klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Friday, October 10, 2014

............

Alhamdulillah...semuanya dipermudahkan olehNYA. berkat doa keluarga dan rakanrakan juga. terima kasih kepada yang mendoakan saya. walaupun xse'major' mana prosedurnya namun ketakutan tetap ada. walaupun pernah melalui prosedur yang sama pada tahun lepas, perasaannya tetap sama takutsedih. apapapun.... semua sudah selesai dan saya sedang menjalani tempoh berpantang. huhuhuhuhu....

sebenarnya ini adalah kali kedua saya 'miscarriage'. kali pertama adalah selepas raya tahun lepas. pengalaman pertama membuatkan saya lebih berhati-hati atau standby untuk bleeding kali ni. owh..nape saya miscarriage? janin just stop growing antara 8 minggu - 10 minggu. dalam tempoh tuh memang tiada tanda-tanda bleeding walaupun sedikit. setelah berjumpa doktor pakar, so set appointment untuk buat d&c pada 9/10. bagi can tuk beraya (tetap balik kampung yea) dululah walaupun pada hari raya saya xkemana pun sebab keletihan tahap xboleh bla. tapi petang raya tuh gagahkan diri untuk ke temerloh membeli barang sikit. hah..hambik ko.. malam tu... bleeding sikit. terus suh abe ing kemas kain baju sesiap. standby takut bleeding makin banyak. tapi.. bleeding stop kat situ jer. fuhhh...lega... xperlu balik malam. hihihi

pagi isnin tu, ada lagi bleeding tapi tetap sikit jer. pas bekpes, kami gerak balik ke putrajaya. petang tu, gi beli barang dapur pulak kat alamanda. barang dapur memang kena beli sebab stok sudah habis.memang kena gagahkan diri. balik dari shopping tu.. dah setat rasa cramp di bahagian bawah perut. call BIL tanya perlu pergi hospital atau tidak. and BIL dia advice kalo kekerapan cramp tu kerap baru terus g hospital. ooowh...ok... jadinya malam tu memang main tahan je bila cramp datang menjengah. bukan apa, kalau pergi hospital malam tu, sian pulak 4 aiman nih. sape nak jaga. memang saya berdoa semoga biarlah selesai uruskan 4 aiman ni dulu di pagi hari selasa, selepas tu baru saya akan ke hospital. dalam pada 2 aiman yang besar bersiap nak ke sekolah, pap.. terasa darah keluar. baeklah.... abe ing.... sila alas seat kereta sekarang. pas hantar 4 aiman, zasss ke hospital. xmau lagi dah bermandi darah kat rumah. 

dalam kul 8 sampai hospital (azzahrah), duk lepak kat ER. time tuhlah sakit cramp makin kuat dan kerap... dan darah pun makin banyak. memang boleh rasalah darah tu mengalir kena badan. sekali tengok kat lampu siling... wah... darah...banyaknya... doc bertugas scan... just nampak kantung dah kosong dan mengecil. bila bilik dah siap, baru leh tukar kainbaju. baring kejap, terus bawak masuk ke labour room untuk proses seterusnya. erk...sekali kena tunggu sejam lebih dalam LR tu cos doktor O&G ada emergency case. xpelah... sabar jerlah yang mampu dibuat. pastu setel semua dalam kul 1 pm. hantar ke bilik balik. dalam kul 3 pm dah boleh check out. yippieeee... lega sangat sebab boleh balik. Alhamdulillah... dan dapat cuti sakit selama 10 hari. hihihihi... dan sekarang tengah fikir nak masak apa untuk lauk tengahari ini. 

mengandung kali ke enam dengan sekali miscarriage. masuk yang nih dua kali miscarriagela. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails