RAKYAT MALAYSIA TERANCAM!
DIABETES
1 DARIPADA SETIAP 7 ORANG DEWASA MENGHIDAPI DIABETES *
Diabetes merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf, buta dan gangrene kaki.
* sumber : tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-3 Tahun 2006,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Jenis-jenis Diabetes atau kencing manis
1. Diabetes Jenis 1
- juga dikenali sebagai Diabetes awal remaja
- boleh hidup normal selagi menerima suntikan insulin, tetapi boleh maut jika tidak mendapat insulin dalam
tempoh yang agak singkat
- Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja
- mereka yang berisiko menghidap Diabetes jenis 1 adalah serangan sistem imunisasi sendiri ( autoimmune),
genetik, dan alam sekeliling.
2. Diabetes Jenis 2
- juga dikenali sebagai Diabetes peringkat permulaan dewasa
- Diabetes jenis 2 ini biasanya bermula dengan kerintangan insulin yang mana badan tidak menggunakan
insulin dengan berkesan
- biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk, terencat ketahanan glukos, keturunan atau
bangsa dan kurang bersenam
- Diabetes jenis 2 juga semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia
3. Diabetes ketika hamil (gestational Diabetes)
- Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukosa yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika
mengandung
- sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian
- juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan penghidap Diabetes
- wanita yang mengalami Diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20 peratus hingga 50 peratus menghidap
Diabetes dalam tempoh lima hingga 20 tahun
(antara penyakit yang mak yong gerunkan ketika hamil..)
4. lain-lain jenis Diabetes
- terdapat Diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat pemakanan, jangkitan, dan penyakit lain.
-Diabetes bentuk lain membentuk 1 peratus hingga 5 peratus daripada semua penyakit kencing manis
yang dikenal pasti.
Adakah anda berisiko?
Anda mungkin merupakan calon utama untuk mendapat serangan Diabetes jika anda...
~ mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap Diabetes
~ berlebihan berat badan atau obes (BMI>23.0 kg/m2)
~ menghidap hipertensi
~ mempunyai tahap kolesterol yang tinggi
~ gaya hidup yang sendentari atau tidak aktif
~ bagi wanita yang mempunyai sejarah Diabetes semasa mengandung (atau gestational diabetes)
- sumber : Utusan Malaysia, Isnin 14 November 2011, muka surat 7
No comments:
Post a Comment