Isu artis luar yang dibangkit oleh Zed Zaidi, kini Presiden Persatuan
Seniman Malaysia (Seniman) serta status permohonan Taraf Penduduk Tetap
(PR) selama ini menjadi dua cerita yang saling berkait dengan Aaron
Aziz. Namun, perkara itu barangkali bukanlah lagi satu beban yang
merunsingkan buat Aaron. Persoalan tentang status PR Aaron yang selama
ini dibangkitkan bukan lagi satu tanda tanya.
Bercakap kepada Sensasi Bintang, kata Aaron mengesahkan dia dan isterinya kini pemegang MyPR.
"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak
menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir,
perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak
yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu
kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.
"Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya
ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak," akui Aaron setelah
meneliti semula gambar kiriman e-mel sebelum memberikan keterangan
lanjut.
Ditanya mengenai proses permohonan PR olehnya yang cepat mendapat
kelulusan kerajaan Malaysia, Aaron menyerahkan perkara itu kepada pihak
KDN untuk memberikan penjelasan.
"Saya tidak rasa cepat atau lambat kelulusan permohonan itu akan
menjadi satu isu. Saya tiada hak untuk bercakap tentang rasional atau
alasan bagaimana permohonan saya diluluskan. Mungkin saya telah
menepati syarat yang ditetapkan," katanya.
credit to bulanpurnama89

2 comments:
mudahnya bagi PR....
Visit This Link best replica bags online check my source Ysl replica bags Resources buy replica bags online
Post a Comment