tanggal 10hb hingga 11 hb Julai yang lalu (eceh..cam nak buat karangan tuk pekse pulak), family aku + family adik + mama + dua orang lagi adik ato dalam erti kata lain.. keluarga aku.. :p.. telah menjejakkan kaki ke Cameron Highlands (CH). kiranya family holidaylah nih. best oo.. apa yang bestnya? hah..best sebab aku ada bibik dua orang... hahahaha. sampai Brinchang dalam kul 1. terus g hotel dulu. baru satu bilik siap. check in jerlah. dah setel check in, angkat barang, tawaf satu bilik, terus kami kuar cari makan. lapor weh.. kat kul 2, xlunch lagi.

adik beradik aku : wawa, ayul n miyul (sorang lagi xikut)
punyalah lapornya memasing. gamaknya perut tuh dah abeh main lagu lah tuh. dapat makanan, memasing dah xpandang kiri kanan. apatah nama restoren nih. kat deretan kedai cina, mujur ada satu restoren melayu. ramai gaklah pelancong yang singgah sini. orang lain makan nasi. aku ode mihoon sup. sedap weh... slurp..slurp...tambah pulak ngan milo panas.. lagilah meletops..kebabommm..

arissa pantang nampak nasi. itulah yang dia nak. tuh duk makan dengan nenek. walopon pedas, ku harungi jua demi kerana nasi.hehehe... bebudak nih duk tunggu nasi goreng cina. tuh yang kaco orang lain makan. me... pun makan lambat gak. ode lambat sampai ma. kalo sampai awal pun, makannya lambat jugak. dah tuh kena pegang budak kecit tuh. wohoo..sekarang kalo nak makan sambil pegang dia, amatlah bahaya yea kerana dia sudah pandai mencapai apa juga yang dekat dengannya. hmmm....

ok..pas makan, kami terjah ini tempat pulak. Cameron Valleys, Bharat Plantation. on de way ke sini, hujan turun dengan lebat sekali. sampai sini pun hujan still turun lagi. jadinya, xdapatlah kami nak turun ke ladang teh tuk posing2 ala memetik daun teh gitu. hmm... jadinya, kami beli teh yang dah siap dipacking jerlah. wehlah..punyalah lamanya xsampai sini, teh pun dah ada pelbagai perisa. dulu perisa strawberry jer, skang ada perisa oren, lemon, blackcurrent. oleh kerana jarang datang sini, maka boronglah setiap perisa satu pack.

ooo... mama a.k.a nenek sangat gumbira bila masuk kedai nih. rambang mata dia nak pilih teh yang mana satu. pilih ma...pilih jer.. nanti bayar kat kaunter yea..hehehe

tadi baru pas lunch kan, tapi dek kerana hujan, perut jadi lapo balik. terus ode teh perisa oren + donut + brownies. sedap arr teh perisa oren nih. tuh yang pakai sweater kotak2 tuh.. pas makan, makan lagi, pas makan, makan lagi. xrenti2 makan. ish...rugi ar bawak dia. asek nak makan jer. hahahaha... gurau yea raja.. lalalalala...
pas tu, kami gerak ke pasar malam Brinchang pulak. huhuhu.. masa nih hujan lebat. huhu...xdapat nak terjah itu pasar malam. just mama n miyul jer yang pegi. itupun basah lencun.pastu, kami balik hotel balik. huk hotel mana? tungguuuuu.... next entry pulak. xleh buat sekali harung, cos panjang ngat citenye.. lalalala...
tungguuuuu...yea...
tungguuuuu...yea...
No comments:
Post a Comment