DENGAR saja anak selesema kemudian hidung berair, badan panas serta
batuk, pasti kelam kabut ibu bapa membawa anak ke klinik untuk
mendapatkan rawatan.
Keadaan itu boleh dikatakan tergolong dalam ‘sakit biasa’ namun, apa yang tidak seronok didengar apabila dianggarkan 70 peratus hingga 80 peratus kanak-kanak Malaysia tidak dilindungi daripada penyakit pneumokokal. Keadaan ini nyata sesuatu yang amat membimbangkan.
Penyakit pneumokokal adalah sekumpulan penyakit kompleks disebabkan bakteria Streptokokus pneumoniae (pneumokokus) yang menyebab�kan jangkitan bakteremia atau sepsis (jangkitan bakteria dalam darah), meningitis (jangkitan selaput otak dan saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru-paru) dan otitis media iaitu jangkitan telinga tengah.
Jangkitan penyakit pneumokokal ini terus meningkat di seluruh dunia dan Asia Tenggara mencatat kes serta angka kematian paling tinggi.
Justeru, satu kempen Sasarkan Liputan Lebih Luas, Semudah ABC dilancarkan bagi menyeru masyarakat terutama ibu bapa supaya menyatakan sokongan bagi memasukkan vaksin berkonjugat pneumokokal (PCV) ke dalam Program Pelalian Negara (NIP).
Kempen ini adalah kerjasama antara Pfizer Malaysia dan Persepakatan Strategik Asia untuk Pencegahan Penyakit Pneumokokal (ASAP) serta portal asuhan iaitu Parenting2u, Pitter Patter dan SJ Echo.
Ia dilancarkan pada Jun 2011 untuk menyemai kesedaran terhadap penyakit ini dan menekankan hakikat bahawa ia boleh dicegah melalui pelalian.
Sebagai lanjutan kepada kempen ini, Gabungan Ibu Bapa ABC ditubuhkan untuk mendapatkan sokongan daripada ibu bapa di Malaysia bagi menyokong kemasukan PCV ke dalam NIP.
Matlamat utama kempen adalah untuk menerapkan kesedaran terhadap bahaya penyakit pneumokokal dan mendapatkan sokongan ibu bapa bagi menangani penyakit yang boleh membawa maut di kalangan kanak-kanak terutama bagi mereka yang berusia di bawah lima tahun.
Menurut Ahli Gabungan Ibu Bapa ABC, Dr Low Kok Thye, pada 2009 dianggarkan 900,000 kanak-kanak seluruh dunia berusia antara sifar hingga lima tahun menghidap pneumokokal.
Katanya, keadaan ini amat membimbangkan kerana selain membawa maut jangkitan ini juga boleh menyebabkan kanak-kanak terbabit mengalami kehilangan upaya walaupun selepas sembuh daripadanya.
“Pengambilan suntikan PCV ini sangat penting bagi kanak-kanak untuk memastikan sistem pertahanan badan mereka lebih efektif terutama apabila berhadapan dengan bakteria berbahaya terbabit.
“Ramai beranggapan suntikan ini hanya sebagai pilihan, tetapi apa yang pasti pengambilannya memberikan banyak manfaat terhadap kesihatan kanak-kanak terbabit memandangkan tubuh mereka masih membentuk sistem imunisasi tersendiri sepanjang tumbesaran,” katanya ketika ditemui di Persatuan Kebajikan Ti-Ratana, Desa Petaling, baru-baru ini.
Kebiasaannya jangkitan penyakit ini berlaku kepada kanak-kanak berusia di bawah umur lima tahun, kanak-kanak yang ditinggalkan di pusat jagaan harian, mereka yang memiliki sistem imun yang lemah serta mereka yang menghidap penyakit kronik sama ada kencing manis, jantung, paru-paru, buah pinggang ataupun masalah hati.
Di samping itu, katanya, seiring dengan tumbesaran mereka jumlah dos suntikan yang dikenakan turut berubah iaitu jika dimulakan seawal usia dua bulan hingga enam bulan, suntikan sebanyak empat kali perlu diambil.
“Jika bermula pada usia tujuh bulan hingga 11 bulan pula, jumlah suntikan adalah tiga kali manakala 12 bulan hingga 23 bulan dua kali dan jika hanya bermula pada usia dua tahun dan ke atas, hanya satu suntikan diperlukan.
“Keadaan ini disebabkan tubuh mereka sudah mula membina sistem imun tersendiri untuk melawan sebarang jangkitan namun ia masih memerlukan bantuan tambahan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya mengajar anak mereka faktor asas kebersihan diri yang perlu dijadikan sebagai amalan harian sama ada di rumah ataupun di tempat jagaan harian.
“Basuh tangan dengan bersih terutama selepas keluar dari tandas, sebelum makan ataupun apabila memegang sesuatu yang tidak bersih.
“Malah, penjaga di pusat jagaan juga perlu diberikan maklumat asas mengenai penjagaan kebersihan terutama pabila berhadapan dengan ramai kanak-kanak,” katanya.
Seramai 47 kanak-kanak diberikan suntikan PCV dengan perlindungan paling luas secara percuma. Hadir sama sebagai tanda sokongan terhadap kempen ABC ini ialah selebriti popular, Daphne Iking, Sazzy Falak dan Aishah Sinclair.
Turut sama berkongsi pengalaman sebagai ibu, Daphne berkata, apabila melahirkan anak pertama sebelum ini dia diberikan pelbagai maklumat mengenai jadual suntikan yang diperlukan dan berasa amat teruja untuk memastikan kesihatan anak terjaga.
“Malah, apabila melahirkan anak kedua saya masih disediakan dengan pelbagai risalah mengenai manfaat yang diberikan pelbagai vaksin bagi menjaga kesihatan anak yang masih kecil.
“Saya terfikir kenapa ia tidak dijadikan sesuatu yang wajib memandangkan kesannya kepada anak anda sekiranya tidak mendapatkan suntikan terbabit cukup ‘mengerikan’,” katanya.
Bagi Aisyah, penting untuk mendapatkan imunisasi diperlukan anak memandangkan mereka masih kecil dan belum mampu untuk mengatasi jangkitan dengan sendiri.
“Sistem imun mereka masih belum mampu melawan sebarang jangkitan berbahaya dan hanya akan meningkat bersesuaian dengan usia.
“Oleh itu, penting untuk membantu anak mendapatkan bantuan tambahan bagi memastikan kesihatan mereka terjamin dan tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya,” katanya.
Sementara itu, Sazzy tidak menafikan, bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan suntikan tambahan itu boleh dikatakan agak mahal terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan.
“Tetapi jangan menganggap ia bukan satu kemestian. Pandangan sebegini tidak betul dan ia perlu diubah bagi keselamatan dan kesejahteraan bersama anak,” katanya.
Di samping itu, dengan bimbingan pakar perubatan ASAP, Gabungan Ibu Bapa ABC merancang untuk melancarkan satu kajian penyelidikan yang akan menyediakan data kuantitatif dan kualitatif bagi mengenal pasti kesan emosi dan kewangan yang dibawakan penyakit ini.
Penyelidikan ini akan mengumpul data kuantitatif tertentu yang menunjukkan beban kewangan ditanggung bagi merawat penyakit terbabit di samping beban emosi yang terpaksa diharungi keluarga.
Ini disebabkan kesan yang dihadapi bekas pesakit ini tidak dapat dilihat dengan segera sebaliknya ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya antaranya seperti pekak, kekurangan upaya untuk berjalan, masalah bertutur ataupun belajar seperti kanak-kanak normal lain.
Kempen ini boleh disertai dengan menandatangani ikrar di laman www.abc4pneumococcal.com.

No comments:
Post a Comment