klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Tuesday, August 4, 2009

Wanita Hamil Berisiko Hidap H1N1

MELIHAT jumlah kes selesema babi atau Influeza A (H1N1) yang sedang menular di seluruh dunia ketika ini, para saintis dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mendapati kadar wanita hamil yang dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan penyakit itu adalah empat kali lebih tinggi berbanding kes biasa.


Para penyelidik dari jabatan tersebut turut menemubual wanita hamil yang dimasukkan ke hospital kerana selesema babi dan semua mereka mengatakan keadaan kesihatan mereka amat baik sebelum mereka jatuh sakit disebabkan virus tersebut.


Justeru para penyelidik berpendapat bahawa wanita hamil adalah golongan pertama yang patut mendapat vaksin selesema babi kerana mereka berisiko untuk mendapat jangkitan daripada virus H1N1.

Kajian tersebut turut mendapati wanita yang hamil akan berhadapan dengan komplikasi serius apabila terkena jangkitan virus pembunuh tersebut.

Di United Kingdom (UK) sehingga kini sekurang-kurangnya dua wanita hamil menjadi korban selesema babi. Seorang lagi wanita hamil di UK terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital di Sweden kerana hospital yang merawat pesakit selesema babi di UK sudah penuh dan tidak dapat memberikan rawatan terbaik kepada bakal ibu tersebut.


Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Lancet itu juga menyarankan wanita hamil patut segera mendapat suntikan vaksinasi supaya diri dan bayi mereka selamat.


Disebabkan kes selesema babi yang agak tinggi di kalangan wanita hamil, terdapat beberapa cadangan bagi mengurangkan risiko mereka terkena wabak tersebut.


Beberapa agensi kesihatan di Amerika Syarikat mencadangkan agar wanita hamil tidak berkunjung ke lokasi yang penuh dengan orang ramai tetapi pihak kerajaan pula berpendapat wanita hamil boleh meneruskan cara hidup seperti biasa cuma perlu mengambil langkah ekstra dalam kebersihan. - Agensi (Utusan Malaysia, 4 Ogos 2009)

6 comments:

aRe_uDear said...

hohooo.. berul kerw.. bayernyerr...

nn said...

are_u:huhuhu...betul dik..ini kerana antibodi ibu mengandung adalah kurang...huhuhu...

Azfaliza Abd Latif said...

hmm buat masa ni baik ko jgn ke mana2 kecuali opis, umah, opis, umah sebagai langkah berjaga2..risau pulak aku dgr kes ni yg dah makin merebak..take care eh..

nn said...

@z:huhuhu...cuba ko bayangkan betap bohsannya aku..aku dah merasa tahap kebohsannya itu bila la nih, afiff xleh ke mana2 pong.huhuhu...

MuMMy 2 Haqq said...

mmg takut kan..?

Jaing said...

arnirina:huhuhu...sememangnya....makin menakutkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails