klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Monday, February 20, 2012

Cuepacs Minta Beri Perhatian Kepada Petugas Lama Pelaksana Gred-17 SBPA

KUALA TERENGGANU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat memberi perhatian kepada kumpulan pekerja lama dalam kumpulan pelaksana Gred-17 skim Saraan BaruPerkhidmatan Awam (SBPA).

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya menyarankan kumpulan itu dinaikkan ke satu gred yang lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada petugas-petugas berkenaan.

Katanya perkara ini perlu dikaji supaya kedudukan mereka yang berkhidmat lama dengan kerajaan diambil kira dan mengiktiraf apa-apa sijil kemahiran dan teknikal untuk tujuan kenaikan pangkat sehingga ke Gred-21.

"Sekarang ini kalau kita lihat, kerajaan hanya beri satu kenaikan saja kepada mereka yang berkhidmat (dengan kerajaan) hingga 30 tahun atau 35 tahun, iaitu sama dengan orang baru yang dinaikkan pangkat ataupun baru saja berkhidmat empat atau lima tahun.

"Dalam SPBA sekarang, mereka yang ada sijil diberi kenaikan kepada Gred T8. Tetapi yang sudah lama berkhidmat pula tidak berpeluang kerana mereka tidak dapat pengiktirafan...sedangkan mereka juga mempunyai sijil yang sama," katanyakepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada satu majlis penerangan bersama Kesatuan Kakitangan Sokongan Jabatan Perikanan Terengganu di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng.

Sehubungan itu Azih berkata Cuepacs juga mahu lapisan gred kumpulan pelaksana untuk kenaikan pangkat ditambah kerana ketika ini jumlahnya adalah terlalu sedikit dan berharap perkara ini dikaji semula sewajarnya.

"Kita juga mahu menekankan apa yang disentuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 mengenai penyelarasan kenaikan gaji dari tujuh hingga 13 peratus sebenarnya tidak langsung berlaku.

"Ini kerana sebilangan besar penjawat awam sebenarnya tidak menerima kenaikan sehingga tujuh peratus, tetapi cuma menerima sehingga empat peratus sahaja," katanya.

Selain itu katanya, Cuepacs masih komited memperjuangkan lima fokus utama berhubung SBPA dan berharap perkara tersebut dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Lima tuntutan Cuepacs itu ialah :
1.  Mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; 
2. Mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); 
3. Mengkaji semula tangga gaji maksimum; 
4. Menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
5. Menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

-BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

[url=http://aluejxfttk.com]GkZHJjASsc[/url] , CTmcitKfGP - http://iluubcb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails