klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Sunday, November 10, 2013

PIIACUF 2013

Iklan..iklan..iklan... 


apa itu PIIACUF 2013? nama panjangnya adalah PUTRAJAYA INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS AND CULTURE FESTIVAL (PIIACUF) 2013. pertama kali diadakan. temanya adalah  'FROM ANDALUCIA TO PUTRAJAYA'.

ninironna direct copypaste dari emel jer ni. meh baca detailsnya yea... (baca pelanpelandansampaiabis).


Dimaklumkan bahawa Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Festival  Kesenian & Kebudayaan Antarabangsa 2013 (PIIACuF2013) di Dataran Putrajaya, Presint 3,  Putrajaya mulai 1-10 November 2013, bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam.

Perbadanan Putrajaya (PPj) telah merangka pelbagai acara dan program yang cukup menarik bagi penganjuran acara PIIACUF 2013 ini dan diantaranya termasuklah Pameran bertemakan dari Andalusia ke Putrajaya, Pameran Kesenian Islam, Islamic World Film Festival Screenings, Putrajaya International Islamic Forum(YABhg Tun Mahathir akan menyampaikan ucaptama ),  Ruang Pameran Souq dan Pavilion Antarabangsa, Islamic Architecture & Built Environment Conference serta kemuncaknya Konsert The Journey of Nur pada 9 Nov jam 8.00 malam bakal menyaksikan persembahan dari nama-nama besar di dalam industri termasuklah Dato’ Ramli Sarip, Dato’ M’Nasir, Raihan, In Team, Opick (Indonesia), Zain Bikha (Afrika Selatan) dan Maher Zain (Sweden).

Zikir serta berselawat bersama Pak Habib Sheikh Assegaf pada 7 Nov jam 8.00 malam dan persembahan dari Debu (Indonesia) pada 8 Nov jam 8.00 malam.

Manakala TV Al-Hijrah (penyiar rasmi) bakal mengambil tempat di Putrajaya termasuklah rancangan Asallamualaikum, Dikir Zikir, reflection dan banyak lagi.

Satu Lawatan khas diuruskan oleh Bahagian Komunikasi Korporat PPj untuk semua yang ingin melawat ke program ini. Lawatan ini adalah percuma bermula pada 5 Nov hingga 10 Nov 2013. Sekiranya berminat untuk lawatan bersama keluarga atau rakan pejabat dari Kementerian/Agensi/Organisasi Tuan/Puan boleh berhubung pegawai kami untuk perbincangan lanjut di 03-88877033/ 7076/7584 dan seterusnya membuat tempahan lawatan. Pegawai kami yang boleh dihubungi ialah Encik Azmi Alang email: azmi@ppj.gov.my ; En. Khairy email: khairy@ppj.gov.my ; atau Pn. Kamariah email: kamariah.rahman@ppj.gov.my .

Dan apa yang lebih penting juga, orang ramai boleh menyertai semua acara dan program ini secara PERCUMA.

Untuk makluman lanjut, bolehlah melayari laman web kami di www.piiacuf.com / www.ppj.gov.my  atau akaun www.facebook.com/piiacuf  atau  www.facebook.com/putrajaya

Kita juga menyediakan ruangan piiacuf di twitter, instagram dan hashtag #piiacuf2013.

disertakan juga jadual pameran dan acara yang akan diadakan:



so.... apa tunggu lagi... cepat tepon nombor2 yang tertera tu untuk menyertai lawatan khas secara percuma... percuma tau...free of charge.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails