klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Tuesday, July 10, 2012

BIG BOS YANG BAHARU...

Tan Sri Aseh Che Mat
PUTRAJAYA : Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Aseh Che Mat dilantik sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ) yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Beliau menggantikan Tan Sri Samsudin Osman yang menyandang jawatan sebagai Presiden PPJ kedua selama 8 tahun sejak 1 Ogos 2004. Kontrak Samsudin akan tamat pada 31 Julai ini.
"Perlantikan Tan Sri Aseh untuk menerajui Putrajaya diharap dapat meneruskan kecemerlangan yang telah dibawa oleh Tan Sri Samsudin sehingga menjadikan Putrajaya, bukan sahaja sebagai sebuah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ketika ini, malah dikenali di mata dunia menerusi pelbagai penganjuran acara berprestij dan bertaraf dunia," katanya dalam satu kenyataan Isnin.
Raja Nong Chik berkata beliau yakin pengalaman luas Aseh, 61, dalam hal-ehwal keselamatan sepanjang berkhidmat dalam kerajaan, terutama di KDN, mambolehkan beliau melaksanakan tugas baharu itu dengan lebih berkesan.
Beliau turut merakam penghargaan dan terima kasih kepada Samsudin yang membawa Putrajaya ke landasan yang tepat dan mewujudkan pelbagai ikon tersendiri untuk bandar pintar hijau serta dikenali dunia. - BERNAMA

 

p/s: kalau dah big bos baharu, musti akan berlaku perubahan dalam sistem pengurusan. xbanyak perubahan, sikit musti ada punya. apapapun.. think positive and be positive. WELCOME TAN SRI... :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails