petikan daripada Utusan Malaysia, m/s 19, Rabu 7 April 2010.
CHICAGO 6 April - Nyawa lebih 900 bayi mampu diselamatkan setiap tahun termasuk berbilion-bilian dolar, sekiranya 90 peratus wanita AS menyusukan anak mereka untuk tempoh enam bulan pertama, demikian menurut analisis kos.
Keputusan mengejutkan itu yang disiarkan di Internet dalam jurnal Pediatrik semalam, bagaimanapun hanya merupakan satu jangkaan.
Namun, beberapa pakar yang meneliti analisis itu menyatakan bahawa kaedah dan hasil keputusan itu boleh diterima pakai.
"Sistem penjagaan kesihatan perlu sedar bahawa menyusukan bayi mampu mewujudkan satu perubahan besar," menurut Dr. Ruth Lawrence, yang mengetuai bahagian penyusuan bayi di Akademi Pediatrik Amerika.
Kajian itu menyatakan bahawa penyusuan bayi boleh membantu menghalang beratus kes kematian dan pelbagai masalah kesihatan lain yang menelan belanja besar setiap tahun.
Ini termasuk jangkitan virus di perut, jangkitan telinga, asma, kencing manis peringkat kanak-kanak, Sindrom Kematian Mengejut Bayi serta leukemia.
Manfaat kesihatan yagn diperolehi daripada penyusuan bayi dilihat kurang dihargai, menurut Dr. Melissa Bartick, pakar perubatan dewasa dan pensyarah di Sekolah Perubatan Harvard.
Sesetengah pihak menganggap penyusuan bayi sebagai satu pilihan gaya hidup, namun Batrick menyatakan bahawa ia adalah sebagai satu isu kesihatan awam.
Antara manfaatnya ialah susu badan mengandungi antibodi yang membantu bayi melawan jangkitan.
Malah, ia juga boleh meningkatkan paras insulin di dalam darah, yang mana bayi yang diberi susu bada kurang terdedah kepada penyakit kencin manis dan obesiti.-APKeputusan mengejutkan itu yang disiarkan di Internet dalam jurnal Pediatrik semalam, bagaimanapun hanya merupakan satu jangkaan.
Namun, beberapa pakar yang meneliti analisis itu menyatakan bahawa kaedah dan hasil keputusan itu boleh diterima pakai.
"Sistem penjagaan kesihatan perlu sedar bahawa menyusukan bayi mampu mewujudkan satu perubahan besar," menurut Dr. Ruth Lawrence, yang mengetuai bahagian penyusuan bayi di Akademi Pediatrik Amerika.
Kajian itu menyatakan bahawa penyusuan bayi boleh membantu menghalang beratus kes kematian dan pelbagai masalah kesihatan lain yang menelan belanja besar setiap tahun.
Ini termasuk jangkitan virus di perut, jangkitan telinga, asma, kencing manis peringkat kanak-kanak, Sindrom Kematian Mengejut Bayi serta leukemia.
Manfaat kesihatan yagn diperolehi daripada penyusuan bayi dilihat kurang dihargai, menurut Dr. Melissa Bartick, pakar perubatan dewasa dan pensyarah di Sekolah Perubatan Harvard.
Sesetengah pihak menganggap penyusuan bayi sebagai satu pilihan gaya hidup, namun Batrick menyatakan bahawa ia adalah sebagai satu isu kesihatan awam.
Antara manfaatnya ialah susu badan mengandungi antibodi yang membantu bayi melawan jangkitan.
p/s : alhamdulillah..hingga ke hari ini, saya masih lagi memberi susu badan kepada aimy. amat puas hati bila dapat melihat anak membesar hasil dari susu badan ibunya sendiri.
No comments:
Post a Comment