klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label kuning. Show all posts
Showing posts with label kuning. Show all posts

Saturday, September 14, 2013

Adikberadik basikal

Pas abeh tengok kucim, kami nak g lepak kat gerbang perbadanan pulak. Sekali nampak pulak benda kaler kuning. Comelnye... Apakah ia? Ao mari kita g dekat.


Oooo... Cam kereta jer. Tapi.. Cam bukan. Tapi.. Naiklah anakanak. Ibu xkesah. Hahahaha... Posing dulu .


Ibu pun nak posing gak. Cantek pulak kaler kuning ni.


Owh.. Gambar tuan belog secara solo. Mihmihmih...


Ayah pun nak gak. Baeklah. Benda ni sebenarnya adik beradik basikal. Cam beca pun ia juga. Menggunaka tenaga solar. Manual pun boleh gak iaitu dengan mengayuh. Adoi..xtaulah nak bagi nama apa kat benda ni. Tapi cam smart kan. Kalolah dapat satu, leh guna ulangalik rumahopis. Memanh jimat bergandaganda. Xyah guna minyak. Xyah bijak pandai main kirakira cam minyak. Ahaks..

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 26, 2011

serba kuning..

Assalamualaikum w.b.t


sempena sukan tadika afiff, dan afiff pulak kena pakai baju kuning, maka satu famililah pakat pakai baju kuning. bagi semangat kat afiff.dan memang dia bersemangat pun bila nampak semua pakai baju kuning.dan baju kuning tuh pulak semuanya baru beli.hahaha... menggagau mencari tshirt kuning. cari yang murah2 jer.

muka budak serius. panas gamaknya...ciannnn


arissa tengah bengang tuh cos xdapat join abang bersukan. si ameena pulak, sentiasa dengan muka masalah dia..hmmm.. ehh..nape ayah pakai baju itamputih pulak, tapi mujurlah ada jalur kuning.hahaha... afiff siap cakap ayah jer yang xpakai baju kuning...fadan muke. sebenornye ayah dah beli tshirt kuning tapi dia boleh tinggalkan kat kedai pulak.. jadinya.. pakai jerlah baju yang ada jalur kuning sikit.

owh...budak nih sudah kefenatan + kemengantukkan...huhuhu

Thursday, August 19, 2010

Jaundis...jangan ambil ringan..last part

Apa yang perlu diawasi

Jika bayi mengalami mana-mana gejala berikut, bawa si manja berjumpa doktor dengan segera:

~ warna najis. najis bayi berwarna putri, kelabu atau kuning pucat manakala iar kencing gelap. ini menandakan halangan terhadap pengaliran bilirubin berkonjugat dan selalunya memerlukan
perhatian perubatan.

~ kulit kuning. kuilit menjadi kuning, bermula dari muka dan mata, turun ke dada, perut dan akhirnya kaki.

~ bayi lesu, pucat dan tidak bermaya.

~ tempoh jaundis berlarutan lebih daripada tiga minggu.

~ tidak berselera minum susu atau kehilangan berat badan, atau berat badan tidak bertambah.

~ sawan. bayi rengsa dan diserang sawan.

Cara turunkan jaundis

# fototerapi - menggunakan lampu khas yang boleh memecahkan bilirubin dalam kulit, supaya ia
boleh dikeluarkan ke dalam hempedu atau air kencing dengan mudah.

# penukaran transfusi - dalam proses ini, darah bayi dikelaurkan dalam jumlah kecil dan digantikan dengan darah penderma.

# jaundis sebagai tanda penyakit gangguan hati.

Kesan jaundis

= hepatitis berpunca dariapda virus - keradangan hati disebabkan oleh satu daripada virus hepatitis.

= atresia saluran hempedu luar hepar- ketiadaan sebahagian atau sepenuhnya saluran hempedu
antara hati dan usus.

= penyakit hati metabolisme - ini mengakibatkan kerosakan kepada hati, yang menyebabkan
pengumpulan berlebihan bilirubin dalam darah.

Jaundis..jangan ambil ringan

Jaundis merujuk kepada kekuningan pada bahagian putih mata (sklerae), kulit dan membran mukus. Apabila ini berlaku pada bulan pertama hayat bayi, ia dinamakan jaundis neonatal. Ia terjadi dengan sendiri dan bukan sejenis penyakit, tetapi petanda kepada tahap peningkatan bilirubin dalam darah.

Bilirubin adalah pigmen merah kekuningan yang terbentuk apabila sel darah merah dipecahkan. Kira 50 hingga 60 peratus bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kelahiran mereka.

Jaundis biasa di kalangan bayi

Apabila sel darah merah dipecahkan, bilirubin akan dibentuk dan dilepaskan ke dalam saluran darah. Bilirubin disalurkan ke dalam hati untuk diproses dan kemudian dikeluarkan daripada badan menerusi najis.

Justeru jika pemecahan sel darah meningkat atau hati tidak berupaya untuk memproses bilirubin, jaundis akan berlaku.

Sebelum kelahiran bayi, bilirubin disalurkan melalui plasenta supaya diproses dan dikeluarkan oleh ibu.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, hatinya mengambil alih tugas ini, tetapi si manja perlukan masa untuk menyesuaikan diri kepada keadaan.

Oleh yang demikian, tahap bilirubin selalunya lebih tinggi di kalangan bayi baru lahir. Tahap bilirubin yang tinggi menyebabkan kulit kekuningan, yang biasanya muncul dan memuncak di antara hari ke-2 dan hari ke-4, dan hilang dalam masa dua minggu.

Ini dinamakan jaundis fisiologi. Ia adalah punca jaundis neonatal yang paling biasa dan selalunya tidak membahayakan bayi.

Jaundis patologi

Sesetengah kes jaundis bleh membawa maut atau dikenali sebagai jaundis patologi. Ia adalah penularan jaundis yang cepat dalam masa 24 jam hayat bayi disebabkan pemecahan sel darah merah yang berlebihan.

Ini seterusnya menyebabkan peningkatan mendadak tahap bilirubin, kerana hati bayi tidak berupaya untuk memproses bilirubin dengan cukup pantas.

Pemecahan sel darah merah secara berlebihan dan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jagnkitan di kalangan bayi baru lahir, ketidakserasian kumpulah darah Resus ibu dan bayi atau kekurangan enzim metabolisme (glukosa-6-fosfate dehidrogenase) untuk metabolisme sel darah merah.

Dalam kes lebih serius, sawan atau perubahan dalam ketegangan otot boleh berlaku jika tidak dirawat dengan segera. Malah, kerosakan otak dan kematian juga boleh berlaku. Oleh itu, mendapatkan nasihat perubatan lebih awal adalah amat penting jika bayi anda mengalami jaundis.

sumber: Utusan Malaysia, Khamis 19 Ogos 2010

Monday, November 9, 2009

merah situ sana sini... ;)

camne nak setat stori yek.. maklumlah mak yong xde di lokasi kejadian. jadinya cam payah cikit nak stori de mori. tapi mak yong cubalah dengan berpandukan cite dari po'cik jaing. iyea.. po'cik jaing dengan penuh semangatnya telah meninggalkan binimnya dan anak2nya semata-mata nak tengok Piala Malaysia pada 7.11.2009 yang lalu. tapi xpe...mak yong xkesah..bukan selalu pun kena tinggal.. :0 .....



po'cik jaing park kete kat lrt Sg. Besi n terus naik tren ke stadium. katanya.. perghhh... ramai beno manusianya. semuanya merah...merah...merah.. maksudnya memakai baju wane merah. hah..kalo dah baju merah.. apakah tandanya itu? wah...dah tentulah geng2 po'cik jaing jugak. hahahaha... itulah yang dikatakan merah situ sana sini...



tengok...dari jauh pun leh nampak merah...merah..merah..



view dari lrt Bukit Jalil



huh..mujur mak yong xpegi..lalalala... dan mujur jugak po'cik jaing xbawak afiff... xdpt nak bayangkan anak bujang tuh kena bersesak2...mau meraung dia...



ish...korang xsakit mata ke? asek tengok merah jer.. huhuhu




Ya Allah..merah lagi.. lautan merah ke apa nih? mane kuning?



hoh..baru nampak kuning..itu pun sikit jer...



close up lagi.. hah... tuh dia kuning.. duk berbaris nak masuk stadium gamaknya. tapi memang sikitlah...



dahlah...letih dah..xtau nak buh caption apa lagi...







apa motif po'cik jaing amek gambo nih?





hah...dua gambo nih mak yong xbape nak berkenan peel manusia dalamnya. cube tengok bebetul... boleh memanjat tuh.. Ya Allah... xsabo langsung.. kalo jatuh tuh... sia2 jer.. gamaknya terlampo fanatik sangat.. sanggup taruh diri sendiri.. bengong..











erk..yang nih pun mak yong konpius.. po'cik jaing nih snap gambo keris ato gambo aweks tuh? tell me..tell me...



erk...urk..siyes dah xtau nak tulih apa.. jadinya layan gambo jerla...







view dari tempat duduk po'cik jaing.. erk..yang benornya, po'cik jaing duk atah tangga jer...hahaha...

p/s:ingatkan po'cik jaing sampai umah lewat malam, alih2 kul 10.30 dah sampai umah. apalagi yang mak yong boleh buat melainkan sengih + senyum + gelak... (tang gelak tuh kena cover ckit..hahahah)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails