Assalamualaikum w.b.t
Sabtu, 23 April 2011 bertempat di padang Presint 9 telah diadakan acara Sukan Tahunan 2011 Tadika Alif Ceria (Little Caliph). ehh...xretilah nak buat karangan. layan gambar jerlah yek.
tahun nih afiff masuk rumah kuning. bersemangat sungguh dia. tapi bangun pagi tetap kena kejut jugak.huhu.. 2/3 hari sebelum sukan, ibu dah kasi warning, xmo nangis2 xmo ngaju. kalo buat jugak, ibuayah balik xmau tengok abang main.
rumah hijau dan kuning
rumah merah dan biru
sebelum sukan setat, ada sesi senaman dulu.suka budak2 nih dapat berjoget.ada yang lupa step.sebab tuh ada teacher duk kat tengah2 tuh. tapi kalo teacher pun lupa step, camne tuh?hahaha...
acara sukan dimulakan dengan game tuk 4 tahun dulu.pastu 5 tahun dan akhir sekali barulah 6 tahun punye turn. jenuh afiff nunggu. penat berlari + main je lebih. sukannya xdelah banyak mana pun. masa nih, budak 6 tahun tengah tunggu turn. ibu afiff kena duk dekat dia, kalo tak, dia sebok berlari ke sana ke mari. letih mata ibunya tengok.
dah sampai turn dia. sila berdiri di tengah panas sebentar sementara teacher cek nama dan cek ahli cukup ke tidak.
first game afiff ialah lari kaki tiga. ala..yang ikat kaki sebelah tuh. tengok tangan dia tuh. punyelah eratnya dia genggam tangan kawan dia. takut jatuh gamaknya. hhahaha...untuk acara nih, afiff dapat no. 2. dia main 3 game jer. game no. 2, lari dalam guni. dapat last...hahahah.. game no. 3 main skipping pun dapat last gak. tapi tetap diberi tepukan.hahaha. lawaklah afiff nih. tengah berlari pun dia boleh termenung tau.. adoilahai...
dah penat berlari semua, rehat jap dalam 5 minit, pastu tibalah saat yang afiff nanti2kan. iaitu sesi penyampaian hadiah. hmmm...rumah kuning dapat no last yea. tapi yang bestnya... semua dapat medal dan hadiah. berani teacher xbagi semua medal dan hadiah tuh.. kang ada yang melalak di tengah padang. salah sorangnye dah tentulah afiff.hahahaha..
muka bangga sebab dapat medal dan hadiah.