klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Wednesday, August 21, 2013

1 Syawal 1434H @Lanchang

Hari ni dah 14 Syawal, baru terhegehhegeh nak cite pasal 1 Syawal. Memang terbaeklah ninironna oi. acaner.. mood nak storimori pasal raya masih lagi bercuti sakan. mihmihmih. ok.. dah.. mari ninironna taipkan ceritaceriti kami di 1 Syawal.

seperti tahuntahun sebelumnya, raya pertama dan kedua kami akan beraya di Lanchang dulu. yippieee.... bolehlah makan kuah kacang n rendang bonda. malam raya, kanakkanak ribena xnak tido awal pulak dah. xabeh main lagi. aiseh.. camne nih? ibuayah nak g dating ke Temerloh nih. baeklah... gunakan kuasa veto seorang ibu.. 'kanakkanak..sila tido sekarang supaya besok pagi boleh bangun awal untuk pakai baju baru. tidooooo... '. 10 minit...20 minit... 30 minit.. xtidotido lagi.. baeklah... xnak tido sudah. ibuayah kuar dululah.. tata... hahahahahaha... gitulah cite di malam raya. xtaulah diaorang tido kul bape.



di pagi 1 Syawal yang indah, mudahnya kejut kanakanakribena nih.. garagara nak pakai baju baru, nak berhari raya dan nak duit raya. sementara yang lelaki ke masjid, kami tinggal di rumah. 4 Aiman, ayah dah siap uruskan sebelum ke masjid. ibu hanya perlukan siapkan 2 aiman yang kecik.' ibu.. nak mektup... ' 'anakanak.. sila cari oter kamu...' 'oterrrr... nak mektup...' zasss.. oter pun mektupkan memasing. pastu muncung panjang sejengkal.. hahahahahah...


semua dah cantik, dah comel, dah wangi.. mari posing gedik dulu... lambat pulak herohero nih balik dari masjid.. mektup dah nak cair nih...



inilah dia kanakanak yang bikin panas di rumah moyang. mood ayra adalah terbaik. pantang ajak bergambar, terus senyum lebor.



posing gedik bersama keluarga pulak. moyang sila amik tempat dulu. cicitcicit pun sama. yang separuh muda separuh remaja, amik tempat cepattt... arahan dari ketua.


aiyakkk.. setiap tahun yea.. setiap tahun.. afifflah yang paling payah nak ajak berposing. memang kena amik hati dia dulu. suh duk bawah xnak. nak duduk sebelah nenek. ok.. baiklah.. tuh nenek tengah bagi tazkirah pendek la tu. tengok..semua orang pandang dia. hahahahahahaha


dengan menggunakan khidmat jurugambar import, maka dapatlah kami berposing sekeluarga. like banyak x. gambar sopan semuanya



next.. free style semua.... me like jugak. free style arissa adalah pejam mata.  mamat baju pink pekat kat bawah tu.. control macho.. hamboi taufiq...



last but not least, inilah gambar keluarga kecil ninironna. SELAMAT HARI RAYA.... 

tengah duk posing gedix, sekali tetamu sampai. tunggu jap yea tetamu. pastu rumah pun terus jadi riuhrendahhuruhara.. hahahaha.... setel 2 keluarga datang, masa untuk kami g beraya pulak. dalam duk sibuk bersiap, sekali ada budakbudak datang pulak. adoi.. xrajin nak melayan.. terus hulur duit raya jer. hahahahah... tengahari tu, kami serbu dua rumah jer. pastu balik..rehat dan zzzzzz... pas asar.. kita sambung beraya ke dua rumah lagi... bawak moyang g beraya. seronok semuanya...

posted from Bloggeroid

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails