klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Monday, November 17, 2014

Aktiviti sekolah di minggu akhir sekolah

minggu terakhir persekolahan bagi tahun 2014. dah macammacam aktiviti yang pihak sekolah adakan bagi memenuhi masa lapang muridmuridnya. minggu lepas telah diadakan sukaneka. minggu nih pulak, bawak anak murid pergi berenang di swimming berdekatan dengan sekolah.sudah pasti dengan keizinan ibubapa. hari ni adalah hari berenang untuk murid tahun 1. wah... kakak arissa memang xsabarsabar nak berkuaklentang. pagi tadi ibu hantar kakak ke kompleks kejiranan Presint 11. muridmurid tahun 1 diminta berkumpul terus di lokasi sebab pihak sekolah tidak menyediakan perkhidmatan pengangkutan. dah habis aktiviti kang pun ibu kena g amik.  ibu ingat nak bawak kakak g bekpes dulu. sekali sampai sana tengok semua kawankawan kakak dah berkumpul. jadinya xjadilah nak g bekpes dengan kakak. ibu cuma belikan air kotak, air mineral dan biskut jer. jadilah buat alas perut. lagipun pihak sekolah ada sediakan makanan cuma xtau makan masa bila.  masa sampai ni, kakak tengok kawankawan pakai baju sukan, kakak dah mula cebik nak nangis. hahahaha.... aiyak... janganla buat drama air mata kakak oi. sekali tengok ada kawankawan yang pakai baju biasa, terus dia senyum. xjadi nak cebik. hahahahaha.... lupa pulak ibu nak bagitau supaya berhatihati. hmmmm.... xpela... ibu tau kakak dah pandai jaga diri sendiri. apapapun, semoga bergumbira yea kakak...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails