Marilah kita renung-renungkan dan selamat beramal.. :)
sumber: FB Ustaz DON
1. Aku berjanji pada hari ini akan menjadi hamba Allah yang taat- Aku dengar dan aku patuh.
2. Pada hari ini aku hapuskan segala kemarahan yan gada melainkan marahku apabila Allah marah terhadap perbuatan mungkar.
3. Pada hari ini aku akan menghapuskan kebimbangan dan kerisauanku kerana semuanya Allah telah Qada Qadarkan semuanya adalah baik untukku
4. Pada hari ini aku akan sentiasa memanjatkan syukur pada Allah dan berterima kasih pada manusia kerana Allah akan tambahkan nikmat atasku.
5. Mulai hari ini aku bebaskan segala tekanan yang aku rasa kerana dengan mengingati Allah hati ku menjadi tenang dan tenteram.
6. Pada hari ni aku akan melakukan kerja dengan amanah dan jujur kerana inilah sifat para nabi.
7. Pada hari ini aku akan melakukan kebaikan dan menyayangi pada semua orang di sekelilingku.
(Lakukan lafaz ini sambil resapkan di dalam hati dengan memahaminya apa yang anda sebut selama 30 hari dan anda akan dapati suatu perubahan yang hebat berlaku pada diri anda kerana anda menjana tenaga getaran emosi positif di dalam dan di luar diri anda. INSYA-ALLAH.)
sumber: FB Ustaz DON
No comments:
Post a Comment