klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Monday, July 23, 2012

Bonus : CUEPACS sambut baik

KUALA LUMPUR 22 Julai - Kongres Kesatuan Pekerja -Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan permintaan bonus kakitangan awam sebelum aidilfitri.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, peningkatan hasil pendapatan negara dan keadaan ekonomi semakin baik sejak kebelakangan ini dilihat mampu memenuhi tuntutan bonus yang dikemukakan pihaknya minggu lalu.

"Walaupun dunia sedang berdepan masalah kegawatan ekonomi, namun ia tidak berlaku di Malaysia kerana kebijaksanaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang berjaya menangani perkara tersebut.

"Sekiranya kerajaan memberikan bonus kepada 1.4 juta kakitangan awam, ia bakal merancakkan ekonomi negara dengan kelancaran aliran wang tunai apabila ia dibelanjakan untuk persiapan Aidilfitri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan kemampuan kewangan negara sebelum memutuskan mengenai permintaan bouns kakitangan awam bersempena Aidilfitri.

Tuntutan bonus itu diputuskan dalam mesyuarat CUEPACS pada 16 Julai lalu yang antara lain meminta kerajaan memberikan sagu hati kepada pesara-pesara bersempena perayaan tersebut.

sumber : Utusan Malaysia, 23 Julai 2012

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails