klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Tuesday, February 28, 2012

Vena Varikos

Vena Varikos nama glamornya. nama popularnya pulak ialah Urat Bersimpul. sering berlaku masa mengandung.

meh baca info pasal nih.

Punca-puncanya:

~ hormon melembutkan pembuluh (Vena) di kaki dan faraj anda. Bagitu juga bayi yang membesar di dalam kandungan menambah tekanan ke atas Vena tersebut. Vena Verikos cenderung menjadi lebih teruk selepas beberapa kehamilan. Satu jalinan salur darah yang berdekatan dengan kulit akhirnya bersimpul dan kelihatan berwarna biru, merupakan tanda-tanda berlakunya gejala ini.

Langkah Pencegahan:

~ amalkan diet yang baik, makanlah makanan yang mengandungi banyak vitamin kemudian berjalanlah untuk memperbaiki peredaran darah anda. Ketatkan dan longgarkan lutut anda secara berselang seli ketika duduk. Pindahkan dari kaki kiri ke kaki kanan atau sebaliknya apabila anda terpaksa berdiri lama. Elakkan tekanan daripada pakaian yang ketat seperti pakaian jeans, stoking dan daripada menyilang kaki atau keting. Sebagai panduan umum, jangan berdiri sekiranya anda dapat duduk dan berbaringlah apabila berpeluang. Sekiranya berat badan anda berlebihan mintalah cadangan diet yang sesuai kepada doktor.

Penawarnya:

~ gunakanlah langkah-langkah penghindaran untuk menghentikan masalah anda. Naikkan kaki anda apabila berkesempatan. Untuk lebih baik lagi, tinggikan paha dan kaki di atas bantal. Vena Verikos pada vulvu akan hilang selepas kelahiran bayi, sedangkan pada kaki ia akan bertambah baik apabila hormon berkurangan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails