klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Tuesday, August 12, 2014

Cerita raya kedua dan ketiga

Raya kedua... kami masih lagi di Pahang. sarapan pagi dan lunch di Pahang. perghhh.. raya kedua dah makan ikan patin masak tempoyak. memang power ahhh..... pas zohor, kami memulakan perjalanan ke Kota Bharu pulak. alhamdulillah.. perjalanan lancar. sampai destinasi dalam jam 9 malam. hikhikhik

cerita raya ketiga pun bermula. seperti tahuntahun sebelumnya, raya ketiga memang giliran rumah PIL punya open house. yea...yea... (gambar tetamu xde yea. yang ada hanya gambar anakberanak tuan rumah jer)

juadah yang disediakan oleh PIL. alhamdulillah... memang sedap.

wefie bersama assistant chef.. 
ada kisah tragis berkenaan tiga dara nih. orang lain duk bz kat bawah, tiga dara ni duk bz kat dalam sebuah bilik kat atas. sekali pintu bilik ditutup dan diaorang xreti nak bukak (tombol pintu rosak). punyala diaorang meraung kat dalam bilik tu. raungan yang macam ada hantu kat dalam bilik tu. kitaorang kat luar dah gelakgelak. kena panggil hero untuk bukakan pintu bilik tu. sape lagilah hero anakberanak Hj Amri kalau bukan Hj Amri sendiri. hikhikhikhik.... so, bila pintu dah berjaya dibuka, semua turun bawah, maka tiga dara nih jadi insaflah.. tapi sekejap jer insafnya pastu melinjan balik..
bila tetamu jemputan sesi pagi dah selesai dan sementara nak tunggu next jemputan pulak, tok ayah dan tok wan nak bagi duit raya kat cucucucu. maklumlah.. raya pertama xcukup korum, so raya ketigalah baru ada sesi salamsalaman. 
sila beratur ikut umur yea. no potongpotong q yea ayra. hahahaha.... lambat lagi sampai giliran dia tu.. ada 4 orang lagi di hadapan dia.
abang afiff salam tok ayah salam tok wan.. dan yeyeyeye.... dapat duit raya
kakak arissa pulak salam tok ayah tok wan. masa salam tu ada skirpnya. hikhikhik...

kakak ameena pulak.  orang lain cakap kuat jer. tiba ke dia.. berbisik kat telinga tok ayah. hahahaha...

eh.. ayra nih.. bila tiba giliran dia, boleh dia malumalukucing pulak. 
abis salam tok ayah tok wan, sesi salam cik lin dan ayah yin pulak. lagi sekali kena beratur ikut umur yea.
pastu salam cik su n ayah su pulak.
pastu ayah ing n cik nini pulak . dua orang anak buah jer. jimatjimat.. lagi dua orang xbalik.. 
pastu wefie reramai n wassup ke orang di perantauan. hahahahahaha....
sementara tunggu tetamu sampai, tok ayah nak kira duit raya cucucucu. hikhikhik... 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails