klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Wednesday, October 28, 2009

Berat Badan Ketika Hamil...

kebanyakan ibu mengandung musti akan mengeluh pasal pertambahan berat badan yang amat ketara sekali (termasuk akulah tuh..huhuhu). xpe..don't wori bebeh... insyaAllah, pertambahan berat badan itu akan berkurangan pas bersalin nanti. xturun banyak, turun sikit pun jadilah
kan.. janji ada gak penurunan.. huhuhu..

sekadar gambar hiasan...kuikuikui

acu meh kita baca tang mana kat body mak yong yang ada berkembang dengan jayanya:

Dagu


tahukah anda kita mendapat berat di kawasan leher dan dagu semudah kita mendapat berat berlebihan pada paha dan pinggang. Selain itu, leher anda juga sangat sensitif terhadap graviti, jadi tidak hairanlah apabila semasa hamil makanan yang anda indamkan itu membuatkan anda berleher dua. Berita baik? sebenarnya pada bahagian leher inilah bahagian pertama yang akan kehilangan berat kelak.

Lengan

berat akan bertambah pada bahagian bawah lengan - seperti mabuk hamil dan sembelit, ianya menjadi kebiasaan terhadap wanita yang sedang hamil. Hormon plasenta menggalakkan anda menyimpan lemak supaya bayi anda mendapat nutrien yang diperlukan dan and juga mendapat kalori yang mencukupi dalam penghasilan susu badan (yang terdiri daripada 50% lemak).

Perut

Purata berat bayi adalah tujuh setengah paun pada kelahiran, manakala purat berat plasenta adalah satu setengah paun, di mana bendalir amniotik yang boleh menajdi dua paun beratnya. Dinding rahim boleh menjadi dua paun beratnya. Dinding rahim menebal semasa beberapa bulan pertama tempoh kehamilan akibat penghasilan oestrogen dan progesteron yang berpusu-pusu. Kemudian itu, apabila bayi dan plasenta membesar, diding akan menjadi semakin nipis dan meregang sehingga 100 x saiz normalnya. Ini biasanya adalah lebih kurang dua paun tambahan berat.

Paha

Kita memang biasanya akan bertambat berat pada bahagian paha dan pinggul tetapi anda harus tahu bahawa ianya bukan hanya lemak yang berada di sini. Anda juga akan menghasilkan lebihan tiga hingga empat paun darah semasa kehamilan, di mana ianya akan hilang sejurus selepas kelahiran.(hok nih...lemak memang payah nak ilang..degil betul..)

Punggung

Badan anda memerlukan tambahan tujuh atau lebih paun lemak dan protein utnuk memastikan bayi sihat dan membesar dengan baik. Malangnya, untuk kebanyakan wanita, ianya akan tersimpan di bahagian punggung.(ehh...cam akulah nih..)

Payudara

Ini merupakan satu kawasan pada tubuh anda di mana anda dan pasangan anda kemungkinan tidak kisah jika ianya membesar! anda boleh menjangka untuk menambah dua paun berat lebihan pada tisu payudara, di mana ianya bukan setakat akan memberatkannya namun payudara anda akan kelihatan anjal.
Buku Lali

Buku lali yang sedang bengkak adalah satu kebiasaan semasa anda berada di trimester yang ketiga kerana tekanan uterus yang sedang membesar yang diberikan di urat-urat pelvis. Ini biasanya akan mengakibatkan sebanyak empat paun bendalir lebihan yang akan hilang selepas anda melahirkan bayi. Malahan, anda juga akan sentiasa mahu membuang air kecil atau berpeluh dengan banyak semasa beberapa hari sebelum menjadi seorang ibu.

sumber Majalah Mami&Baby, Oktober 2009

4 comments:

Zimah said...

nnti breastfeed bleh turun berganda² berat tu..mcm sy skrg ni..b4 bersalin 77.2kg..skrg ni dah jd 58kg..haa..kurus tau...

**psst..mcm tu kenal tudung tu..comel..

nn said...

zimah:hehehe...insyaAllah....mak aih...kurusnya kamu...jeles ai...

psst... shuuuuu...dendiam jer...hehehe

MuMMy 2 Haqq said...

apesal ko ngandung muke tak tembam hah? kalo aku mcm di pam2.

nn said...

mummy2haqq: orang yang 'cantek' mmg menten jer...hahahahaha... tang muka menten tapi cuba tgk tang montot...hahaha..bagai dipam2 okey...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails