klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label belia. Show all posts
Showing posts with label belia. Show all posts

Monday, June 2, 2014

Jom Heboh di Putrajaya

Petang sabtu... Kami pergi terjah Jom Heboh di belakang Mahkamah Kehakiman, Presint 2. jenjalan sambil membelibelah. hihihihi... pergi Jom Heboh kalau xmembeli memang xsah. ishishish... Jom Heboh diadakan sempena Festival Belia 2014.

posing dulu sementara tunggu ayah dan abang pergi solat di masjid besi.
dah sampai ke lokasi. masa nih Muzik Muzik tengah live di kaca tv. ingat ada Scha tapi rupanya xde dia. baru teringat yang malamnya ada ABPBH 2013 kan. tentu Scha tengah siapsiap tu. hikhikhik... rupenya malam tu dia bertugas patutlah xde kat Muzik Muzik. xpe... malam tu dapat tengok Scha live di ABPBH cuma xberkesempatan nak selfie bersama jer.
uih... pokok ari dah mai.. lelaju kami jenjalan kat sini.
hai abam... nak jadi superhero yek...
di booth coklat Crunch. beli coklat RM10, bolehla abam main game nih. abam dapatlah coklat wafer crunch satu pek .

Monday, May 19, 2014

BBWB di Putrajaya?

Wah.... Bior betik weh.... Big Bad Wolf Books (BBWB) akan berada di Putrajaya dari 23 - 25 Mei 2014 di Persiaran Perdana.

harus pergi nih...harus...harus... dah lama teringin nak terjah BBWB ni tapi xpernah berkesempatan. tapi kali in shaa Allah.... kena pergi... lalalalala....

jom korang.. ramai-ramai memeriahkan BBWB ini.

Monday, May 27, 2013

veri the pengotor

malam tadi saje jerlah bawak anakanak g jalan kat karnival belia sepanjang persiaran perdana depan opis ni. memula ada gak opismate wassup bagitau betapa putrajaya penuh dengan sampahsarap. oleh kerana nak saksi dengan mata sendiri..maka moh anakanak..



wah.... pertama kali tengok padang depan opis tercemar sedemikian rupa. huwaaaa... ke mana hilangnya kehijauan rumputrumput di padang tu? kehijauannya hilang dilitupi dek sampah sarap. serius cakap.. sedih... kecewa dengan sikap pengunjung karnival yang tidak bertanggungjawab dan pengotor.



lihatlah... sampah dibiarkan berlonggok camtu jer. napelah xdilonggokkan di tong sampah jer.. adoilah... kenapa jadi macam ni? adakah pihak penganjur tidak menyediakan tong sampah dengan banyak? sebabnya saya sendiri pun tercaricari di manakah tong sampah.. huhuhu...

sepatutnya karnival ni xpatut diakhiri dengan pencemaran seperti ini. sangat mendukacitakan. di manakah tanggungjawab belia dan pengunjung?

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 22, 2013

Festival Belia Putrajaya 2013


Pada 23 - 26 Mei 2013, akan berlangsungnya Festival Belia Putrajaya 2013 bertempat di sepanjang Dataran Putra dari Presint 2 hinggalah ke Presint 4. fuhhh.. panjang tu.. kalo menapak memang habislah lemaklemak degil terbakar. serentak dengan festival ini, akan diadakan juga karnival jom..jom..jom..jom..kita heboh..heboh.... JOM Heboh bertempat di Presint 2. kalo xde ke mana-mana , bolehlah datang ke festival ni yek. jenjalan cuci mata.. cuci duit.. eh kan 23hb tuh dah gaji... lalalala... 

oleh kerana festival ini diadakan sepanjang Dataran Putra, maka jalan di sekitar tempat kejadian akan ditutuplah. jadinya, bagi mengelakkan kesesakkan trafik dan kesesakan di tempat parking kereta, korang bolehlah naik ERL, pastu naiklah bas yang akan disediakan khas untuk pengunjung-pengunjung ke festival ini. wallaaa.... bagi menggalakkan orang ramai menaiki erl, maka KLIA transit dengan kerjasama urusetia Festival Belia Putrajaya 2013, Perbadanan Putrajaya dan Nadi Putra menyediakan pakej  tawaran tambang istimewa dengan KLIA Transit.. walllaa.... korang bolehlah rujuk gambar di bawah yea.


 untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara dan lokasi, bolehlah klik festival belia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails