klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Friday, May 21, 2010

sana sini ada air...

petang semalam hujan lebat menyiram bumi Putrajaya dan kawasan sekitarnya dengan lebat sekali. kut hujan saje xpe gak, tapi nih disertai dengan guruh/kilat..erkk...seram sejuk dibuatnya. kalo ada guruh/kilat nih, musti teringatkan anak2 nak pulak si arissa ngan aimy tuh. harap2 diaorang xmenangis kerana terkejut.huhuu..

waktu balik makin hampir, tapi hujan xmenunjukkan tanda mau berenti, makin lebat adalah. hmm... camne nak balik nih yea. nak tepon teksi, conpom teksi xde. hmmm...nak xnak kena redah jugaklah hujan nih tuk tunggu bas. nape sanggup meredah hujan?hmmm...ini kerana target masa mau sampai rumah sebelum kul 6 petang. nape pulak?yea...saya mau amik anak dara 2 orang tuh sebelum kul 6 supaya xkena caj OT.

masa on de way balik (dalam bas), hmm...boleh dikatakan sepanjang jalan nampak air bertakung (bukan 100% yea). yang lagi haru, bila belakang bangunan KBS tuh, banjir kilat. nak pulak ada keta yang xboleh bergerak cos sudah separuh ketenya ditenggelami air (oo...xsempat nak snap gambo tuk dijadikan bahan bukti). dan2 tuh gak, tepon membe yang masih lagi lepak di opis supaya jangan ikut laluan tuh..

lalu di Presint 16 pula..wah..air banyak bertakung. hmmm....nak salahkan siapa yea?nak salah pihak PBT? apsal pulak? hmmm...salahkan diri sendiri bagi mereka yang suka membuang sampah merata tempat. kerana sampah2 yang anda buang merata tuhlah menyebabkan banjir kilat/air takung berlaku. hmm..perlu ke dijelaskan kenapa/mengapa/bagaimana? rasanya xperlu dijelaskan kerana memasing ada pergi sekolah. lu pikirlah sendiri... lalalala......

sekian.


1 comment:

m4rilyn said...

ye saya sangat stuju..salahkan diri sendiri sbb masyarakat kita ramai yang sangat xsedar n buat2 xsedar pasal hal nie.

kl pun ujan gak,semalam n 2 hari lepas..ribut lg tu..scarry!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails