Dimaklumkan bahawa Putrajaya akan menjadi lokasi kepada F1 Grand Prix Street Demo anjuran Sepang International Circuit (SIC) dan Team Lotus pada 2 April 2011, mulai jam 10 pagi sehingga 6 petang bertempat di Dataran Putrajaya, Persiaran Perdana,Presint 3, Putrajaya.
Saksikan kemunculan pelumba-pelumba Team Lotus 2011 iaitu Jarno Trulli, Heiki Kovalainen dan Alexander Rossi beraksi membuat pertunjukan memandu kereta F1 mereka di Dataran Putrajaya dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti persembahan kereta Lotus, Supermotorad dan Powerboard Stunt Show dan Pameran produk F1 Team Lotus. Di samping itu juga, tiket-tiket F1 Grand Prix Sepang yang akan diadakan pada 8-10 April nanti turut akan diberikan kepada para pengunjung bertuah yang hadir menyaksikan acara ini!
Semua di jemput hadir! Masuk Percuma!
p/s: copy dari emel opis jer nih..
No comments:
Post a Comment