KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
ditangguhkan bagi membolehkan satu semakan semula dan perbincangan
dengan pihak yang berkaitan diadakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak.
Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata penangguhan itu bertujuan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan pihak tertentu berkaitan pelaksanaan SBPA.
"Selepas semakan semula itu dimuktamadkan, SBPA akan berkuatkuasa mulai 1
Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya.
Najib berkata, penangguhan itu diputuskan Jemaah Menteri semalam.
"Semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini," katanya. - BERNAMA
Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata penangguhan itu bertujuan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan pihak tertentu berkaitan pelaksanaan SBPA.
"Semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment