KOKO bukan sahaja enak dan lazat diambil sebagai makanan dan minuman, tetapi ia juga dianggap 'komoditi' berharga untuk kesihatan.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa koko mengandungi pelbagai khasiat tersembunyi termasuk mampu mengurangkan darah tinggi serta kolesterol malah lebih menarik, ia juga untuk awet muda.
Sebagai tanaman pertanian semulajadi, produk koko yang dihasilkan dari bijinya telah melalui proses-proses tertentu tanpa dicampurkan sebarang bahan tambahan.
Kajian telah membuktikan bahawa asid stearik dalam koko tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol di dalam darah selain mendapati lemak koko juga mengandungi 38.2 peratus asid oleric iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.
Manakala serbuk koko yang dihasilkan dengan lemak koko juga mengandungi pelbagai zat seperti lemak, protein, karbohidrat, vitamin A,B,D dan E yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Kebanyakan produk-produk seperti minuman koko, coklat dan konfeksioneri dihasilkan melalui cmapuran produk separa proses koko dengan bahan-bahan lain seperti susu dan gula.
Antara khasiat koko:
- sebagai sumber tenaga : Koko merupakan bahan makanan berasaskan tumbuhan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, mineral semulajadi dan vitamin yang diperlukan sebagai sumber untuk proses tumbesaran dan menyumbang kepada keperluan tenaga harian.
- kaya dengan bahan mineral : mengandungi bahan mineral seperti magnesium, copper, potassioum, sodium, calcium, iron, phosphorus dan zinc yang mempunyai peranan penting dalam fungsi fisiologi tubuh manusia.
- sumber vitamin : Koko adalah sumber vitamin E dan B-kompleks (thiamine, riboflavin dan niacin), lemak koko mengandungi vitamin A dan E, manakala coklat susu mengandungi tambahan vitamin iaitu riboflavin dan vitamin B12.
- berupaya mengawal kerosakan sel dan tisu badan : koko kaya dengan flavanoids iaitu sejenis bahan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan akibat serangan radikal bebas. antara kesan serangan radikal bebas ialah penyaki jantung, barah dan proses penuaan. Kajian menunjukkan amalan memakan produk koko dan coklat boleh mengurangkan risiko penyakit tersebut.
- mampu mengawal kerosakan gigi : percaya atau tidak, koko mengandungi tannin dan polifenol yang berupaya menghalang pembiakan bakteria streptococcus mutans dan streptococcus sanguis yang menyebabkan kerosakan gigi dan mempunyai fungsi antibakteria terhadap micrococcus luteus dan S.aureus yang terdapat pada kulit manusia.
- kaya dengan antioksidan : lemak koko mengandungi 34-36 peratus asid oleic yang boleh berfungsi sebagai perapi, 31-35 peratus asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.
- bukan penyebab penyakit jantung : coklat bukan penyebab penyakit jantung kerana lemak koko yangterdapat di dalam coklat mengandungi asid stearik yang tidak memberi kesan ke atas kandungan kolesterol dalam darah manakala asid oleic pula berupaya menurunkan tahap kolesterol dalam darah, oleh itu memakan coklat bukan faktor penyebab penyakit jantung.
- mampu menurunkan tekanan darah : coklat hitam yang mengandungi kandungan serbuk koko yang tinggi dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.
- meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan : kajian menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa polifenol dapat menghalang perubahan sikap emosi di bawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.
- melambatkan proses penuaan : kajian yang dijalan oleh Jabatan Epidemiology dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklar. Ini menunjukkan wujudnya polifenol sebagai antioksida di dalam coklat
sumber : Utusan Malaysia, Khamis, 27 Oktober 201
No comments:
Post a Comment