klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Friday, April 15, 2011

Rotavirus

Assalamualaikum w.b.t


Si manja kerap membuang air besar atau lebih tepat lagi mengalami cirit-birit, perkara ini jangan diambil mudah. Kerana adakalanya ia berlarutan sehingga beberapa hari hingga membawa kepada kemudaratan kesihatan dan masalah-masalah lain. 

"Cirit-birit di kalangan kanak-kanak dan bayi boleh menyebabkan malnutrisi. Malah di negara-negara membangun, ia boleh menyebabkan kematian dan morbiditi," kata Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya (SDMC), Dr. Khoo Paik Choo. 

Menurutnya, merujuk kepada fakta yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar tahun 2000 hingga 2003 sebanyak 10.6 juta kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak berusia kurang lima tahun adalah disebabkan cirit-birit. 

Ia merangkumi 18 peratus iaitu kedua tertinggi selepas pneumonia.  Biasanya bayi yang kerap membuang air besar atau najisnya sedikit cair tidak menjadi masalah. Namun, jika ia berlanjutan dengan kerap dan lebih cair, ia adalah cirit-birit. 

Menurutnya, cirit-birit merupakan masalah gastroenteritis. Ia boleh disebabkan jangkitan parasit, bakteria atau viral seperti rotavirus. Namun, cirit-birit di kalangan bayi juga boleh disebabkan oleh antibiotik, alahan kepada susu atau makanan atau pun pengurangan aliran darah ke intestin (jarang berlaku). 

"Rotavirus paling merbahaya dan semakin kerap berlaku ketika ini," kata Dr. Khoo. 

Merujuk kepada data WHO katanya, dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi sedunia disebabkan oleh rotavirus. 

Secara global , sebelum umur lima tahun, lebih 95 peratus kanak-kanak menderita penyakit rotavirus. Malah katanya di negara-negara membangun, cirit-birit dan muntah akibat rotaviral membunuh kanak-kanak hampir setiap minit. 

Merujuk kepada data Kementerian Kesihatan Malaysia antara 1999 hingga 2000, dianggarkan satu daripada 37 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dirawat sebagai pesakit luar akibat rotavirus. Manakala satu daripada 67 ditahan dalam wad sementara satu daripada 15,000 berdepan dengan kematian. 

Bayi berusia antara tiga hingga 24 bulan adalah golongan yang paling mudah terjejas oleh rotavirus dan 71 peratus daripada kejadian jangkitan ini berlaku dalam usia tahun pertama.

sumber : www.simedarbyhealthcare.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails