klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Monday, May 12, 2014

Seminar Aspirasi Setiausaha 2014 -Day 1

Alhamdulillah.. diberi kesempatan untuk menghadiri seminar ini buat kali kedua. hihihi... rezeki..rezeki.. borang permohonan dihantar seawal mungkin menunjukkan betapa bersemangatnya ninironna nak hadir seminar ni. Seminar Aspirasi Setiausaha 2014 bertemakan Mencetus Inspirasi, Merintis Transformasi anjuran Positive Event Solutions yang telah diadakan dari 27-29 April 2014 bertempat di Swiss Garden Hotel & Residences. Alhamdulillah.... suka sangat...sangat suka... lalalalala

check in bermula jam 3 petang, tapi ninironna sampai hotel lebihkurang jam 4 petang. kebetulan petang tu hujan lebat turun membasahi bumi Kuala Lumpur. abam  jaing just drop isterinya ini kat lobi hotel jer. dah salamsalambabaibabai 4 aiman (ayra jer yang menangis), barulah pegi mendaftar. goodies tahun adalah bag seperti gambar di atas. ada 4 kaler iaitu merah, biru, hitam dan koko. kaler merah dah abeh..sedey. jadinya ninironna pilih kaler birulah. ada dua beg...beg dalam beg. hahahahaha... oklah dapat beg free. nak harapkan ninironna membeli beg cenggini, idaklah... sebab xminat. lalalalalala. sementara tunggu roomate sampai, iron baju untuk dua hari terus. senang keje di kemudian hari.
dinner bermula jam 6.30 petang. sebelum 6.30, kami dah standby kat cafe. hahahahaha.... menu pertama yang dituju adalah lamb chop. alhamdulillah...sedap betul lamb chopnya. next... spagetthi pulak.. next.. sookhoon pulak. ingatkan meehoon goreng rupanye sookhoon. sedap jugak. yang kaler merah tu adalah baby octopus. erm..erm... geli jugak nak makannya sebab memang rupa octopus betul. hahahaha.... next makan dessert pulak dan diakhiri dengan aiskrim. alhamdulillah... kenyang.
pas dinner terus naik bilik balik untuk solat maghrib. setel solat, berdesup turun ke dewan pulak untuk first slot malam tu. datang awal ke dewan sebab nak duduk depan sekali. nak bertentang mata dengan semua penceramah. hahahahaha.... slot pertama dibuka oleh Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Binti Syed Ismail. Beliau membawa topik Cintai Kerjaya, Sayangi Keluarga. lembut betul prof nih. I is suka..suka.. sekejap jer dah dua jam berlalu.
orang pertama dapat bergambar berdua dengan prof. sebab lenkali duduk depan.hahahaha... terima kasih prof di atas ilmu yang prof telah kongsikan. habes slot pertama untuk hari pertama. balik bilik... solat isyak.. dan zzzzz.... wah...suka..suka..sebab dapat tidor nyenyak tanpa gangguan selama dua malam. hahahahaha....

1 comment:

Unknown said...

sedapnya itu makanan. jadi lapar lihatnya :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails