klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Monday, October 22, 2012

program cuti sekolah akhir tahun untuk afiff

 hihihi... Ahmad Afiff Aiman... cuti sekolah kali nih, awak dah xboleh nak bersenanglenang yea. buat pertama kalinya, ibu daftarkan kamu untuk menyertai Kem Tahfiz Al-Quran dan Pemantanpan Kefahaman Fardhu Ain anjuran Kelab Masjid Tuanku Mizan. dua minggu punya program. fuhhh.. lega ibu. xdelah kamu akan mengadap laptop main games jer. 

pagi tadi ibu dah hantar borang dan bayar sekaligus yuran penyertaannya di pejabat pentadbiran masjid (gaji dah masuk, terus ibu g bayo). lega sudah. so, bulan november nanti, sudah ada aktiviti untuk kamu yea. hmm.. untuk bulan disember pulak, ibu masih mencari lagi ni. ibu xmo kamu duk kat umah jer. biar cuti sekolah kamu dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanafaat untuk kamu. biar jadi lebih berdikari.

p/s: afiff dah genap 7 tahun, ini bermakna ibuayah sudah masuk ke fasa kedua di dalam mendidik anak2. first step, ibu nak kamu solat cukup 5 waktu seharisemalam. no more ponteng2. xpe..pelanpelan kamu akan belajar. ( budak nih kan, genap je 7 tahun, mulut dia memang xde insurans dah. terus luput terus insuran mulut dia. memang suka menjawab jer.... bagi dia just mainmain, tapi bagi ibu no mainmain). sekali ibu cakap kamu kena terus buat, no tangguhtangguh. kalo bertangguh nanti terus lupa. sebagai contohnya kasut sekolah. ibu dah cakap dari hari jumaat lagi, balik nih terus basuh kasut sekolah. kamu jawab yea. sebelum ibu g opis tengahari tu, ibu cakap lagi tapi kamu buat xtau jerlah... akhirnya ibu yang basuhkan. pastu malam tadi baru cakap.. ibu..afiff lupa basuh kasut sekolah. hah.. ibu pun bebel sikit.. ibu dah basuhkan. tuhla.. bila ibu cakap xmau dengar, buat mainmain apa yang ibu cakap.. xlama lepas tu, dia pun setat teresak-esak... bila tanya kenapa?.. afiff nak nak basuh kasut sekolah. hah.. lagilah ibu bebel... betulbetul sensitip budak nih. haih... apapapun... ibu membebel sebab ibu sayang afiff. ibu marah pun sebab ibu sayang afiff.

2 comments:

UniMeOw said...

marah kerana sayang...:)

umo 7 tahun, memang dah masuk fasa kena-tegas dah...

ronna said...

huhuhu... tuhlah... haish...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails