klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Thursday, October 17, 2013

Birthday Bash @ DARC

kejadian berlaku pada hari Sabtu 12/10/13 di Denai Alam Recreational Club. fuhhhh.. agak jauh jugak mau ke sana. dalam kereta, suh 4 aiman tido dulu... maka zzzzzz lah memasing. kami ke sini bagi memenuhi jemputan tuan rumah (sepupu ayah 4 aiman). lagipun budakbudak musti suka g birthday party. ehh.. ibuayah budakbudak pun suka jugak. ibu xperlulah main masakmasak. kihkihkih... menu yang disediakan adalah mee hoon goreng, kari ayam, sandwich, buah, air.. ( dah lupalah..).ada beberapa games untuk budakbudakriangria seperti nerf wars, musical chair, tunggang kuda.
posing dulu di banner nih...
birthday boy naik pony.. bergambar bersama family.
masa untuk menyanyi lagu happy birthday, tiup lilin dan potong kek.
kek coklat yang superduper sedap. memang sedap weh... lupa pulak nak snap gambar kek coklat nya.
spek dalam goodies bag. ayra xdapat goodies bag pong cos ayra x pegi beratur. ibu pun malas nak mintakan untuk ayra. hihihi.. kamu pinjam jerlah yang kakak punye yea..
hamboi ameena.. bergaya sungguh kamu yea. bajet comellah tu..
eh... gambar ibu pun adalah. pinjam spek itam kakak arissa jap. hihihi... comey tak ibu?
ala.. kakak arissa pun ada. budak nih memang perasan cantek sokmo.
merasa jugaklah 3 aiman tunggang kuda. suka bebeno. afiff dapat tunggang kuda beso. suka ngat dia. masa duk jenjalan, tetiba kuda tu berenti. kuikuiki...rupanye kuda tu nak yak. hahahaha...
kakak arissa pun dapat tunggang kuda besar. suka ngat dia... lebor sengihnye
ameena ooo ameena.. ada ke patut ajak ibu tunggang kuda dengan dia. ameena oi... kalo ibu naik atas kuda tu, terus kuda tu pengsan tau cos melebihi muatan yang dibenarkan. hahahahahaha... punyala lama dia mengumpul kekuatan untuk tunggang kuda tu. siap suh ibu jalan dengan dia masa dia tunggang kuda tu. ibu anggukkan ajer. tuh muka cuaklah tu. punyalah dia mengawal ketakutan dia tu. xmo senyum pun.
dan akhirnya ameena mampu tersenyum lebor. tahniah ameena kerana berjaya mengatasi ketakutan ameena. ibu bangga dengan ameena. ameena memang budak yang kuat semangat.
pulang marilah pulang, marilah pulang bersama sama... sebelum balik, haruslah bergambar dengan birthday boy dulu. Adam Harris nama diberi. Adam ni sebaya Afiff. beza tarikh lahir pun seminggu jer. last but not least.. Happy Birthday Adam Harris.. semoga menjadi anak yang soleh. untuk ibu Adam.. terima kasih kerana xpernah lupa menjemput kami sekeluarga ke birthday bash Adam. terima kasih sekali lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails