klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Monday, June 7, 2010

tip langsing cara sihat di pagi Isnin yang indah..

yea..puan2/cik2 yang nak melangsingkan badan, meh baca info ini :

1. Pilih menu makanan yang tinggi serat ketika bersarapan. Tidak lupa, minum jus oren (tanpa gula) Jika lebih suka minum teh, pengambilan teh hijau setiap hari dapat membantu membakar 70 kalori setiap hari. Jika lebih suka minum susu pula, pilih yang rendah lemak.

2. Banyakkan minum air putih. Ramai yang tidak tahu membezakan rasa lapar dan haus. Kadang-kadang terasa lapar padahal sebenarnya rasa haus. Jadi, cuba minum segelas air dan tunggu hingga 10 minit untuk mengetahui adakah anda masih lapar. Jika ya, bererti anda memang lapar.

3. Makan dengan perlahan. Ini kerana, perut akan lebih cepat terasa kenyang sehingga membantu menekan selera dan kuantiti makan. Bagi yang belum biasa makan perlahan-lahan, cuba letakkan sudu atau garpu ketika sedang mengunyah. Kunyah beberapa kali sebelum menelannya.

4. Kurangkan karbohidrat dan ambil banyak protein. Makan makanan yang mengandungi karbohidrat sekali sehari sahaja sudah mencukupi. Pastikan, makanan anda lengkap mengandungi protein dan sayur-sayuran. Makanan tinggi protein sangat baik untuk mengawal berat badan kerana protein membuat anda kenyang lebih lama. Jika ingin mengambil karbohidrat, hindari yang sederhana kerana ia lebih cenderung disimpan sebagai lemak berbanding digunakan sebagai sumber tenaga.

1 comment:

m4rilyn said...

tu la cara saya..tp skrg napsu makan over lak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails