Assalamualaikum w.b.t
Hari ini ( 27 Mei 2011) sehingga Ahad (29 Mei 2011), Putrajaya akan dibanjiri dengan belia-belia yang bersemangat waja untuk menyambut Hari Belia 2011 Peringkat Kebangsaan. lokasi utama adalah di sepanjang Dataran Perdana, dari Presint 1 sehinggalah ke Presint 4 ato dalam erti kata lain dari Masjid Putra hinggalah ke Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS). jalan2 di kawasan ni dah banyak ditutup menyebabkan para pekerja di sekitar kawasan nih menjadi kelamkabut tuk datang ke opis. yealah... selalunya dari rumah ke opis amek masa lebih kurang 5 minit (dari Pr. 18), tetiba hari nih, mau jadi 15 minit agaknya. haru kan.. ninironna pulak dari Pr. 14. sebelum kuar rumah dah mula bayangkan jalan mana yang perlu dilalui untuk ke opis bagi mengelakkan kesesakan lalulintas dan tidak lambat sampai opis. alhamdulillah, tadi sampai opis seperti biasa walopun kuar rumah agak lambat dari biasa.
hari ni semangat tuk buat keje agak kureng cos lebih suka duk kat tingkap memerhatikan belia-belia membuat pelbagai aktiviti. tempat ninironna nih mengadap ke Masjid Besi, jadinya bolehlah skodeng aktiviti2 yang ada dekat area masjid. ramai betul ahli pengakap muda berkhemah di sekitar kawasan masjid. kebanyakkannya adalah pelajar2 sekolah.berderet bas berhenti di sepanjang jalan depan masjid tuk menurunkan pelajar2 tuh. semoga semuanya bergembira dan dapat pengalaman baru.
huhuhu...entry nih xde gambo yea. maklumlah, hp sementara nih xde kamera. tensennye bila buat entry tapi xde gambo. xmenarik langsung. xpela... sabo jerlah yang boleh ninironna buat ketika ini. kalo ada rezeki nanti, bolehlah beli smartphone pulak.heheheh...
sekian...
No comments:
Post a Comment