klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Friday, April 3, 2015

Terkejut ibu...

Di petang yang agak panas, sinibu sedang seronok menggodek nasi goreng di atas dapur tetiba kedengaran suara hero menangis dari luar rumah. Si ibu buat xtau jerla... sekali si hero jerit 'ibu..ibu.. sakit.. kepala saya berdarah..' Allah.. berderau rasanya. Apa yang pasti tutup api dapur dulu. otomatik ibu tanya 'kenapa? sapa buat?'. hero cakap ' ada orang baling batu masa saya main buai..' . wowww... bikin ibu panas nih.. ish.. mana budak tu.. meh nak bagi tazkirah. tapi ibu xjadi nak g cari budak tu sebab pertama  kepala abang tengah berdarah. kedua... jauh pulak taman tuh. hahahahaha... xpela.. biarkan ajerla... hmmm..... 


erm..erm.. macamana nak buat nih yek? gabra xtentu pasal dah ibu nih. ok..ok... rileks ibu..ibu rileks... memula abang basuh dulu muka tuh.. penuh dengan darah dah tu. ngeri pulak ibu tengok..huhuhu... pastu baru ibu fikir nak buat apa. eh.. ambik gambar dulu... wassup kat ayah n ayah mad.


ayah mad kat klinik jadinya xtengok gambar sebab hp kat cik izza. ayah mad call ibu setelah tok ayah call ayah mad tuk call ibu. (ayat pening). sementara tu.. tekaplah luka tu dengan tisu dulu. seriau pulak ibu nak buh antiseptic kat luka tu. kang kamu menjerit sakit.. xpasal-pasal kamu kena marah pulak. hahahaha....
nak g klinik tapi kena tunggu ayah balik dulu.bila ayah sampai.. ayah jadi doktor xbertauliah telah mengatakan xyah g klinik. buh antiseptik jerla. pastu tampal dengan handplast. baeklah doktor. fuhhh... lega. 


first aid kit yang afiff dapat semasa pergi camping kat taman wetland bulan lepas. time cuakgabra tu.. ibu leh tanya abang yang mana satu nak guna nih. hahahaha... lawak betul. abang pun xtau nak guna yang mana satu. huhu.. last2 tekap dengan tisu jerla afiff oi. 

so.. kesimpulan dari tragedi april ini.. no more main kat playground atau no more main kat luar. duk jerla dalam rumah. rehatkan badan sebab malam nak kena buat ulangkaji. huhuhuu...


posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails