayalah ibuayah bawak dua beradik nih balik.


Friday, December 26, 2008

Ronggeng Time...hehehe

hari nih ai cuti. so...nak setelkan sikit urusan di KL.tapi nak ajak sape temankan ai?po'cik jaing keje.ting....idea muncul..so ai call my brother yg sedang menjadi pengganggur berjaya itu untuk temankan ai.so set time n tempat tuk dia ambil ai.bila dah jumpa...sekali ada dua orang escort pulak dibawaknya.xpe..xpe..lagi ramai lagi bagus....

tempat yang harus dituju adalah PNB.buku ASB hilanglah pulak.so kena buat buku baru.kalo nak buat buku baru..makanya haruslah ke PNB.ingatkan boleh setel hari nih gak.tapi xboleh..cos dah tutup akaun tuk tahun nih.PNB duk tengah kira dividen.so, tahun depan kena datang sini lagi lah.huhuhu...


sebelum meninggalkan bangunan PNB nih, harus posing dulukan.yang bestnya yang jadi bodyguard aku nih, semuanya kaki posing.so...layan...banyaklah gambar, tapi dalam kamera sepupu la pulak.lupa pulak nak perkenalkan bodyguard aku nih...mirul n ayer is my brother n asyraf is my cousin.asyraf nih bakal seorang guru.hehehe




dah setel kat PNB tuh, kami pegi round2 kat Ampang Park.lepak kat McD jap.pastu aku memulakan misi mencari beberapa helai baju tuk diri sendiri.murah2lah baju yang dijual kat situ.sori..no pics la pulak...

seterusnya kami pegi Endah Parade tuk bertarung bowling pulak.hahahaha...nih first time aku main bowling ok...three frames tuh...adeh...lenguh tangan dibuatnya.tuk dua games yang pertama, huhuhu..aku tewas..teruk okey..tapi tuk final game, aku telah mula menunjukkan keterroran aku okey..hahahahaha....menang atau kalah..aah...itu tidak penting.yang penting GAYA....wakakakakaka...


Thursday, December 25, 2008

.............

apa program arinih?
hmmm...xde program apa pun..
pagi tadi g opis dulu...OT...masyukkk...
belah petang duk lepak di rumah saja
xmau p jalan memana
cos 28hb nih dah nak berlepas
arissa satu hari xtido..
bila suruh dia tido, dia g amik bear dan tidokan bear..
hehehehe...
afiff pulak banyak habiskan masa dalam bilik..
duk main sensorang
siap tutup pintu cos xmau bagi adik dia kacau..
so sekarang dua beradik itu sudah selamat beradu..

Wednesday, December 24, 2008

Menyibokkan diri

Oleh kerana aku nak bercuti panjang,
maka aku terpaksa menyibokkan diri sendiri
dengan kerja2 pemfailan yang dah bertimbun2 itu
tutup mana2 fail yang patut ditutup
dan seterusnya buka yang baru lah kan..
letih wei...kat sejam lebih dah duk buat benda nih
mujur bos xkaco..
aku tau..bos pun dah dlm mood cuti tuh..
okeylah..nak rehatlah dulu...

Last Day

YAHOOOOOO....
hari ni last day aku kerja tuk tahun ini....
besok 25hb dah memang cuti umumkan..
so 261208 aku akan stat cuti sehinggalah 040109
adakah aku akan pergi cuti-cuti Malaysia..
hmmm...plan sudah ada...
just menunggu hari nya saje tuk berlepas...
cewahhh...cam jauh no nak pergi...
ke mana aku mau pergi??
hmmm...maaf, atas sebab2 tertentu
aku xboleh nak bagitau sekarang
mungkin bila dah sampai ke destinasi
baru aku bagitau, takpun...
bila aku dah sampai Putrajaya balik..hahaha
nota mulut : az...aku tahu ko jeles..walaupun xbyk jeles ko tuh, tapi sikit pun mesti ada gak kan..kan..tapi xpe..tahun depan ko dapat cuti free 60 hari...kuikuikui

Tuesday, December 23, 2008

11 tahun berlalu...akhirnya..

lokasi : Kedai Kopi, Tasik Shah Alam

tarikh : 211208

akhirnya hari yang ditunggu-tunggu muncul jua.xsabar rasanya nak sampai ke destinasi.janji kul 10 pagi, tapi aku lambat ckit cos nak bawak arissa g cucuk dulu.setel cucuk, bekpes jap dan terus berdesup ke destinasi.mujur xsesat barat.hehehehe...

dah sampai, dagdigdug...berdebar pulak...mengalahkan pengantin debarannya..hahahaha...dari jauh aku dah nampak wajah2 mereka yang aku rindui..huhuhu...serius wei...bayangkanlah 11 tahun xjumpa...apa perasaan korang...musti sama ngan aku punye.

mini gath xSMVKlang tahun 1996/97.

kami buat mini gath je dulu.tujuannya adalah tuk set up one committe tuk handle one big reunion for batch 1996/97 dan juga aktiviti2 tahunan.


semasa perbincangan sedang berjalan, attendance kena amik..wah..cam sekolah jer.snap2 harus berjalan seperti biasa.


majoriti..semuanya dah berubah.ada yang makin kembang, makin keding dari 11 tahun yang lalu dan ada yang maintain je.hehehe....

memasing dah berjaya dengan kerjaya memasing.ramai yang lari dari bidang yang diambil masa sekolah dulu.xpelah...janji memasing sudah berjaya dan berbahagia bersama keluarga.

Monday, December 22, 2008

Announcement lagi... :p

uits.... BIG APPLE dah bukak cawangan di Alamandan, Putrajayalah... bestnya.tengok betapa gigihnya aku snapkan gambar nih tuk korang.hehehehe...lokasi dia...kat sebelah star buck.so apa lagi..pegilah serbu...hahahahaha.. ada yang xtau ke lokasi nih?hah..kalo xtau..apalagi...mehlah ajak aku dan sekaligus belanja aku lorrr...kuikuikui

nota perut: az....lagi satu lokasi tuk kita melepak.... ai likeee.....

Saturday, December 20, 2008

karaoke time...:p

ntahapa yang terjadi kat po'cik jaing, aku pun xtau...tetiba dia ajak g karaoke.hahahahaha.... dia kata nak release tensen...tensen pasal apa tah... aku pun layan jerlah...kuikuikui.so kami pun pegilah kat alamanda.kat alamanda pun ada pusat karaoke tau.tapi aku lupa pulak nak tempat tuh..hehehe..jgn xtahu..nih first time kami pegi karaoke.hahahaha...

meh tengok keletah arissa masa ibuayah duk sibok menyumbangkan lagu.hahaha....dia pun sibuk gak nak menyumbangkan lagu .dia bukan nyanyi pun tapi duk letak mic kat mulut.yang penting gaya sebagai seorang penyanyi harus ada....hehehe

po'cik jaing duk pilih lagu.masa nih memasing belum panas lagi.hehee..aku pun masih shy2 cat.hahaha... arissa pun duk sibuk makan pop corn dan dia pun masih pelik dengan suasana dalam bilik tu.

wah...time nih memasing dah panas...wakakaka...tapi panas dalam malas.boleh nyanyi sambil duduk jer...kalo aku bangun kang, arissa pun musti nak bangun juga.diakan 'ekor' aku...mana aku pegi, apa aku buat...semuanya dia nak ikut..nak buat...huhuhu...so aku duduk ajerlah...suara dah memang out...pitching ke tengah laut...agaknya itulah yang arissa dok komen kot..kuikuikui


korang musti tertanya-tanya mana afiff kan...kan... yang sebenarnya afiff aku dah pos ke rumah nenek dia di Taman Melati, Kl pada malam Jumaat.dia sibok nak jumpa sepupu dia.jadinya aku pos akan aje dia ke sana.hahahaha....senang sikit ibuayah dia.boleh ibuayah dating tanpa perlu risaukan dia.bukan apa..kalo bawak g shopping complex kang...dia jadi cam lipas kudung..kejenya duk berlari jer...letih ooo nak kejar... yang arissa pulak..buh je dia dalam buggy pastu bagi botol susu..hah..senyaplah dia...hehehe...

Friday, December 19, 2008

Announcement....announcement... :P

kini sudah dibuka di Alamanda, Putrajaya

dan masa lunch tadi, aku jadi antara pelanggan2 terawalnya.see..veri de ramai customer yang duk queue... di mana lokasinya?bagi mereka yang menjadi pengunjung setia Alamanda nih, musti dah tahu lokasinya kan..kan.. memandang aku seorang yang baik, maka aku bagitaulah lokasinya...adalah di sebelah pejabat pos, dah dihadapan Kenny Rogers. nak lagi specifik ke..hah..kat sebelah escalator menuju ke parkson tuh... dah dapat bayangkan tak?ish..kalo xtau gak... meh bawak aku dan sekaligus belanja aku makan lah...kuikuikuikuikui....

nota mulut: az...nih boleh jadi tempat kita lepak ari jumaat nih...hehehehe

susun...susun..

nih adalah hasil kerja si mek arissa.dek kerana xtau nak buat apa, boleh dia susun buku2 yg ada pepanjang cenggitu.bila dah siap susun, dia bacalah satu-satu...memulakan..cantik je buku2 dia susun, tetiba datang pulak giant mengacau dia.huhuhu..giant tuh kekadang dengki dengan arissa tuh.hehehehe.. tuh pasallah dia datang mengacau...memula elok je giant tuh main dalam bilik.tetiba tengok adik dia duk senang lenang susun buku, dia pun mulalah....huhuhu...mujur arissa maintain cool jer....

cuba tengok arissa tuh...duk pegang dua botol susu kan... sejak dua menjak nih, peel baru dia pelik sikit.kalo satu botol ada susu, satu botol lagi kena kosong.bila duk hisap susu, nanti botol yang kosong tuh dia pegang ajer.pastu kang time main, satu gantung kat mulut, satu lagi dipegang.huhuhu..

Wednesday, December 17, 2008

tengok ajelah....layannn...

aku suka gambar nih...xtau nape...yang pasti PEACE TO ALL...



apa motif aku posing cenggini?wakakakaka...



hoh....nih lagi satu...apa motif posing cenggini...jawab mil..jawab..



the four of us.. linda, me, kak g n azmil

...early next year...will be only three of us..the only encemxencem boy tuh will go to JKR...wei..azmil..sampainya hati mu..meninggalkan kami...huhuhu

Monday, December 15, 2008

Akhirnya...ketemu jua kita...

lokasi : Kg. Cheras Baru
tarikh : 141208

akhirnya, aku berjaya memenuhi undangan perkahwinan seseorang yang belum pernah aku jumpa.selalunya, bertegur sapa di alam cyber saje.itulah kuatnya penangan menjadi blogger.hehehe...

aku sampai kenduri ceera dalam kul 3 ptg.kehadiran kami diiringi dengan hujan yang agak lebat.sempatlah bermandi hujan sekejap.sampai je, salam parent pengantin, pastu po'cik jaing n arissa g makan dulu.aku n afiff masuk umah tengok pengantin dulu.wah...sungguh cantik si pengantin baru.memang cantik...kulit putih melepak.salam pengantin dan harus posing dulu.sebelum tuh sempat aku tanya pengantin... kenal saya tak?hehehehe... mujur pengantin jawab...kenal..kenal..orang yang selalu bergambar memang saya kenal... hehehehe... iyealah..kenalah tanya kan...kalo tak kenal, bolehlah aku perkenalkan diri.kuikuikui...

misi aku seterusnya adalah bergambar bersama adik beradik pengantin yang juga merupakan blogger.aku berjaya posing bersama zack-u dan vp. sebelum nak bergambar tuh, haruslah aku perkenalkan diri dulu.kuikuikui...dengan vp aku selalu gak bertegur sapa kut YM.selalunya aku tanya pasal blog.hehehe.cuma dengan zack-u je xpenah bertegur sapa lagi.hmm...diaorang adikberadik nih memang peramah.hehe.. ingatkan nak bergambar bersama alang iaitu kakak pengantin, tapi aku tengok alang cam sibok jer, xberani aku nak kaco.

nota hati : masa aku baru sampai, aku nampak sirman, hubby kak red. pastu aku nampak kak red.tapi masa tuh hujan lebat.nak tegur kak red pun cam susah jer.lagipun kak red dah nak balik.xpelah...dapat tengok kak red n family secara live pun dah ok.hehehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails